"KITA NI , PERKARA PERTAMA YANG AKAN DISOAL
DI HARI AKHIRAT NANTI IALAH
TENTANG SOAL SOLAT KITA.
BAGAIMANA KALAU KITA SEMAK SOLAT KITA MASING-MASING
BERMULA DENGAN SOLAT SUBUH"
USTAZ TERSEBUT MEMBERIKAN BEBERAPA CONTOH BENTUK SOALAN YANG BOLEH DITANYA KEPADA DIRI .....
ATAS NASIHAT USTAZ TERSEBUT, LF CUBA BUAT SEMAKAN DIRI .... BERMULA DENGAN SOLAT SUBUH DI HARI SEMALAM !
LF NAK JAWAB JUJUR SEJUJURNYA !
SOLAT SUBUH SEMALAM
MACAM MANA ?
TUNAIKAN ATAU TIDAK ?
TUNAIKAN AWAL WAKTU ?
PERTENGAHAN WAKTU ?
HAMPIR HABIS WAKTU ATAU
TERLEPAS WAKTU ?
KHUSYUK ATAU TIDAK KHUSYUK?
SOLAT SEORANG ATAU BERJEMAAH ?
DI RUMAH, SURAU ATAU MASJID ?
PAKAIAN SEMASA SOLAT, MACAM MANA?
SEMESTINYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI
TETAPI RASANYA, MEMANG BANYAK YANG KURANG !
TETAPI RASANYA, MEMANG BANYAK YANG KURANG !
MOGA SOLAT SUBUH AKAN DATANG INI
JUGA SOLAT-SOLAT LAIN
SEMAKIN BERTAMBAH BAIK, AMIN !
WALLAHUA'LAM.













12 comments:
assalam dato'.insyaallah kita memang sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam ibadah kita..semoga jugak ibadah kita diterima yang esa.
jujur nak wab:
1. lewat sikit dr biasa sb:-
-hari cuti
- terbuat kerja lain dulu@tercuci bilik air dulu
2. khusyuk ke tak ?...thanya Allah yang mengetahui, sesoga solatku diterima.
3. Kat bilik rumah
4. Pakai baju bersih@kebetulan nak pergi program, n telekung la
Mai solat Maghrib
assalamualaikum dato
sentiasa rasa seperti dato dan datin ibubapa saya.. yang sentiasa ingat mengingati..
alhamdullilah.. saya tunaikan awal selepas azan berkumandang...
teruskan mendidik kami dato.. saya sentiasa suka dengan blog luahfikiran.. tahniah
saya insaf...
uncle dan auntie - terima kasih di atas ucapan hari lahir.. :)
Assalamualaikum Dato' LF,
Berusaha sedaya yang boleh untuk melakukan yang terbaik. Semoga Allah menerima ibadat kita.
Walau pun ada soalan bocor untuk alam kubur nanti, tanpa amalan nampak kita akan gagal menjawabnya.
Assalamualaikum..
Saya bangun seawal 4.30pagi setiap hari..mesjid sepelaung dari rumah. Sempurna atau tidak solat itu, saya serahkan pada Allah menilainya.
Terima kasih sentiasa ingat mengingati.
salam uncle luah fikiran..
kalau nak muhasabah sal solat subuh.. byk lady kurang.. selalu di akhir waktu.. kdg2 subuh gajah :(
sesetenagh soalan tu memang sukar untuk jawab, tapi InsyaAllah...sentiasa membaiki supaya lebih baik
uncle...entry ini buat saya insaf...
terima kasih kerna mengingati....
Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato'
entri yang membuat dan semua akan terfikir..terima kasih atas entry yang sangat berguna ini.
Tuan,
Masalahnya ada ibubapa yang sengaja tak menggerakkan anaknya untuk solat subuh kerana kesian tak puas tidur... boleh?
As-salam Dato' LF
Baguslah bila kita ada 'KPI' sendiri bagi menilai prestasi sembahyang kita (juga amalan-amalan lain), sekalipun tujuannya bukanlah kita mahukan suatu pengiraan kuantitatif dan objektif. Bila banyak perkara yang diukur dirasakan sekalipun secara "subjektif" tidak dapat dipenuhi dengan baik, sekurang-kurangnya lebih tahulah kita akan kedudukan kita. Terima kasih berkongsi.
Post a Comment