Content

.
31 Jan, 2013

MENGHANTAR ANAK, MENANTU DAN CUCU TERSAYANG KE KLIA





Kucatatkan di sini peristiwa semalam (Rabu 30 Jan 2013) … persistiwa yang penuh bermakna dalam hidup kami  … memori secebis  kehidupan daripada keseluruhan kehidupan yang sudah hampir sangat penghujungnya! Status ini sebenarnya lebih kepada untuk tatapanku dan keluarga (yang dekat dan yang jauh) … tetapi atas sikap mahu berkongsi dengan sahabat2 blogger dan fb yang kusayangi, maka kukongsikan di sini ! Sudi2lah  membacanya !



Kesunyian … kehilangan  .. itulah antara yang kurasai dan juga ahli2 keluargaku ….  tetapi hambaMu tetap redha ! Semalam, selepas solat maghrib, bersama isteri bertolak ke KLIA  …. Ina, Khairul dan Amira (cucuku yang sulung) bertolak lebih awal untuk urusan boarding pass dan bagasi.



Selama 3 minggu mereka berada di sini … terasa macam baru sehari dua mereka di sisiku ..  dalam suasana kepantasan masa berlalu, sempat atuk berdua bermain dengan cucu sulung ini dan bermesra dan bercerita dengan Ina dan Khairul … moga tazkirah yang disampaikan pada malam Ahad itu memberi makna dan pencerahan ke atas jalan kehidupan mereka sekeluarga.



Dalam keadaan sedikit tak sihat (dengan menginsafi ada orang lain yang lebih tidak sihat … terlantar dan terbaring)  kukuatkan semangat untuk menghantar mereka hingga ke pintu terakhir (balai berlepas) sebelum mereka hilang dari pandangan! Kaki hanya bengkak2 sedikit … masih boleh berjalan dengan perlahan … tetapi anak2 ku memaksa aku menggunakan kerusi roda !  Aku akur ! Alhamdulillah, hasrat hati nak menghantar anak, menantu dan cucu tercapai .. Syukur kepadaMu, Allah.



Sempat berpesan kepada anakku Ina ….. Ada rezeki, ada umur dan dengan keizinan Allah, mak dan abah dapat bertemu lagi di akhir tahun ini …. Belajar bersungguh2 tetapi jangan sampai lupa Allah .. Jangan tinggalkan solat … Niatkan belajar kerana Allah swt …. dengan itu,  ia akan menjadi satu ibadah. 


Kukongsikan gambar2 yang sempat dirakamkan …. Entah mengapa cucu ini, semasa di KLIA, tak mahu diambil gambar .. 

Sudi2 menonton:

 




WALLAHUA’LAM.  

8 comments:

gadisBunga™ says:
at: 31 January, 2013 10:06 am said...

saya pun terasa sedihnya uncle. tapi happy sebab sempat berjumpa! :)

azieazah says:
at: 31 January, 2013 11:00 am said...

Sedih dan sebak baca amanat seorang ayah.
Tabahkan hati ya Dato’. Kami akan sentiasa bersama menyokong dan menjadi teman...

Kakzakie says:
at: 31 January, 2013 12:18 pm said...

Lumrah kehidupan Dato'. Bila berjumpa hati gembira bila berpisah rasa sayu. Kakak yg sekadar melihat pun rasa sayu. Namun syukur Allah masih memberi segala nikmat dan peluang buat seorg ayah/atuk memberi tazkirah buat anak/cucu sendiri. Syukurlah...

Hanis Azla says:
at: 31 January, 2013 2:16 pm said...

semoga pengajian dan kehidupan anak Dato' di sana akan berjalan dengan lancar hendaknya.. insyaAllah..

mamawana says:
at: 31 January, 2013 5:20 pm said...

Assalamualaikum Dato
Lumrah kehidupan.. bertemu dan berpisah. Indahnya bersama keluarga kan. Semoga sihat dan ketemu lagi di ketika yg lebih indah bersama mereka. Insha allah

JunAina says:
at: 31 January, 2013 5:48 pm said...

Aina sangat gembira dapat berkenalan dengan Azrina seperti mana ibu dan ayah macam tulah jugak anak yg sangat humble.

Insyaallah Dato' moga segala doa akan dimakbulkan Allah.

Irfa says:
at: 1 February, 2013 3:46 pm said...

Uncle dtg klia?
rugi tak dapat bertemu

semoga sihat2 selalu ye
take care

elly nadyra says:
at: 4 February, 2013 1:59 pm said...

semoga segalanya berjalan lancar, untung ada ayah seprihatin dato....semoga anak dpt menamatkan pengajian dengan jayanya, berpisah itu lumrah....saya pun masa belajar dulu mak ayah sibuk nak gak anto walau dah pesan byk kali tak yah, sebab kesiankan derang, tapi dek semangat derang kuat, puas la derang menghantar sampai kampus!

Post a Comment

KELAS-KELAS PENGAJIAN DI MUSOLLAH EHSAN - Klik Imej Untuk Butiran

MUSOLLAH EHSAN, KEMUDAHAN RUANG PERCUMA .... KLIK UNTUK SLIDESHOW

DIREKTORI VIDEO-VIDEO RAKAMAN

FOLLOWERS

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI

Share It