.

Kelas Bahasa Arab dan Kelas Mengaji Aqidah, Musollah Ehsan, Jalan 3/6F, Bandar Baru Bangi

bahasa arab aqidah
KELAS MENGAJI AQIDAH UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAH, SABTU 14 APRIL 2012 JAM 8.30 PAGI - 10.00 PAGI; KELAS BAHASA ARAB UNTUK MUSLIMAH, SABTU 14 APRIL 2012, JAM 11.00 PAGI - 12.30 T/HARI ; DI MUSOLLAH EHSAN, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BAGI. DIJEMPUT HADIR

Content

MARI KITA ….. BUAT BAIK KENA KATA, BUAT JAHAT APATAH LAGI ! MACAM MANA ?

19 Jan, 2012


MACAM MANA PANDANGAN RAKAN-RAKAN TENTANG CAKAP-CAKAP YANG SEMACAM DI ATAS !
SERBA TAK KENA ….. BUAT BAIK PUN JADI MASALAH ….. BUAT JAHAT, LAGI BANYAK MASALAH !
NAK AMBIL PEDULI KE ATAU BUAT TAK PEDULI?

WALLAHUA'LAM !

19 comments:

Munnafendy at: 19 January, 2012 3:35 PM said...

Abaikan. Buat apa yg kita selesa =)

lieynanilaz at: 19 January, 2012 3:42 PM said...

jadi serba salah uncle...

kakchik@ella at: 19 January, 2012 3:42 PM said...

Alahai .. kalau nak difikirkan kata2 org, maka saya tutuplah Blog Misz-Ella ni sbb dia dikatakan perasan cantik sbb suka letak gmbr sendiri. Pastu masakan tak la hebat tapi sibuk nak tunjuk juga. Dan bila saya memilih utk berdiam diri atau tak melayan isu-isu seperti ini, org kata misz-ella sombong. Hurmmm .. apa-sapa sajalah. saya memilih utk bertenang dari pukul gendang.

`Aine`Ainun* at: 19 January, 2012 3:43 PM said...

tak jadi apa kalau asik nak dengar cakap orang...

Yang penting teruskan hidup,
perbaiki diri kita sendiri....

betul Munnafendy,
buat apa yang kita selesa=)

luahfikiran ... mari kita at: 19 January, 2012 3:57 PM said...

Salam,
Setakat komen2 yg tersiar, LF amat gembira mendengar pendirian2 yg begini ... setuju dan setuju . Harap rakan2 yg lain sudi meninggalkan komen. LF rasa ada relevennya isu ini diketengahkan.

LF bercadang nak kumpulkan dan highlight semua komen2 yg diterima dalam satu entri . Tkasih rakan2 budiman

gadisBunga at: 19 January, 2012 4:10 PM said...

buat dek je uncle.

tapi saya selalu ambil pendekatan 'sensitif terhadap masyarakat kita yg suka berkata-kata' ni. cuba bersederhana, tapi kite kan manusia je, buat macam mana pun pasti ada yg tak puas hati dgn kita....

Ibuhani at: 19 January, 2012 4:14 PM said...

Salam, Dato'. Itulah ragam manusia. Buatlah apa saja mmg ada jer feed back yg positif n negatif. Kita ambil yg baik sebg panduan n ambil yg buruk sebg sempadan. Baiknya feedback tu kita nmpk sifat yg tersembunyi dlm diri seseorg......the true colors of them!

SM at: 19 January, 2012 4:21 PM said...

sebab mata kita semua dah banyak sangat memandang semua benda melalui sudut yang negatif. peduli tu sudah semestinya diteruskan. sekadar pendapat.

[PCL] at: 19 January, 2012 4:30 PM said...

nak buat tak peduli pon tak kena gak tu Uncle Dato', kita cakap pasal blog la senang kan sbb blogger pun di kira komuniti yg hampir dgn kita...apa yang tak betul kita sama tugur menegur untuk kebaikan bersama, mungkin ada teguran disalah ertikan...hakikatnya manusia , ada mata tengok dan ada mulut cakap..memang serba serbinya tak kena, dia buat dia dapat...buat baik dapat pahala, buat jahat dah tentu dapat dosa.

hajar at: 19 January, 2012 4:32 PM said...

kata2 yg +ve kita ambil... yg -ve jgn ambil.... kita tahu apa yg kita buat & nawaitu kita. asalkan jangan pulak kita buat perkara salah @ perkara betul tapi mengikut jalan yg salah sudah le... matlamat x akan menghalalkan cara...

gedek! at: 19 January, 2012 5:26 PM said...

letak gambar dalam blog?

Saya terasa, okeh?

~haha

zonaku at: 19 January, 2012 5:53 PM said...

rasanya perlu selami semula tujuan asal berblog. kalau yang berniat serong, maka memang serong arah tujunya, tapi masih boleh diperbetulkan. mana yang memang bertujuan baik, apa salahnya teruskan. memang tidak semua orang akan senang dengan kita, itu hak masing-masing. kalau semua orang setuju dengan perbuatan kita, pasti ada yang tidak kena. manusia itu unik, tidak semua sama, walau ada persamaannya.


just my two cents...

luahfikiran ... mari kita at: 19 January, 2012 6:51 PM said...

SALAM PEMBACA BUDIMAN,

LF ada menerima email yang meminta pandangan LF berhubung dengan isu ini. LF merasakan isu ini adalah isu "real" yang timbul dalam konteks "masyarakat yang suka berkata-kata" (meminjam kata-kata GADISBUNGA)!

LF lontarkan isu ini ke gelanggang blog untuk mendapatkan pandangan/ ulasan rakan-rakan semua. Terima kasih banyak2 atas respons yang diberikan.

mama ju, at: 19 January, 2012 7:01 PM said...

Saya baca semua komen tu Dato. Saya letak gamabr2 saya utk anak, cucu dan kawan2. Ia macam satu dokumentasi utk kami.

KhaiRin - anies at: 19 January, 2012 7:10 PM said...

apa2 pon niat asal tu kena kaji balik..kalu niat tu betul maka seluruh perbuatan / tindak tanduk tu betul

luahfikiran ... mari kita at: 19 January, 2012 7:27 PM said...

Salam,
LF merasakan apa sahaja yg kita lakukan bergantung kpd niat dan keikhlasan kita, matlamat murni yang ingin dicapai, dan cara yg digunakan utk mencapai matlamat tersebut (tidak melanggar syariat agama).

Afida Anuar at: 19 January, 2012 9:21 PM said...

LF, kita selalu fikir pasal orang, apa kata tak payah pikir apa orang kata, tapi fikir apa yang Allah kata. Betui dak LF?

transformed housewife at: 19 January, 2012 9:48 PM said...

kalau niat kita elok, apa yg org kata tu tak berapa penting. Tapi kdg2 mungkin apa yg org kata tu ada benarnya dan mungkin perlu diteliti jika kita ada tersilap.

ozzy at: 19 January, 2012 11:16 PM said...

Assalam...

Hakikatnya kita x mampu untyk memuaskan hati semua org..lebih malang lagi seribu kebaikan yang kita lakukan akan terus dilupakan hanya dengan satu kesilapan dan kesilapan itulah yang akan terus diungkit dan dijaja berbanding dengan seribu kebaikan..

Post a Comment

Jalan-Jalan Di Sini

blog list entri terkini blog list entri terkini
.
LuahFikiran on Facebook

Follower