Content

.

.

.

.

.
21 Jan, 2013

LUPA NIKMAT YANG SEDIA ADA PADA DIRI KERANA MENGHARAPKAN NIKMAT YANG AKAN DATANG …. PAK HAMKA



Peringatan ini, terlebih dahulu, untuk diriku, isteriku, anak2ku dan cucu2ku … Atas sifat mahu berkongsi, aku beranikan diri berkongsi dengan para sahabat sekalian…. Moga memberikan manfaat .. ketepikan jika ada yang tidak bersesuaian dan mohon maaf.

Sebelum Pak Hamka, Allah SWT Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui sudah terlebih dahulu memberikan peringatan tentang perlunya kita bersyukur … banyak ayat2 Al Quran malahan Hadis2 yang menyebut mengenai perkara ini. Antaranya:
Allah SWT berfirman dengan maksud:

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. (Al Quran, Surah Asy-Syuura, ayat 27)

Rasulullah SAW ada bersabda dengan maksud:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan” (Hadis Riwayat Bukhari)

Ketika musuh Allah iaitu iblis mengetahui kedudukan, keagungan, dan ketinggian sifat syukur maka ia pun berusaha untuk menjauhkan manusia dari sikap syukur tersebut. Ia berkata sebagaimana yang disebutkan oleh Allah swt dalam Al Quran dengan maksud:

“Kemudian aku (Iblis) akan mendatangi mereka dari depan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka itu bersyukur.” (Surah al-A’raaf, ayat 17)

Ini pula kata2 Pak Hamka:


 Wallahua'lam.

2 comments:

Kakzakie says:
at: 21 January, 2013 9:44 am said...

Nmun itulah manusia (termasuk kakaklah ni Dato') selalu terlupa dan terlalai betapa terlalu banyak nikmat yg telah Allah berikan setiap detik dan waktu.

gadisBunga™ says:
at: 21 January, 2013 8:47 pm said...

saya pun kadang begitu. tapi makin lama makin belajar bersyukur dengan apa yang telah ada.. sambil terus berusaha. usaha sambil bersyukur...

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan