Content

.

.

.

.

.
10 Oct, 2011

MARI KITA ……….. DI MAHKAMAH AKHIRAT, KULIT JADI SAKSI.



ALLAH SWT MENJELASKAN DALAM AL QURAN, SURAH FUSSILAT, AYAT 19-23, PADA HARI PENGADILAN NANTI, ANGGOTA TUBUH BADAN DAN KULIT AKAN MENJADI SAKSI BERHUBUNG DENGAN APA YANG DIKERJAKAN.

SEBAGAIMANA MAKSUD PETIKAN AYAT-AYAT BERIKUT:

[19] Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke Neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.

[20] Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

[21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).

[22] Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

[23] Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!


WALLAHUA’LAM.

3 comments:

IMANSHAH says:
at: 10 October, 2011 11:19 pm said...

Salam

Semoga menjadi saksi amalan yang baik2 semua, insyaAllah

Temuk says:
at: 12 October, 2011 8:06 am said...

Salam
Neraca dunia, dikaliberasi macam mana pun, cantik macam mana pun, warna apa pun, ketara ada saja kesengetannya. Yg patut untung, rugi; yg patut rugi, untung. Namun, gementar amatlah hati memikirkan bakal berdepan dgn neraca teradil, kepunyaan-Nya!

Abd Razak says:
at: 12 October, 2011 9:30 am said...

Assalamualaikum...

Moga Dato' sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Jalan selamat menuju~Naa ialah dengan melaksanakan apa yang Allah perintah dan menjauhi segala yang dilarang

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan