Content

.

.

.

.

.
10 Jan 2011

MARI KITA JADI HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR! NIKMAT ANUGERAH ALLAH TIDAK TERHITUNG !


Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan Allah swt kepada kita tidak terhitung banyaknya. Nikmat iman, nikmat Islam, nikmat sihat, nikmat kehidupan, serta nikmat-nikmat lain yang tak terkira. Dengan sifat maha pengasih dan penyayangNya, manusia dapat merasai kelazatan pelbagai nikmat kurniaan Allah yang bersifat keduniaan (duniawi) dan akhirat (ukhrawi). Firman Allah swt dalam surah An-Nahl, ayat 18, yang bermaksud:

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”

Bagaimanapun nikmat limpahan Allah swt ini seringkali terlepas dari pandangan mata batin kita. Bahkan ada ketikanya kita lupa wujudnya nikmat-nikmat tersebut. Keadaan ini menjadikan kita makhluk yang sedikit sangat bersyukur ataupun sama sekali tidak bersyukur atas nikmat-nikmat itu.

Kelumrahannya, sesuatu nikmat itu akan hanya dirasai apabila nikmat tersebut hilang atau terlepas daripadanya. Inilah keadaan biasa dalam kehidupan manusia yang mungkin terlupa atau tidak mahu bersyukur tatkala hidupnya bahagia dianugerahi pelbagai nikmat Allah swt. Setakat beberapa contoh: (1). Tanpa dijangka, mata buta sebelah, maka ketika itu barulah dirasai betapa nikmatnya mempunyai dua biji mata; (2). Apabila kaki patah, maka ketika itu barulah dirasai betapa nikmatnya mempunyai kaki yang tidak cacat; (3). Ketika harta benda yang dimiliki hilang kerana sesuatu musibah, maka waktu itu baru disedari betapa besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapi.

Allah swt menegaskan orang-orang yang benar-benar bersyukur adalah sedikit sekali bilangannya. Firman Allah swt dalam surah As-Saba’ , ayat 13 yang bermaksud:

“Sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur”

MARI KITA jadi sebahagian daripada statistik yang sedikit ini sebagai hamba-hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatNya?

SYUKUR, APA MAKSUDNYA?

Syukur secara mudahnya boleh dimaksudkan sebagai kefahaman, kesedaran dan keinsafan bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba itu, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah swt sebagai pemberian daripadaNya. Dengan ertikata lain, bersyukur bererti mengingat Allah yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Penyantun yang telah menganugerahkan segala keselesaan dan kemudahan.

Allah swt telah memberikan peringatan terhadap mereka yang tidak tahu bersyukur atau tidak mahu bersyukur, dengan amaran azab di hari akhirat. Sebaliknya, hamba yang bersyukur dan menghargai nikmat Allah swt, akan digandakan ganjaran nikmat dan pahala. Firman Allah swt di dalam surah Ibrahim ayat 7 dengan maksud:

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras”

MARI KITA bertanya kepada diri kita …… Apakah dengan segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita, sehinggakan kita dapat hidup selesa di alam ini, kita masih enggan bersyukur kepadaNya? Di dalam kehidupan sesama manusia, kita berterima kasih dan menghargai orang yang berbuat baik kepada kita. Mengapa pula dalam hubungan kita dengan Allah swt yang begitu pemurah kepada hamba-hambaNya, kita tidak mahu bersyukur kepadaNya?

BERSYUKUR SEMASA SUSAH DAN SENANG

Menyelami makna syukur itu, mungkin ada yang memikirkan rasa syukur ini hanya terlahir dan menyusul setelah mendapat sesuatu nikmat. Kita bersyukur hanya setelah memperolehi kejayaan yang diidamkan. “Alhamdulillah” terucap setelah apa yang kita mohon, apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Hakikatnya, takrifan syukur dalam Islam tidaklah sesempit itu. Rasa syukur patut hadir pada setiap masa, ketika dan harus sebati dengan diri kita. Waima dalam keadaan sukar sekalipun kita perlu bersyukur. Kerana nikmat itu adalah ujian dan ujian itu adalah nikmat. Setiap yang diberi, adalah yang terbaik buat kita. Diberi peluang untuk bernafas sehari lagi di bumi Allah swt ini, kita sudah sepatutnya bersyukur. Kita pula dipilih untuk menerima ujian untuk menambah darjat keimanan, maka kita harus bersyukur. Dan untuk segalanya kita mesti bersyukur, kerana hati yang bahagia adalah hati yang sentiasa bersyukur.

KELUHAN DALAM KENIKMATAN

Bersyukur apabila diberi kesenangan memang mudah. Tapi untuk kekal bersyukur tatkala ditimpa musibah, tidak mendapat apa yang diimpikan adalah sukar sekali. Sesungguhnya musibah yang berlaku itu adalah terlalu kecil dan sedikit berbanding dengan nikmat kesenangan anugerah Allah swt yang kita nikmati. Jadi kita sebenarnya mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan kita nikmati.

Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah swt yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimah Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya ! Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki kecuali orang-orang yang bersyukur

Jadi, MARI KITA membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Allah swt telah berjanji sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Al-Quran, surah Ibrahim: ayat 7)

MELAFAZKAN RASA BERSYUKUR

Setakat beberapa contoh, kita melafazkan kesyukuran kita kepada Allah Yang Maha Esa yang menganugerahkan segala macam nikmat.

1. Saya bersyukur sebab saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Muslim

2. Bersyukur walaupun hanya memiliki satu kaki. Ada insan lain yang tidak mempunyai kedua-dua kaki.

3. Saya bersyukur kerana memiliki isteri yang taat kepada suruhan dan larangan agama

4. Saya bersyukur di atas nikmat kesihatan dan umur kurniaanNya. Ada sahabat-sahabat saya yang sudahpun meninggal dunia.

5. Saya bersyukur sebab saya masih mempunyai ibu dan ayah.

6. Saya bersyukur sebab ada orang sudi memaafkan dosa-dosa yang saya lakukan terhadap mereka.

7. Saya bersyukur …………(seterusnya)

BAGAIMANA NAK BERSYUKUR?

Ada pelbagai cara untuk kita menyatakan kesyukuran kita kepada Allah swt, ANTARANYA:

1.Kita lahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah swt dengan lidah. Kita ucapkan Alhamdulillah dan perbanyakkan Zikirullah. Allah swt berfirman dalam surah Aldhuha, ayat 11, yang bermaksud:

''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”

Ramai yang boleh bersyukur dengan cara lisan ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi mencukupi dalam ertikata bersyukur sebenarnya. Tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur itu juga perlu dilaksanakan.

2. Ucapan syukur perlu dituruti dengan tindakan yang mendekatkan lagi kita dengan Allah swt. Kita laksanakan segala yang diperintah dan kita jauhi segala laranganNya. Dengan demikian, MARI KITA beramal soleh dan membuat kebajikan dengan hati yang ikhlas seperti menunaikan sembahyang, berzakat dari harta-harta yang diwajibkan zakat, melakukan fardhu-fardhu yang lain, melaksanakan ibadat-ibadat sunat, bersedekah jariah dan sebagainya.

3.Nikmat yang dikurnaikan Allah swt itu juga hendaklah diguna dan dimanfaatkan pada jalan yang diredhai Allah. Sebagai contoh, kekayaan yang dimiliki digunakan ke jalan Allah swt untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah swt untuk mendapat keredhaanNya.

Menggunakan nikmat Allah pada jalan yang dimurkaiNya adalah bererti kita telah mengkufuri nikmat Allah itu. Umpamanya, kita menyalahgunakan nikmat kekayaan harta dengan berjudi, berbelanja di kelab-kelab malam, membeli minuman yang memabukkan, dan berpoya-poya dengan wanita yang bukan isteri kita.

4.Segala nikmat pemberian Allah swt hendaklah disebut-sebutkan dan dihebahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt, bukan untuk bermegah-megah. Misalnya, apabila mendapat cahaya mata atau berkahwin digalakkan membuat jamuan kenduri kesyukuran secara sederhana untuk meraikan nikmat Allah swt ini. Firman Allah swt dalam surah Dhuha, ayat 11, dengan maksudnya:

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”

KESIMPULAN

Nikmat-nikmat Allah swt yang dikurnaikan kepada kita adalah tidak terhingga dan tidak terbilang. MARI KITA pupuk jiwa kita agar sentiasa beriman dan bersyukur, bersihkan sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat keji) seperti sombong, riak, pemarah dan hasad dengaki. Sama-sama kita menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah swt melalui pembacaan Al Quran, solat-solat sunat di samping solat fardhu, berzikir, bertahmid, bersedekah dan lain-lain amalan solih yang dituntut dalam Islam.

Sudah sepatutnya sikap dan amalan kita semakin bertambah baik dari hari ke hari. Semakin bertambahnya umur, semakin kita mantapkan jiwa dengan iman. Beralihnya waktu (saat, minit, jam dan hari) semakin hampir kita ke saat kematian. Ianya pasti datang dan tidak bertangguh. Sudah sepatutnya semakin dekat kita ke saat roh berpisah daripada jasad, maka semakin banyak bekalan yang harus kita persiapkan untuk dibawa ke Hari Akhirat nanti.





TAMBAHAN:

Entri ini hanya sebagai pembuka minda untuk membuat penjelajahan yang lebih mendalam melalui rujukan sumber-sumber ilmu yang lain. LF sangat mengalu-alukan sebarang komen atau saranan atau apa sahaja tentang perkara yang dibicarakan. LF membuat rujukan pelbagai sumber untuk menghasilkan entri. Maaf kerana tidak mencatat sumber-sumber tersebut. Apapun LF merakamkan setinggi penghargaan dan mendoakan Allah swt menganugerahkan kesejahteraan dan rahmatNya ke atas mereka ini.

69 comments:

Semarak Api says:
at: 9 January 2011 at 02:55 said...

bsyukur krn mndpt musibah.
kata syukur tu akn kluar sbb musibah yang akn sll dktkn dri kite pada Nya.akn sll mnyedarkn bhw kite msih ada DIA.sllnye bgtula..

Afida Anuar says:
at: 9 January 2011 at 08:08 said...

Assalamualaikum LF,
saya bersetuju dengan Semarak Api... bersyukur dalam waktu musibah, kerana waktu dalam musibah tu ramai yang mendekatkan diri kepada Allah. mungkin juga musibah sebagai peringatan untuk kita supaya tidak menjauhkan diri dari Allah...tapi ramai antara kita yang tak sedar tu.

WaAllahualam

Werdah says:
at: 9 January 2011 at 08:55 said...

Assalamu'alaikum LF.

Terima ksaih atas peringatan ini. Di sani ditulis agak panjang sikit komen sebagai tambahan:

Bagaimana Caranya Untuk Mensyukuri Nikmat Allah?

Pertama, meyakini bahwa segala sesuatu hanyalah milik Allah SWT atau tidak merasa dimiliki dan memiliki kecuali oleh Allah semata. Berdasarkan keyakinan ini, kekayaan duniawi yang melimpah tidak akan membuat kita sombong atau takabbur kerana apa yang ada pada kita sekarang hanya sekadar pinjaman yang suatu saat akan diambil oleh pemiliknya. "..Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Al-Baqarah [2]: 284).

Kedua, selalu memuji Allah SWT dalam segala keadaan. Alangkah baiknya apabila lidah kita selalu basah dengan memuji Allah kerana banyaknya nikmat yang tercurah, baik dalam keadaan senang atau susah. Andai kita teliti, musibah yang kita dapatkan jauh lebih sedikit daripada nikmat yang Allah berikan. Tidak salah bila dikatakan bahwa kita "dicelupkan" Allah ke dalam samudera nikmat yang tiada bertepi. Tak sedetik pun Allah melepaskan kurnianya pada kita. Maka sangat wajar apabila ucapan tahmid, hamdalah, tahlil, takbir, dan istighfar selalu terbit daripada mulut kita.

Ketiga, manfaatkan nikmat yang ada sebagai sarana/wasilah taqarub pada Allah. Bagi seorang ahli syukur, kegembiraannya tidak lagi terletak pada pesona indahnya dunia, tapi terletak pada manfaat dunia tersebut untuk mendekatkan dirinya pada Allah. Baginya, dunia adalah kenderaan menuju Allah SWT.

Keempat, berterima kasih kepada orang-orang yang menjadi jalan nikmat dan kebaikan bagi kita. Tahu berterima kasih (balas budi) adalah salah satu ciri ahli syukur. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa telah berbuat kebaikan kepada kalian, maka hendaklah kalian membalasnya, jika kalian tidak mampu membalasnya, maka berdolah baginya, hingga kalian tahu bahwa kalian telah bersyukur. Sebab Allah adalah Zat yang Maha Tahu berterima kasih dan sangat cinta kepada orang-orang yang bersyukur" (HR Thabrani). Dalam hadis lain disebutkan, "Tidaklah bersyukur kepada Allah, orang yang tidak tahu berterima kasih kepada sesama manusia" (HR Ahmad).

Sebagai manusia,kita sering lalai mensyukuri betapa besar nikmat Allah pada penciptaan diri yang lengkap dengan fungsi setiap anggota tubuh kita. Diciptakan-Nya mata untuk dapat melihat, diciptakan-Nya telinga untuk dapat mendengar, hidung untuk dapat mencium, tangan untuk dapat memegang, kaki untuk dapat melangkah, dan semua yang ada di tubuh kita pasti berfungsi melengkapi aktiviti hidup seharian. Pentingnya nikmat itu disyukuri baru muncul jika ada sebahagian daripada tubuh sakit dan tidak berfungsi.

Mudah2an kita semua jadi hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh.

kakcik says:
at: 9 January 2011 at 09:02 said...

Assalamu'alaikum Dato'...

seringnya kita terlupa bersyukur di saat dilimpahkan kesenangan, tapi kita kerap mengeluh bila ditimpa ujian. Alangkah lemahnya kita sebagai manusia.. :(

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 09:18 said...

@Semarak ApiSALAM,
SETUJU SANGAT. KITA BERSYUKUR BUKAN SEMASA KESENANAGAN SAHAJA!

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 09:20 said...

@Afida AnuarSALAM,
ALLAH SAYANGKAN KITA, ALLAH MENGUJI KITA, TUJUANNYA UNTUK MENGINGAT DAN MENYEDARKAN KITA. TERIMA KASIH AFIDA ATAS ULASAN

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 09:22 said...

@WerdahSALAM,
TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA SUDI MEMBERIKAN TAMBAHAN MAKLUMAT. TAZKIRAH YANG MENGUATKAN LAGI KEAZAMAN LF.

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 09:23 said...

@kakcikSALAM,
KAKCIK, ITULAH YANG BERLAKU. HARAP KITA MEMBUAT PERUBAHAN KE ARAH PEMBAIKAN DIRI. TERIMA KASIH ATAS ULASAN

Temuk says:
at: 9 January 2011 at 10:28 said...

Salam LUAHFIKIRAN

Satu peringatan yg amat sesuai masanya, ketika ramai dan acap kita alpa utk mengucap & membuktikan rasa syukur kepada-Nya. Terima kasih.

Bila dikenang "Ingatlah 5 sebelum yang 5", jadi amat ketaralah pula akan hebatnya nikmat sihat, kaya, lapang, muda dan HIDUP yg DIA berikan, sebelum tibanya waktu kita sakit, miskin, sibuk, tua dan MATI.

Insan Marhaen says:
at: 9 January 2011 at 10:35 said...

jangan mulut saja kata syukur tapi sikap seperti kufur..

HonEyBuNNy says:
at: 9 January 2011 at 10:43 said...

Alhamdulillah..ku bersyukur padaMU Ya Allah...di atas segala kenikmatan yg kau berikan.....entry berguna untuk ila dalami...;_)

Miecyber says:
at: 9 January 2011 at 10:52 said...

Nikmat yang Allah berikan kepada kita tidak terbalas dengan apa sahaja benda berharga di dunia ini...

Siput mengeluarkan cahaya

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 11:04 said...

@TemukSALAM,
MASA YANG BERBAKI INI, APA YANG TERMAMPU, KITA MANFAATKAN UNTUK MENAMBAHKAN BEKALAN KITA. SEMOGA KESIHATAN MENGIZINKAN KITA.

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 11:05 said...

@Insan MarhaenSALAM,
BETUL TU. BUKAN SAHAJA BERSYUKUR DI BIBIR. SIKAP DAN PERBUATAN KITA MESTI MENGGAMBARKAN KESYUKURAN KITA KPD ALLAH SWT.

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 11:07 said...

@HonEyBuNNySALAM,
KITA SAMA2 MEMANFAATKAN RUANG DAN KESEMPATAN YANG ADA INI UNTUK MELAKUKAN PERKARA2 KEBAIKAN

luahfikiran says:
at: 9 January 2011 at 11:08 said...

@MiecyberSALAM,
BETUL, KITA BERSYUKUR BUKAN BERTUJUAN UNTUK MEMBALAS NIKMAT ALLAH SWT. ITU TAK MUNGKIN ! KITA BERSYUKUR KERANA MENYATAKAN PENGHARGAAN DAN PENGABDIAN KITA KEPADA NYA.

MasZuber says:
at: 9 January 2011 at 14:31 said...

terima kasih LF dengan entry ini.

kenkadang kita mudah untuk terlupa menyukuri nikmat yang ada. Begitu juga dengan dugaan yang hadir dalam hidup ini.

zulkbo says:
at: 9 January 2011 at 15:03 said...

salam Dato LF..
ermmm..syukur
alhamdulillah..syukurku
ke hadrat Allah,tuhan segala
makhluk..yang menjadikanku
bernafas dan menulis di ruang
komen ini..

**Perkongsian yang benar
menginsafkan..

ahmad humairi says:
at: 9 January 2011 at 16:03 said...

Assalamualaikum,

Boleh saja kila lafazkan kesyukuran atas segala kenikmatan yang dianugerahi Allah. Juga kita boleh lakukan sujud syukur - niat melakukan sujud syukur, terus sujud dan membaca kalimah toiyyibbah - subhanallah, walhamdulillah, walailaha illallah wallahuakbar dan diakhiri dengan salam....betulkan kalau saya salah.

Sangat mudah dilakukan sebaik seteleh selesai solat fardu.

Abd Razak says:
at: 9 January 2011 at 17:42 said...

Assalamualaikum...

Kita sebagai seorang muslim yang selalu mengharapkan redha dan kasih sayang~Nya dalam menjalani kehidupan ini, tidak seharusnya menjauhi dan melupakan nikmat dan rahmat yang Allah berikan pada kita semua.

Kita harus mampu memahami hakikat dan rasa syukur kita pada Allah SWT, bukan hanya sekadar sebagai kajian dan renungan, akan tetapi yang paling penting adalah bagaimana kita dapat mengimplementasikan dalam kehidupan kita sehari-hari.

ikan emas says:
at: 9 January 2011 at 21:40 said...

kita bersyukur bila nikmat yang ada ditarik ..nikmat sihat ...bila sakit kita mengeluh ,bila sihat baru kita bersyukur !
nikmat makan..bila dah tak der selera..badan sakit ???

oleh itu,
bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan samada susah atau senang..kerana itu semuanya mempunyai hikmat

Sharinginfoz says:
at: 10 January 2011 at 08:30 said...

penting sangat kita bersyukur dengan apa yang kita ada

gadisBunga says:
at: 10 January 2011 at 10:09 said...

salam uncle,
Kufur nikmat adalah tanda kita tidak bersyukur. tapi malangnya ramai yg kufur nikmat, sebab tu Allah tanya kite, 'Maka nikmat yang manakah yang kamu dustakan?'

semoga kita dijauhkan dari sifat2 sebegitu.

DDrfauziah says:
at: 10 January 2011 at 14:02 said...

Aslmkm.
Alhamdulillah.
Semoga paparan ini dapat menginsafkan mereka yang terleka alpa & lupa. Amin.

TO ME:
Segala nikmat sentiasa dirasai sebagai tambahan tanggungjawap yang harus segera diringankan. Sementara segala musibah membuat saya melihat kepada mereka yang jauh lebih menderita.
Mungkin kerana jiwa saya terdidik dari kecil supaya mensyukuri segala nikmat & rahmat dari Allah SWT, & tabah pula menghadapi dugaanNYA.
DOA & HARAPAN:
Sama2lah kita panjangkan ilmu & manafaatkan segala rezeki, nikmat & rahmat Allah SWT dengan berkongsi sesama insan sebaik terdaya.

KAKTINY says:
at: 10 January 2011 at 15:00 said...

Salam LF,

Bersyukur adalah perkara paling susah dilakukan berbanding sabar..

Orang mudah bersyukur apabila Allah berikan kebahagiaan dan kegembiraan.. juga ada yang kuat teguh untuk bersabar apabila diuji dengan kesedihan serta keperitan..

tetapi, amat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur ketika ujian musibah serta kecelakaan menimpa..

Ya, bersyukur ketika musibah itu yg sering kita lupa.. seperti contoh yg LF berikan : jika hilang satu mata, patut bersyukur sbb ada lagi satu mata.. meskipun hilang 2 mata, patut bersyukur sebab ia akan mengurangkan fitnah dan zina mata daripada menjadi catatan kepada buku amalan dosa.. kan!..

terima kasih atas perkongsian.. Syukran Jazilan..

Kepada Allah jua diserahkan segala rasa.. redha Allah jua yang dipohon sepanjang masa.. Alhamdulillah..

sekamar rindu says:
at: 10 January 2011 at 20:47 said...

salam...tuan,

Sesungguhnya, segala sesuatu di dunia ini hanyalah cubaan bagi seluruh umat manusia. Kesusahan dan kesenangan, kemiskinan dan kekayaan, harta dan ilmu, nikmat dan musibah, pada hakikatnya hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah swt kepada para hamba-Nya.

