.

Content

.
1 Dec 2011

MARI KITA ……. NAK BERBICARA SEDIKIT FASAL PERJUMPAAN 18 DIS 2011 INI …. BLOGGER BERTEMU BLOGGER !


ENTRI INI ADALAH ENTRI ULANG SIARAN.

COUNTDOWN 20  16 HARI LAGI ……. SETAKAT INI SUDAH 40 ORANG BLOGGER MENYATAKAN HASRAT NAK HADIR ….. JUMLAH INI TIDAK TERMASUK LAGI ISTERI/SUAMI DAN ANAK-ANAK …….MELEBIH1 100 ORANG UNTUK JUMLAH KESELURUHANNYA …… DIKIRA RAMAI NI …… TETAPI KAMI (URUSETIA) MASIH MAHU LEBIH RAMAI LAGI SAHABAT BLOGGER YANG HADIR.


PERJUMPAAN BERKONSEPKAN POTLUCK ….. BLOGGER BAWA MAKANAN DI HARI PERJUMPAAN ….. TAPI JANGAN PULAK, TAK BAWA MAKANAN, TAK MAHU DATANG …… TAK ADA, TAK MENGAPA ! KAMI FAHAM …. YANG PENTINGNYA KEHADIRAN KITA DI HARI ITU ! MAKANAN TU BIASANYA LEBIH MENCUKUPI …… MUNGKIN NANTI, ADA UPACARA TAPAU PULAK SETELAH SELESAI PERJUMPAAN !


SEPERTIMANA KATA KAKCIK, INI PERJUMPAAN KITA ….. BUKAN PERJUMPAAN KAKCIK …… BUKAN JUGA PERJUMPAAN LF ….. MILIK KITA BERSAMA ….. KITA MENCADANGKANNYA DAN KITA REALISASIKAN …. BERJAYA ATAU TIDAK, TERSERAH KEPADA KITA ……. SEMESTINYA KITA MEMOHON RESTU DAN BANTUAN ALLAH SWT .


KITA BLOGGER, HAMPIR SETIAP HARI, BERTEMU DI ALAM MAYA ……. MENGAPA TIDAK PULA, KITA BERTEMU DI ALAM REALITI? KAN LEBIH BAIK ? KITA BERKENALAN ……YANG SUDAH MENGENALI, KITA RAPATKAN LAGI HUBUNGAN PERSAUDARAAN SEMUSLIM KITA ! KALAU ADA BLOGGER BUKAN MUSLIM, KITA ALU-ALUKAN KEHADIRAN MEREKA !


DUNIA BLOGGING ADA KEPOSITIFANNYA ….. BOLEH MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA KITA SEMUA SEKIRANYA DIURUSKAN DENGAN BETUL …… INI YANG CUBA KITA BUKTIKAN MELALUI PERJUMPAAN 18 DIS 2011 NANTI ! TIDAK DINAFIKAN ADA BLOGGER YANG TIDAK BERETIKA ….. MENYEBAR FITNAH DAN MENGUMPAT ….. MELAKUKAN PENIPUAN MELALUI PERNIAGAAN CYBER ……. JUGA, ADA YANG MENYAJIKAN BAHAN-BAHAN LUCAH …..DAN MACAM-MACAM LAGI ! MEREKA INI, SESUNGGUHNYA, TELAH MENYALAHGUNAKAN MEDIA BLOG ! BLOG TAK SALAH …… YANG SALAHNYA, PEMILIK BLOG ! SERUPA JUGA MACAM TANGAN KITA …. BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN …… NAK GUNAKAN TANGAN UNTUK MENCURI ATAU MENCARI REZEKI YANG HALAL ? TERSERAH KEPADA KITA ……… DALAM SETANDAN PISANG, BIASALAH ADA SATU DUA YANG TAK BERAPA BAIK !


