GAMBAR-GAMBAR DARIPADA GOOGLE
Huraian Hadith:
Solat adalah sah jika menepati segala rukun dan syarat yang telah ditentukan oleh syarak walaupun memakai pakaian yang ada gambar (bergambar). Walau bagaimanapun dari segi adab dalam beribadat, perkara ini tidak digalakkan kerana ia mungkin mengganggu penumpuan kita atau orang lain terhadap solat kecuali tidak ada pakaian yang lebih baik ketika itu. Sesungguhnya dalam beribadat, bukan sahaja rukun dan syarat perlu diikuti tetapi adab juga mesti diutamakan. Memakai pakaian yang sopan dan selayaknya dipakai mestilah dititikberatkan apalagi ketika berhadapan dengan Allah Ta'ala. Itulah yang dinamakan sifat ihsan iaitu merasakan bahawa Allah Ta'ala melihat ibadat yang sedang kita kerjakan. Jika kita tidak menjaga adab ini dikhuatiri ibadat kita tidak sempurna walaupun di sisi syarak ianya dianggap sah.
















18 comments:
seeloknya berpakaian baju melayu bagi kaum lelaki
gambar baju kuning tu buat saya malu-malu....!
uncle, hari sabtu atau ahad nie acu pi hantar ikan bilis ek...
Sama juga bagi wanita yang memakai telekung dengan pelbagai corak. Memang cantik tapi mungkin akan mengganggu tumpuan orang lain...
kalu boleh elakkan la esp yg tau hukum nyer
kurang setuju dengan Mama Ema. terlalu general. baju melayu tidak melambangkan agama, tetapi pakaian tradisi kaum. kalau solat itu lebih elok memakai baju melayu untuk lelaki, macamana dengan bukan melayu yang berada di turki? sekadar pendapat.
ya, ianya sungguh mengganggu konsentrasi !!
Baju kunin tu mmg mengganggu.... :)
moleknya baju melayu or baju kosong tanpa apa2 tulisan
betul kakcik Nur, kadang bila tengok telekong yang lawa2 sulam boleh leka jap..
yg penting tidak menonjol ....
gelak jg bila tgk lelaki tak tanggalkan tie ms sembahyang......sopan sungguh!
.....pakaian yang terakhir tu paling lawak....
kadang2 telekung yg bersulam penuh n berwarna-warni juga boleh menarik perhatian n mengganggu jemaah lain. Sebaik-baiknya bersederhana dlm segala segi, baikpun berpakaian dlm solat.
Memang payoh nak kyusuk semasa solat melainkan pada masa solat Subuh sebab fukiran masih kosong pada tu..
Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog
http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html
ada kawan saya, tag kain pelekat (gajah duduk, gajah kursi, dll), itupun dia akan jadikan bahagian atas (yang dilipat), supaya tidak mengganggu konsentrasi orang lain.. (",)
sebelum angkat takbir, baca siap2 apa yg ada kat baju orang depan kita.. so, tak payah baca dah ketika dalam solat.. (",)
Assalamu'alaikum Dato'
Sebaik-baiknya biarlah memakai pakaian yang tidak mengganggu konsentrasi orang.. dahlah khusyuk tu susah nak dijana diganngu pula.. apa-apapun semoga kita ingat pesanan nabi melalui hadis tu kan..
AS-SALAM
YANG BERBAJU HITAM ITU, YANG BELAKANGNYA BERTULIS "BORN TO ROCK, DRINK AND ...." TAK JADI TERBATALKAH SEMBAHYANGNYA? APALAH AGAKNYA 'MUSLIHAT' PEMAKAINYA, ATAU MUNGKINKAH DIA TAK MEMAHAMI MAKSUDNYA? ASTAGHFIRULLAH!
Post a Comment