Sekalipun syaitan dengan segala ciri kehebatan dan tipu dayanya, ia takut kepada Allah swt. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt dalam Al Quran:
Dengan demikian, kita jangan takut kepada syaitan tetapi kita takut kepada Allah swt. Takut kepada Allah swt bukan dengan pengertian kia menjauhkan diri daripada Allah swt. Tetapi sebaliknya kita semakin mendekatiNya dan semakin meneguhkan keimanan kita kepadaNya. Ini dilakukan dengan memuliakan al-Qur’an, menghormati Rasulullah saw, mentaati perintah larangan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, berkeyakinan hanya Allah yang dapat memberi manfaat atau mudarat, bertawakkal kepada Allah dan mencari keredhaan Allah dalam segala pemikiran serta perbuatan kita. Allah swt berfirman dalam Al Quran sepertimana berikut:
Dengan sifat keimanan kita kepada Allah swt, syaitan laknatullah akan takut kepada kita. Wallahua'lam.
Tambahan:
Sila buat rujukan tambahan untuk mengetahui lebih mendalam mengenai perkara yang dibicarakan dalam entri ini.















21 comments:
Assalamualaikum Dato' LF
syaitan menghiaskan dirinya untuk memperdaya kita drp mengesakan Allah
assalamualaikum
moga kita semua sentiasa terpelihara daripada gangguan syaitan
"Takut kepada Allah swt bukan dengan pengertian kia menjauhkan diri daripada Allah swt. Tetapi sebaliknya kita semakin mendekatiNya dan semakin meneguhkan keimanan kita kepadaNya."
Takut kepada Allah bermakna mentaati segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Bukan seperti kita takut kepada hantu (kononnyalah), lalu kita lari daripadanya tapi tetap juga ingin mengikut (meniru) apa yang dilakukannya. :(
salam,
orang kita ni ramai takut antu..hehehe
tapi kat tv pon banyak sangat cerita hantu..makin menjadi2
ramai org dlm x sedar buat perkara2 yg membelakangkan Allah... hrp kita semua tidak tergolong dlm hal ini
Ada manusia, bukan setakat takut....tp nak berkawan baik dgn syaitan.
=D
InsyaAllah...selalu tanam dalam hati dan minda
Sekarang ni banyak sangat cubaan dan dugaan yang semuanya datang dari syaitan ......
semoga kita lebih dekat dengan Allah dan lebih jauh dari syaitan..
macam dalam tv selalu dimomokan dengan takutkan hantu,sedangkan Allah lagi berkuasa...takutkan Allah rasa tenang dalam hati agar jauh dari perkara terkeji...
asalam ... dato ... ujian bagi kita sebagai hamba ... manusia bermacam ragam ...tq.
insyallah kena selalu tanam dalm hati..
memuji sifat syaitan membuat mereka lagi besar kepala...
Salam Dato LF..
hanya d mulut je kekdang tu cakap Takutkan Allah,takutkan azab Allah, tapi perbuatan tak mencerminkan percakapan tu...
Peringatan untuk diri sendiri juga...:)
rasa takut kepada syaitan tu membuatkan "mereka" menjadi raja...sebab dan kenpa kita takut? sebab nama Allah tak banyak disebut..al-quran di baca tak di amalkan..tak kata pasa orang lain, kdg2 diri saya mcm tu jugak..doa2 amalan kdg2 bleh terlupa dan tetinggal...
InsyaAllah DAto LF... thanks sentiasa mengingatkan sesama kita..
selamat malam dato dan datin..
moga kita sentiasa takut padaNya..
salam...
sentiasa beringat bila baca entry neh..lama tak ziarah sini..;)
semoga kita terpelihara dari godaan syaitan yang durjana
Salam...terima kasih sbb mengingati sesama Islam..contoh mcm org yg slalu terlupa cam saya ni...
p's - zaman skrg byk manusia takutkan sesama manusia..huhu...terbalik...
Salam Dato',
Bila belajar ni, banyak syaitan yang menganggu. Bagus entri ini, menguatkan ingatan agar sentiasa berusaha, berdoa dan berserah pada Allah.
Post a Comment