BEBERAPA HARI YANG LALU, TAZKIRAH SELEPAS SOLAT SUBUH DI SEBUAH SURAU DI BANDAR BARU BANGI ...... TUAN IMAM MEMBACA BEBERAPA HADIS BERKAIT DENGAN UBAN RAMBUT ! ENTRI INI INTIPATI TAZKIRAH BERKENAAN.
UBAN DI ATAS KEPALA ! BOLEHKAH DICABUT?
Mengenai hukum mewarna rambut, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membuat keputusan (Klik sini)
HUKUM MEWARNA RAMBUT
1.Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh :
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).
b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.
Wallahua’lam
Tambahan:
Tambahan:
Sila buat bacaan tambahan untuk mengetahui lebih terperinci mengenai perkara yang dibincangkan dalam entri ini.














20 comments:
jgn d sambung kn rambut udah la..haram tu...
p/s pics tu coombine = photo + painting
terima kasih
tak terniat lagi rnak kalerkan rambut =)
assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ini...
salam dato LF
enpakwe sya tak bagi sya cabut uban, dia kata nanti bertambah banyak
jadi lepas dia tegur sya tak cabut dah, biarkan saja
Assalamualaikum...
Moga Dato' sihat hendaknya dengan izin~Nya..
Di tempat saya pun banyak dibincangkan perkara ini supaya umat Islam faham tujuan sebenarnya mewarnakan rambut.
Terima kasih atas tazkirahnya
Dato' LF,
nanti sy kongsi ngan kawan-kawan serumah sy... :)
masih tidak ada uban :) dulu2 masa kecik2 mak suruh cabut uban dia dan dibayar 20sen satu helai sebab dia tak tahan gatal.
Assalamualaikum Dato'
pernah dengar ceramah
semasa peperangan dizaman rasul
para sahabat mewarnakan rambut dgn warna hitam
supaya nampak muda dan kuat (strategi peperangan)
Tu pasal orang lelaki pakai inai kan Dato' utk tutup uban...saya perasan Dato' pun ada uban..heheheheh..takpe..cahaya pada hari kiamat tu Dato
Gatal kalau x cabut...huhuhu
Sy pernah terdengar cikgu yg muda2 di tempat kerja sy ni sibuk bincangkan hal ni. Sy mencelah dan dah cakap yg tujuan utk menunjuk2 pd bukan muhrim tu HARAM walaupun pewarna rambut komersial yg digunakan tu ditulis HALAL. Rasanya diaorg masih lg warnakan rambut diaorg. Sedih bila kita dah tegur tapi diaorg masih buat lg.
Apa khabar Dato LF?
apa rancangan hujung minggu ni?hehe :)
Mr Clive,
Khabar baik satu keluarga. LF tak ke mana2 .. Welcome to BBB
pcl berharap kalau rambut putih semua lg bagus...ada 2 , 3 heli uban jgn dicabut.
Assalamualaikum Dato'
moga sihat disamping keluarga
semoga uban itu juga memberi peringatan kepada kita tentang usia kita yang semakin ke hujungnya
assalamulaikum uncle,terima kasih infonya..selalu tengok warnakan rambut dengan inai...
Uban? Saya terasa lah dato'....
hahha
uban tu cahaya rupanya.. :)
alamak ABK selalu gak cabut uban....kena warna la nmpak nya ni...
Kalau risau sangat pasal rambut.Botak kan jer...:D
Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog
http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html
Post a Comment