ITU MEREKA ! KITA BUKAN MEREKA .... KITA NAK BUKTIKAN MELALUI PERJUMPAAN INI YANG KITA ADALAH  BLOGGER YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMILIKI VISI  …. BERBLOGGING BUKAN MEMBUANG MASA …… BERBLOGING UNTUK MEMBINA UKHWAH …… BERBLOGGING UNTUK MENYALUR DAN BERKONGSI INFORMASI …….. BERBLOGGING UNTUK MEMBIMBING DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN ! APAKAH TIDAK MUNGKIN, BERBLOGGING SEBAGAI SATU KAEDAH TAMBAHAN UNTUK MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH SWT !


MALAHAN MEDIUM BLOGGING INI BOLEH DIMANFAATKAN LEBIH JAUH DAN LUAS LAGI ….. TERSERAH KEPADA KITA, MENGIKUT KEUPAYAAN DAN KEDUDUKAN KITA MASING-MASING ! SEBAGAI CONTOH, KITA BOLEH MEMBENTUK KUMPULAN USRAH DI KALANGAN BLOGGER ! KALANGAN KITA, ADA USTAZ/USTAZAH ……. ANAK-ANAK BLOGGER JUGA ADA YANG PAKAR DALAM BIDANG KEAGAMAAN ! KALAU TAK SELALU, SEKALI-SEKALA KITA BOLEH ADAKAN KELAS MENGAJI ……..TEMPAT AKTIVITI TIDAK MENJADI MASALAH ….. MUSOLLAH EHSAN SENTIASA TERSEDIA SECARA PERCUMA (BUKAN BERMAKSUD NAK IKLAN) ! KITA JUGA BOLEH MEMIKIRKAN AKTIVITI/PROGRAM KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK KITA …… RAMAI YANG MASIH BELAJAR ! KESIMPULANNYA, BANYAK PERKARA YANG KITA BOLEH LAKUKAN, KALAU KITA SETUJU DAN SAMA-SAMA LAKUKAN !


BEGINILAH BAYANGAN LF DI HARI PERJUMPAAN NANTI ….. BUKAN SETAKAT MAKAN-MAKAN …….. TETAPI BERTEMU DAN BERKENALAN ……..BERCERITA DAN BERTUKAR PANDANGAN ……. BERSOLAT JEMAAH …… BERDOA SELAMAT ….. BERTAKRUF ……… MENDENGAR TAZKIRAH ……… MEMBUAT KUTIPAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN ! ALLAH SWT SESUNGGUHNYA MELIHAT DAN MEMERHATI KITA … INSYALLAH, JIKA KITA LAKUKAN APA YANG DICADANGKAN INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN KERANA ALLAH SWT, BAYANGAN TADI MENJADI SATU REALITI.


PUBLISTI TENTANG PROGRAM PERJUMPAAN INI BEGITU MELUAS SEKALI …. TERIMA KASIH KEPADA KAKCIK DAN RAKAN-RAKAN ….. MELALUI RUANG KOMEN, ADA YANG MENYATAKAN MAHU HADIR TETAPI BELUM MENGISI BORANG ……. ADA YANG MEMBERITAHU NAK TENGOK DIARI DULU, NAK BINCANG-BINCANG DENGAN ISTERI/SUAMI ……. ADA YANG LAHIRKAN RASA SEGAN KERANA TAK KENAL ..…… ADA JUGA YANG BERITAHU TAK DAPAT HADIR ATAS SEBAB TAK DAPAT DIELAKKAN …… ADA YANG MENYAMBUT BAIK PERJUMPAAN INI TETAPI TIDAK PULA DINYATAKAN NAK HADIR ATAU TIDAK ……… ADA YANG MEMBACA ENTRI TETAPI TAK KOMEN APA-APA !

KAMI (URUSETIA), DENGAN RENDAH HATI DAN TANPA RASA JEMU-JEMU, MENJEMPUT PARA SAHABAT BLOGGER SEKALIAN HADIR KE PERJUMPAAN INI ……. SEANDAINYA SUDAH ADA KOMITMEN LAIN PADA HARI ITU, CUBA-CUBALAH CARI JALAN KOSONGKAN TARIKH TERSEBUT UNTUK DIISIKAN DENGAN PROGRAM PERJUMPAAN KITA INI ….. TETAPI KALAU DAH TAK BOLEH JUGAK, TIDAK MENGAPA …. KAMI FAHAM DAN KITA HORMATI. INSYAALLAH, LAIN KALI, JIKA ADA KESEMPATAN, KITA BERJUMPA !

