Content

.

.

.

.

.
30 Dec 2012

BLOGGERS BERSANTAI DI BAWAH POKOK DI BANDAR BARU BANGI .... MENCENDOL, MAKAN ROJAK PESEMBUR DAN MEE GORENG MAMAK !



Semalam, Sabtu 29 Disember 2012 , jam 3 petang, sekali lagi, berlangsung pertemuan bloggers dengan bloggers .... kali ke 8 untuk LF, dalam tempuh 2 tahun (2011-2012) ...... Ida MahmudAzie Azah, Roshidayu Che Mat (bersama suami dan anak2), Anysse Je, Fadzilah Omar , Junainah Abdullah (berasma anak), Anaa Suryana Othman  (bersama anak2), Dr Hanie Abdullah (bersama suami dan anak2) dan Rahmah Zin berkumpul di sebuah warung cendol, terletak di hadapan kilang HITACHI, Bandar Baru Bangi .... minum dan makan2 (cendol, rojak pesembur dan mee goreng mamak) ... sembang2 dan berkongsi cerita ... terserlah kemesraan dan keeratan hubungan ukhwah antara kami semua. Sebelum mencendol, beberapa orang blogger berkumpul dan bersolat jemaah di Musollah Ehsan. Kemudian berkonvoi ke warung .... Dr Hanie dan suami dan Fadzilah Omar sudah sampai lebih awal ... cendul best tapi mamak ni berkira nampaknya (mangkuk kecil) .. rojak pesembur boleh tahan ..mee goreng mamak taste LF. Lama jugak kat warung tu ... lebih sejam jugak ... dah kenyang perut, beredar pulang ....  ada bloggers yang singgah semula ke Musollah Ehsan.
Dah ada cakap2 ... plan  nak makan Mee Bandung Muar ,Kajang .. tahun depan. ... next year beberapa hari sahaja lagi . Terima kasih kepada sahabat2 blogger yang sudi singgah Musollah Ehsan. LF memahami ada lagi sahabat2 yang nak join mencendol .... tapi tak dapat disebabkan ada komitmen lain pada masa yang sama.


 
                                SEBELUM MENCENDOL, BERKUMPUL  DI MUSOLLAH EHSAN                         

SEDANG MENCENDOL DI WARUNG BAWAH POKOK, 
BERHAMPIRAN DENGAN KILANG HITACHI, BANDAR BARU BANGI


 
SELEPAS MENCENDOL   ...... KEMBALI KE MUSOLLAH EHSAN

9 comments:

abu muaz says:
at: 30 December 2012 at 16:51 said...

seronoknya. selamat bertahun baru tuan.

pena rozie says:
at: 30 December 2012 at 16:56 said...

Bestnyer kalau dpr join jgk. Huk3....

nyanyisunyi says:
at: 30 December 2012 at 22:00 said...

nama saya takde sebut dlm entry ni huaaaa

nyanyisunyi says:
at: 30 December 2012 at 22:01 said...

dato mana nama saya? uaaaaa nk merajuk.ni

akuzle ayu says:
at: 30 December 2012 at 23:13 said...

Saya nak share entri neh, uncle. Tqvm gaks sudi belanja kami sekeluarga walaupun kami sampai lambat. Kerja seperti suami saya perlu selalu rajin untuk kerja lebih masa..ehheeh

aby says:
at: 30 December 2012 at 23:59 said...

tumpang seronok dari jauh ...
tp tk la jauh mana pun ..

gadisBunga™ says:
at: 31 December 2012 at 08:21 said...

next year mee bandung muor? jom!!!

JunAina says:
at: 31 December 2012 at 11:11 said...

Terima kasih dato...

mamawana says:
at: 1 January 2013 at 22:27 said...

Assalam
Selamat Tahun Baru... bestnyer mencendoi..

Post a Comment

SUDI2 MENJADI SAHABAT

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO KELAS PENGAJIAN MUSHOLLA IHSAN