Barang siapa yang mampu bersyukur dan bersabar, maka merekalah yang nescaya termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung. Namun barang siapa yang kufur serta selalu mengikuti nafsu dan emosi semata, maka nescaya merekalah yang berada dalam kumpulan orang-orang yang merugi.

Nikmat dan musibah, kesusahan dan kesenangan, tidak lain adalah sama-sama ujian yang akan terus mewarnai kehidupan manusia. Tidak akan ada satu manusia pun di dunia ini yang terbebas dari yang namanya ujian. Kerana, dengan ujian itulah maka manusia dapat menjadi makhluk yang sesuai dengan fitrahnya. Tanpa ujian, maka nescaya manusia akan terjerumus dalam liang kehinaan.

sr

maiyah says:
at: 10 January 2011 at 21:55 said...

assalam.. Allah maha melihat.. kesusahan adalah pengalaman yg baik utk bersyukur

Mila@Rimbun says:
at: 10 January 2011 at 22:05 said...

Syukur secara lisan ramai yg buat... tp tindakan bila ada rasa syukur tuh yg selalunya manusia lupa nak buat... sanggupkah kerana rasa syukur dilahirkan dibumi bertuah ini, kita korbankan lena tidur kita, korbankan sedikit petrol untuk ker masjid solat jemaah etc etc...

ozzy says:
at: 10 January 2011 at 22:46 said...

Assalam Dato'..

Semoga kita menjadi hamba yang tidak lupa untuk bersyukur.Bersyukur dengan segala apa yang kita miliki kerana ada insan lain hidupnya lebih susah dari kita.
Bersyukur juga menjauhkan kita dari sikap tamak dan haloba serta hasad dengki pada org lain yg lebih senang dari kita.

ckLah@xiiinam says:
at: 10 January 2011 at 22:48 said...

Hamba yang lemah ini...kekadang dengan ujian Allah yang sedikit sudah berkeluh kesah, sedang terlalu banyak nikmat Allah yang lain telah dilimpahkan sepanjang hidup.

Astaghfirullahaladziiim...

zulkbo says:
at: 10 January 2011 at 22:55 said...

Salam Dato LF..
Lagu Maher Zain tu
kesukaan anak kecil
saya umur 27 bulan..
dalam pelatnya selalu
menyanyikan bersama
bila saya pasang CD
dalam kereta..

ibuintan says:
at: 10 January 2011 at 23:06 said...

assalamualaikum Dato,

perkongsian ilmu yang menarik.

semoga kita sentiasa menjadi insan yang tidak sombong dan bongkak, sentiasa beringat dan bersyukur dengan nikmat kesenangan, kesihatan dan sebagainya yang diberikan Allah.

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:43 said...

@MasZuberSALAM,
KITA NI SAMA. PERLU DIINGATKAN. MARI KITA AMALKAN.

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:45 said...

@zulkboSALAM,
APA LAGI YANG HENDAK KITA LAKUKAN DI PERINGKAT USIA INI. SEMESTINYA MENAMBAH BEKALAN YANG AKAN KITA BAWA BERSAMA NANTI

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:47 said...

@ahmad humairiSALAM,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH TUAN. LF AMBIL INGATAN

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:50 said...

@Abd RazakSALAM,
SANGAT SETUJU, USTAZ. TAHU DAN KEMUDIAN KITA AMALKAN. BARU DAPAT MANFAATMYA.

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:55 said...

@ikan emasSALAM,
DALAM KEADAAN KESENANGAN, KITA MUDAH MELAFAZKAN KESYUKURAN. TETAPI BILA DALAM KEADAAN KESUKARAN/KESULITAN, SUKAR SEKALI UTK KITA BERSYUKUR. MARI KITA UBAH CARA REAKSI KITA INI. ALLAH TELAH MENJANJIKAN GANJARANNYA KEPADA ORANG YG SENTIASA BERSYUKUR

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:55 said...

@ikan emasSALAM,
DALAM KEADAAN KESENANGAN, KITA MUDAH MELAFAZKAN KESYUKURAN. TETAPI BILA DALAM KEADAAN KESUKARAN/KESULITAN, SUKAR SEKALI UTK KITA BERSYUKUR. MARI KITA UBAH CARA REAKSI KITA INI. ALLAH TELAH MENJANJIKAN GANJARANNYA KEPADA ORANG YG SENTIASA BERSYUKUR

luahfikiran says:
at: 10 January 2011 at 23:58 said...