PESANAN LF TERHADAP DIRI DAN RAKAN-RAKAN URUSETIA …… MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BAIK, MEMANG BANYAK DUGAANNYA ……….. BIASALAH ADA CAKAP-CAKAP DAN PERSEPSI TERTENTU ........ USAH PEDULIKAN INI SEMUA ! TETAPI NAMPAKNYA, SETAKAT INI KAMI MENDAPAT KERJASAMA DAN SOKONGAN YANG AMAT BAIK DARIPADA RAKAN BLOGGER SEMUA. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK RAKAN-RAKAN SEKALIAN !

KITA JADIKAN TEMA “SALAM BERSAMBUT, UKHWAH BERTAUT” SEBAGAI PANDUAN DAN PENDORONG UNTUK MELAKUKAN YANG TERBAIK.


WALLAHUA’LAM.

23 comments:

KhaiRin says:
at: 27 November 2011 at 11:27 said...

sy hrp perjumpaan ni kelak akn menambahkan lg kenalan..sbb sy suka berkawan ;-)

azieazah says:
at: 27 November 2011 at 11:56 said...

Sebagai seorang blogger, saya bangga dan berbesar hati membaca entri ini...!

azieazah says:
at: 27 November 2011 at 12:05 said...

Saya akan linkkan entri ini ke blog-blog kawan saya yang lain, atas tajuk Jemputan Istimewa

lieynanilaz says:
at: 27 November 2011 at 13:57 said...

saya pun berbangga membaca entry ini...semoga perjumpaan ini mencapai matlamat seperti tema "salam bersambut,ukhuwah bertaut"

mama ju, says:
at: 27 November 2011 at 16:16 said...

Aslkm Dato

Saya dpt tau hal ini drp Azieazah. Saya selalu ke blog beliau.
Rasa hati tu nak turut sama.Nak jugak tambah persaudaraan.
Saya akan jugak check jadual ..

Jumpa lagi.

Drp
Mamaju

azieazah says:
at: 27 November 2011 at 19:27 said...

Terimakasih Mama Ju.

Afida Anuar says:
at: 28 November 2011 at 09:02 said...

Oh, 20 hari lagi LF, tiba2 rasa berdebar2..hehe.

Thanks LF, atas kesudian LF menganjurkan perjumpaan ni..

nyanyisunyi says:
at: 28 November 2011 at 11:07 said...

Insyallah Dato..
rasa segan dan malu pada pertemuan pertama di rumah kakcik dulu..tp dato sgt understanding..cuma sy yg tak dapat berbual banyak atas sebab2 tertentu..insyallah niat baik kita diredhai Allah..kita bersudara di maya..apasalahnya eratkan persaudaraan di alam nyata pulak..

Yan says:
at: 28 November 2011 at 16:17 said...

saya masih lagi tak berani nak confirm.. agak sibuk dgn kedai. Maklum tgh bulan Dec.INSYALLAH.. semoga ALLAH beri kelonggaran dan kita dapat bertemu.

kak ina kl says:
at: 28 November 2011 at 21:14 said...

terima kasih sudi jemput..maaf tak dapat hadir kerana pergi bercuti dengan family. Semuga pertemuan ini membawa manafaat kepada semua bloggers yang hadir

anyss says:
at: 28 November 2011 at 22:17 said...

Assalamualaikum,
Terima kasih dengan undangan sama ada dari dato' LF atau Azieazah. Biasanya perjumpaan blogger dibuat jauh dari Bangi, namun kali ini hanya sepelaung sahaja dari teratak hamba. Walau bagaimanapun, mohon maaf kerana saya tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh berkenaan kerana "tidak berada di Bangi" pada ketika itu dan tidak dapat ubah program berkenaan.

