Mulai hari ini, Blog LuahFikiran dan MusollahEhsan tidak lagi bersiaran sekerap seperti biasa. Entri-entri di masa akan datang lebih tertumpu kepada hebahan aktiviti yang dijalankan di Musollah Ehsan. Keputusan berat ini diambil berdasarkan keadaan dan tumpuan masa LF.
Sepanjang LF bersiaran, LF amat gembira dapat berkenalan dengan ramai blogger di samping berkongsi ilmu sesama kita. Ada kalangan blogger yang LF berkesempatan bertemu di alam realiti. Pertemuan-pertemuan tersebut cukup bermakna kepada LF dan isteri.
Sekalipun, tidak sekerap bersiaran seperti dahulu, LF akan terus melakukan blogwalking dari masa ke semasa dan meninggalkan komen mana yang termampu. Hubungan ukhwah yang sudah terjalin antara kita akan diteruskan malahan mahu diperatkan lagi. Jika ada pertemuan blogger di masa akan datang, LF dan isteri insyaAllah akan cuba seberapa boleh untuk hadir. Jika ada rancangan untuk mengadakan perjumpaan sempena Hari Raya Puasa nanti, maka LF dan isteri dengan senang hati menawarkan rumah kediaman Musollah Ehsan ini.
Ucapan terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan para pembaca sekalian terhadap blog ini. LF dan isteri memohon maaf atas segala kesalahan/ ketelanjuran/kekurangan yang berlaku sepanjang blog luahfikiran dan blog musollahehsan bersiaran.
LF dan isteri sentiasa mengalu-alukan kunjungan sahabat blogger sekalian ke MusollahEhsan, Bandar Baru Bangi. No hp LF boleh diperolehi daripada kakcik seroja. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Musollah Ehsan sentiasa terbuka kepada para sahabat sekalian.
Wassalam.













27 comments:
Saya dan keluarga jugak gembira dpt berkenalan dgn Dato' LF dan isteri. Saya doakan semoga Dato, isteri dan keluarga sihat sejahtera dan sentias berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT.
sy pun nak berterima kasih jugak kepada Dato' LF ngan isteri sebab banyak mengajar dan berkongsi. :)
semoga LF sekeluarga sentiasa sihat,bahagia dan dimurahkan rezeki.. :)
nanti kalau berkesempatan,sy dtgla ke tempat LF di Bangi tu... :D
Uncle...byk2kan berehat ya. Jgn desak2 sgt bdan tu. Semoga Uncle dikurniakan kesihatan yg baik.
Assalamu'alaikum Dato'. InsyaAllah, jika ada kelapangan nanti saya dan suami akan menjengah Dato' dan Datin di Bangi. Bukan untuk makan2, sekadar untuk menyambung persaudaraan yang telah kita jalinkan.
Semoga Allah merahmati dan mengurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Amin.
Salam Dato'. Walaupun x pernah bersua muka, saya ingin mengucapkn terima kasih atas kunjungan Dato' yg sudi baca blog saya selama ini. Semoga Dato' diberi kesihatan yg baik n saya juga mohon maaf jika ada menyinggung perasaan secara x sengaja..... :)))
salam dato' kami amat berbvesar hati dengan tindakan dato itu
salam dato
terima kasih di atas segala perkongsian nasihat, peringatan dan segala ilmu yang sya dapat dari sini
semoga kita semua mendapat keberkatan rahmat dan di redhai oleh Nya yang Esa
assalamualaikum...moga datuk dan isteri serta keluarga sihat dengan izinNya =)
semoga uncle dan keluarga dalam keadaan sihat...
Assalam Dato, apa khabar? harap Dato dan isteri sihat-sihat selalu ya. semoga segala usaha murni Dato diberkati Allah swt selalu..insyaAllah:)
Assalamualaikum Dato..
terharu rasanya bila dpt sms panjang kebar dato tadi...saya doakan dato bertambah sihat...walaupun akan hanya sesekala berblog..namun ukuhwah tetap terjalin..insyallah sy dan ana pasti akan sampai bila ada keizinanNYA..
Assalamualaikum uncle,
sayu gak hati dapat forward sms dari kak ida tadi..saya doakan uncle dan auntie semoga sentiasa berada didalam peliharaan Allah..
ikatan yang telah terjalin akan terus dipelihara insyaAllah.. tulis ni pun dah terasa rinduu..
uncle, once a blogger, always a blogger tau!
:)
kami semua memahami. :)
Assalam dato'terima kasih buat dato' dan keluarga
semoga dato' dan datin sihat selalu dan semoga juga dengan izinnya kita semua akan bertemu lagi.
Semoga dato dan isteri sentiasa sihat,...insyaallah dato jika ada pertemuan akan dtg kite akan bertemu nnt...saya pun minta maaf jika ada terkasar bahasa...
sampaikan salam saya pada Datin..
Moga dato sihat2 saja.
Insayallah ingin juga utk ziarah Dato dan isteri.
Salam dato....semoga Allah mmberikan kesihatan yg baik kpd dato dan datin....saya harap walaupun beristirehat sekali sekala jengahlah ke blog dato bg menitipkan sedikit ilmu buat kami..
Jaga diri ya dato dan datin
Acu doa kan uncle & auntie sihat sentiasa
maaf lah acu sendiri agak sibuk sekarang nie
banyak perkara nak diuruskan sebelum bercuti "panjang" bulan april nanti...tak sempat nak pergi ziarah uncle & auntie
Dato' LF pekabo?
sihat? better today? :)
moga2 da sihat da. :)
salam Dato'
walaupun bersua muka hanya sekali
namun semoga ukhuwah tidak terhenti disini
tegur-tegur lah kami, kalau terserempak dimana-mana di bangi
(manalah tahu kalau2 terserempak tanpa kami sedari :))
Semoga terus menulis di sini....
Saya pun sudah tak berapa kerap berblog mutakhir ini. Semoga ukhuwah itu terus berpanjangan....
Assalamualaikum Dato'
Mamawana sekeluarga doakan yg terbaik buat Dato' sekeluarga. Anak2 mama pun suka sangat dpt berkenalan dan gathering di Musollah Ehsan tempoh hari. Ins'allah ada masa kita berkampung lagi.
Dato'...salam dari sy dan keluarga, semoga semuanya berjalan dgn lacar. Kita semua sahabat !
ok, sy tatau uncle x sihat. windu gaks kat uncle n aunty... take care my dearie mom n dad!!
seronok dapat kenal dato.semoga hubungan diteruskan.insyaallah saya dan keluarga sentiasa menyokong dato=)
seronok dapat menimba ilmu dari Dato...semuga silaturahim kita berkekalan.....amin
jgn 'cuti' lama2 dato'
Post a Comment