@SharinginfozSALAM,
TAK KIRA KEADAAN DAN KESULITAN KITA. MARI KITA LAFAZKAN KESYUKURAN DAN MEMATUHI LARANGAN DAN SURUHAN AGAMA KITA.

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:01 said...

@gadisBungaSALAM,
BETUL TU GB. NIKMAT ALLAH ITU JANGAN DIKUFURI. KITA MANFAAT NIKMAT KE JALAN ALLAH.

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:02 said...

@DDrfauziahSALAM,
TERIMA KASIH ATAS ULASAN YANG PANJANG INI. KITA SAMA2 LAKUKAN APA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:05 said...

@KAKTINYSALAM,
TERIMA KASIH ATAS ULASAN, KAKTINY. MARI KITA SAMA2 LAKUKAN SEPERTIMANA YANG DIANJURKAN OLEH ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:08 said...

@sekamar rinduSAMADA SUSAH ATAU SENANG, KITA REDHA DAN KITA BERSYUKUR KPDNYA. BUKAN SETAKAT LAFAZ DI BIBIR TETAPI JUGA DARI SEGI AMALAN KITA YANG SENTIASA MEMATUHI SURUHAN DAN LARANGAN NYA

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:10 said...

@maiyahSALAM,
KITA SAMA2 BERAZAM UNTUK MELAKUKAN APA YANG DISARANKAN OLEH MAIYAH. TERIMA KASIH

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:11 said...

@Mila@RimbunSALAM,
SETUJU, BUKAN SETAKAT MELAFAZKAN KESYUKURAN TETAPI MELAKUKAN AMALAN2 YANG DIKEHENDAKI OLEH AGAMA KITA

REPUBLIK N9 says:
at: 11 January 2011 at 00:12 said...

syukur membasmi kufur :)

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:12 said...

@ozzySALAM,
SAMA2 KITA MANFAATKAN ENTRI INI, OZZY.

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:15 said...

@ckLah@xiiinamSALAM,
KITA NI SAMA SAHAJA. PERLU SALING INGAT-MENGINGAT. SEMOGA BEKALAN KITA BERTAMBAH PADA SETIAP DETIK.

aby says:
at: 11 January 2011 at 00:18 said...

salam LF,
pertama aby bersyukur sbb di lahirkan islam,
dapat tau wujudnye allah swt dan nabi muhammad saw rasulnye ,, tau wujudnye syurga dan neraka ..

klu la aby d kuarkan dari kandungan penyembah berhala, tk tau la .. ade kah aby ni mcm depa juge ..

syukur2 yg aby di lahikan islam ...

fa bi ala ie rob bikuma tu kaz ziban ...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

berulang kali allah ulang di surah ar rahman ..
hendaklan sentiasa bersyukur dgn nikmat2 yg dikurniakan nye ..

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:18 said...

@zulkboSALAM,
SYUKUR ALHAMDULILLAH, PERKARA YANG AMAT BAIK BERLAKU DALAM KELUARGA ZULKBO.

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 00:21 said...

@ibuintanSALAM,
BETUL TU. MENGAPA KITA PERLU SOMBONG DAN KUFURKAN NIKMAT ALLAH? KITA DALAM KERUGIAN KALAU KITA MENGENEPIKAN ALLAH.

aRoL says:
at: 11 January 2011 at 01:40 said...

salam LF,
syukurlah atas ketentuanNya..moga kita mendapat kesedaran dari kealpaan kita...

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 07:17 said...

@REPUBLIK N9SALAM,
BETUL. MARI KITA SAMA2 LAHIRKAN KESYUKURAN KITA ATAS SEGALA NIKMAT DAN MUSIBAH SEPERTIMANA YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA KITA. I

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 07:18 said...

@abySALAM,
ULASAN ABY MEMANG LF SENTIASA NANTI2KAN. TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 07:19 said...

@aRoLSALAM,
KITA SENTIASA LALAI DAN PERLU DIINGATKAN. KITA SAMA2 AMBIL MANFAAT DARIPADA N3 INI

luahfikiran says:
at: 11 January 2011 at 07:24 said...

@ibuintanSALAM,
SETUJU, KITA NI INSAN YANG KERDIL, YANG LEMAH DAN YANG DICIPTA OLEH ALLAH. MENGAPA PERLU KITA SOMBONG KEPADA NYA? KITA AMALKAN APA YANG DIANJUR OLEH NYA. DENGAN ITU, KITA TIDAK DALAM KERUGIAN.

p/s. Maaf tertinggal memberikan ulasan balas untuk ibuintan

Mak Su says:
at: 11 January 2011 at 08:36 said...