Saya doakan pertemuan ini akan berjalan lancar dan programnya dapat mengeratkan silaturrahim antara kita. InsyaAllah, panjang umur akan bertemu dalam program yang lain pula.

AzeedA says:
at: 29 November 2011 at 13:58 said...

assalamualaikom Dato' :)
insyaAllah teman dtg. tapi nk nanye sikit le.. kalo dari putrajaya kena keluar tol bangi juge ke?

Anaa says:
at: 29 November 2011 at 14:34 said...

Dato, kalau datang dari arah jalan reko macam mana arahnya.. saya datang dari semenyih, masuk jalan reko, lepas tu jumpa roundabout (2)..lepas tu jumpa PKNS.

luahfikiran says:
at: 29 November 2011 at 17:05 said...

SALAM AZEEDA,
BOLEH MASUK IKUT TOL KAJANG. TAPI DICADANGKAN, UTK LEBIH MUDAH, DARI PUTRAJAYA MASUK HIGHWAY PLUS IKUT TOL KAJANG, KEMUDIAN MASUK TOL BANGI. SETERUSNYA IKUT SAJE PANDUAN PETA.INSYAALLAH SAMPAI DAN LF MENUNGGU DI DEPAN RUMAH.

luahfikiran says:
at: 29 November 2011 at 17:11 said...

SALAM ANAA,
KALAU IKUT JALAN REKO, JUMPA TRAFFIC LIGHT KEDUA , BELOK KANAN, PANDU TERUS (SEBELAH KANAN SUPERMARKET SAVE MORE) DAN JUMPA ROUNDABOT DAN AMBIL JAM 9 DAN TERUS PANDU. AKAN BERJUMPA DENGAN RUMAH MINANGKABAU SEBELAH KIRI (SPTMANA DALAM PETA) DAN MASUK KIRI (JALAN 3/4) . TERUS PANDU DAN AKAN BERJUMPA KAWASAN JALAN2 3/6. INSYAALLAH SAMPAI 3/6F SEBELAH KANAN. OK JUMPA NANTI

Kella says:
at: 29 November 2011 at 17:12 said...

InsyaAllah.. saya akan hadir.. setakat ini dah booked dah tarihk tu.. moga moga panjang lah umur boleh berjumpa dengan semua blogger yang otai otai nih.. tapi saya ni pemalu sikit! tak pernah jumpa dengan mana2 blogger secara live... hehe...

Panglima Muda says:
at: 1 December 2011 at 08:54 said...

salam, tak tahu nak cakap..nak booked pun rasa tak kena pulak. Kalau ada kelapangan insyaallah saya datang....dapat datang berjumpa pun jadilah

diana says:
at: 1 December 2011 at 13:50 said...

ini lah seronok nya
berblog..:)

LIPISLADY says:
at: 1 December 2011 at 17:02 said...

Sallam dato LF,

Sekali lagi semuga perjumpaan ini berjaya.
Ralat tak dapat join.

jedi says:
at: 2 December 2011 at 10:41 said...

saya cuba menyusul.....

aimaniman says:
at: 2 December 2011 at 12:09 said...

BB Bangi ni tempat belajar dulu, sejak abis blajar x pernah sampai lagi.. rasa rindu ngan BBB.. naik bas p pasar malam.. jalan kaki p masjid ukm.. wow... seronoknya kalau dapat hadir.. tp cuti sekolah semesinya kat kampung..

PCL says:
at: 3 December 2011 at 11:16 said...

pcl nak survey jalan2 @BBB....entah2 akan sampai terus ke tempat yg dicari hari ni insyaAllah...sebelum kenal tuan rumah, kenal jlnnya dulu..

mamawana says:
at: 17 December 2011 at 16:26 said...

Perjumpaan tu esok aje... Ahad 18 hb Dis hanya beberapa jam lagi... Insyaallah mama nak hadir juga.

Post a Comment

SUDI2 MENJADI SAHABAT

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO KELAS PENGAJIAN MUSHOLLA IHSAN