Berkata “kalau …” akan membuka pintu amalan syaitan ! Demikian antara peringatan Rasulullah saw ini ! Mari kita soroti hadis berikut:
Huraian Hadith:
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan ˜kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.
Sumber: JAKIM (klik sini)
WALLAHUA'LAM.














22 comments:
Salam Dato'. Thanks for sharing this. Saya paling suka ~ "Itu merupakan Takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendakinya." Tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin dan restu Allah SWT. Sebagai hamba, maka sewajarnya lah kita tidak mengutuk setiap kejadian, sebaliknya sepatutnya kita melihat tiap kejadian itu dari sudut yang berbeza. Terjadinya kejadian itu hanya dengan izin dan restu Allah SWT.
Salam..
bila dah banyak sangat "kalau"nya
maka jadilah sahabat syaitan..
orang menipu pun suka ber"kalau"
ni..
lepas ni kena buang terus perkataan kalau tu dalam percakapan kan kalau tak bersahabatlah kita dengan syaitan.
Salam Dato'...benar, saya pun kadangkala suka sgt guna perkataan 'kalau lah bla bla'....Susah senang itu mmg ujian Nya
Sy kena ubah sikap. Tak nak lagi ada perkataan KALAU.
yeah ..betul tu Dato' LF, selalu sangat mulut ini menyebut 'kalau', perkara yg lepas yg bukan menyebelahi kita maka hendaklah redhakan , takdir Allah dan berserah kepada ketentuan-Nya.
Assalam Dato' teringat masa kecik dulu arwah bapa selalu menegur bila 'kalau' digunakan..
ya...terlalu banyak kalau kelihatan seperti tidak redha dengan sesuatu...
salam Dato
entry ini seakan ada kaitan dengan kealpaan sya di entry kejar lampu isyarat tu, kalaulah sya tak buat macam tu kan?
semoga kita semua tidak akan terleka dan menyesal di kemudian hari
hehehe...tq for info tapi kadang2 "KALAU" tu ABK gunakan utk berangan...kalaulah ABK ada duit sejuta kan bes, kan bes.....lepas ni nak kena buang perkataan tu
salam...tulah perkataan yg selalu keluar bila hati x boleh terima keadaan. juga menjadi alasan utk menyalahkan org lain/ keadaan . terima kasih LF, setiap kesilapan tu wajar dijadikan pengajaran.
Assalamualaikum Dato' LF
terima ksaih mengingatkan saya
Salam Dato', kalaulah saya..kalaulah dulu.. dll, maka memang tidak maju ke depan kita, kerana selalu menyesali apa yg berlaku. Thanks for sharing Dato'.
Dato' LF,
jjur sy katakan,sebulan dah ikut blog dato banyak yang sy pelajari...terima kasih byk2... :)
sentiasa ingat akan pesan rasullulah
terima kasih dato...kerana sentiasa ingat mengingatkan kami
salam dato'
alhamdulillah
tazkirah bermakna buat diri ini
walau apa yang berlaku
hidup mesti diteruskan kan dato?
dan tak boleh kata kalau dan kalau laghi
Manusia selalu lupa..
Kalau sesuatu yang buruk berlaku ianya takdir Allah.
Tapi kalau yang baik berlaku terlupa lak nak kata ianya adalah kurniaan allah.
Saya sebahagian dari insan ni..terimaksih ingatkan saya!!
Assalamualaikum uncle,
Pernah baca tentang penggunaan ayat kalau ni,memang seakan tak redha dengan apa yang telah ditetapkan...
Assalamualaikum,
ya...usah berkalau kalau ---> teringat satu lagu lama pasal kalau kalau ni, dah lupa pulak siapa penyanyinya
kdg2 tu nak tersebut jugak 'kalau' tu.
biasanya saya akan sebut 'kalaulah saya boleh amik cuti 90 hati setahun, bergaji, mesti byk tempat saya boleh gi jalan-jalan'. heheh!!
bg sy ada je perkataan kalau maknanya = alasan
Banyak sgt 'kalau' dlm kehidupan seharian....insyallah akan diperbaiki..time kasih Dato' atas perkongsian..
Post a Comment