As salam Dato LF, nmpknya hari ni sy tak ada idea nak respon apa sbb sy stuju sgt dgn bersyukur dan kita proofkan kesyukuran kita itu dlm bentuk2 melakukan ibadah2 ikhlas

sahromnasrudin says:
at: 11 January 2011 at 09:34 said...

ASSALAMUALAIKUM Dato, trime kasih atas perkongsian yg bermanfat ini..semoga dato' dan sekeluarga terus dirahmati Allah SWT

Yunus Badawi says:
at: 11 January 2011 at 15:33 said...

Assalamualaikum LF,

Sesungguhnya nikmat Allah kpd kita terlalu banyak dan tak dapat kita menghitungnya.

Bila saya kenang2kan, saya rasa malu dgn diri saya yg kerdil ini. Rasanya tak layak saya mendapat semua nikmat itu kalaulah bukan dgn rahmatNya.

sonata anak kancil says:
at: 11 January 2011 at 17:42 said...

salam - bersyukur ke hadrat Illahi masih terus bernafas d muka bumi ini - dapat membesarkan dan memberi ilmu dan melihat kejayaan kepada anak2...semoga apabila ditinggalkan kelak ibubapanya akan beroleh kebahgiaan di akhirat kelak.
Tidak ada harta benda yang ditinggalkan hanyalah membekalkan mereka dengan ilmu yang dimanfaatkan. InsyaAllah

semoga Dato' dan keluarga sentiasa di dalam dan beroleh kebahgiaan dunia dan akhirat.

Misz Sephia says:
at: 11 January 2011 at 21:20 said...

Assalamualaikum Uncle LF

Bila baca entry uncle ni teringat Surah Ar-Rahman tu. Kadang-kadang, sebagai orang muda..saya selalu alpa. Bila 'disergah' dgn ayat tu, saya jadi malu sendiri.
Terima kasih kerana publish entry ni

Kakzakie says:
at: 12 January 2011 at 11:01 said...

Salam LF,

Manusia bila berhajat sesuatu tanpa malu-malu akan terus-terusan memohon rayuan kepada Allah dgn apa juga cara. Doa selepas solat, solat hajat dsb. Bila tercapai sudah sujud syukur pun lupa.....

luahfikiran says:
at: 14 January 2011 at 08:41 said...

@Mak SuSALAM,
KITA SAMA2 LAKSANAKAN, MAKSU. SEMOGA ALLAH MENERMA AMALAN KITA

luahfikiran says:
at: 14 January 2011 at 08:42 said...

@sahromnasrudinSALAM,
MOGA SAHROM DAN KELUARGA JUGA DIRAHMATI ALLAH. KITA TERUS MENAMBAHKAN BEKALAN KITA

luahfikiran says:
at: 14 January 2011 at 08:43 said...

@Yunus BadawiSALAM,
KITA NI SAMA JE. TERLALU KERDIL DAN TERLALU BANYAK KELAMAHAN KITA. KITA SELALU LALAI ! APAPUN KITA BERUSAHA UNTUK MENAMBAH AMALAN KEBAIKAN KITA

luahfikiran says:
at: 14 January 2011 at 08:44 said...

@sonata anak kancilSALAM,
SAMA2LAH KITA. SEMOGA KITA DAN KELUARGA KITA SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT

luahfikiran says:
at: 14 January 2011 at 08:45 said...

@Misz SephiaSALAM,
KITA NI PERLU SALING INGAT-MENGINGAT. KITA SAMA2 MENAMBAHKAN BEKALAN AKHIRAT KITA

luahfikiran says:
at: 14 January 2011 at 08:47 said...

@KakzakieSALAM,
MOGA KITA SAMA2 DAPAT UBAH PERKARA INI.

dasdad says:
at: 8 February 2012 at 22:05 said...

Aku memohon kekuatan,
Lalu diberikan kesulitan,
Untuk menjadikanku gagah,
Aku memohon cinta kekasih,
Lalu dipertemukan meraka yang bermasalah,
Untukku mencari penawar duka,
Aku memohon keteguhan hati,
Lalu diberikanku bahaya,
Untukku tangani,
Jesteru itu aku tidak perolehi apa yang kuimpikan,
Namun aku mendapat segala yang kuperlukan.

(Al-Rumi seorang penyair sufi)

Post a Comment

SUDI2 MENJADI SAHABAT

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO KELAS PENGAJIAN MUSHOLLA IHSAN