Content

.

.

.

.

.
17 Jan 2011

MARI KITA ERATKAN SILATURRAHIM SESAMA AHLI KELUARGA ! YANG TERPUTUS, KITA JALINKAN SEMULA ! YANG RENGGANG, KITA ........... !

Entri kali ini memberikan tumpuan terhadap hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga yang merangkumi hubungan antara ibu bapa dengan anak, dan hubungan antara adik-beradik. Mutakhir ini berlaku pelbagai keadaan tidak menyenangkan yang melibatkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Anak-anak tidak menziarahi ibu bapa walaupun pada musim perayaan; ibu bapa ditempatkan di rumah orang tua tanpa dilawati oleh anak-anak; adik-beradik tidak bertegur; ibu bapa disaman oleh anak ; ayah emak diheret ke mahkamah oleh anak atas sebab harta; anak-anak tidak menziarahi ibu bapa yang sedang terlantar sakit di hospital; dan lagi …… dan lagi …….. ! Sedih dan bimbang! Entah di mana silapnya? Agama kita tak suruh begitu ! Agama kita mahukan kita berbuat baik ! Agama kita suruh kita memelihara dan memupuk hubungan silaturrahim !

MAKSUD SILATURRAHIM?

"Menghubungkan Silaturrahim" atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah memberi maksud hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Allah swt ada berfirman dengan maksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara" (Surah Ali-Imran, ayat 103)

ISLAM ANJUR HUBUNGKAN SILATURRAHIM

Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini:

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari)

Allah swt mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharam memutuskannya dan menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada mereka yang ada hubungan kekeluargaan.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"

Dalam surah yang sama (An-Nisa’), ayat 36, Allah swt berfirman lagi, yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"

Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini. ANTARA hadis yang berkaitan:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita.

HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA:

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

2. Selain melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, jalinan silaturrahim juga akan membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu di kalangan ahli keluarga. Hubungan baik ini juga membolehkan berlaku perkongsian ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah swt.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturrahim" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" (Surah an-Nisaa', ayat 1)

Rumusannya, usaha menjalinkan silaturrahim memberikan banyak manfaat. Ia sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah swt.

MENJALIN SILATURRAHIM – BAGAIMANA CARA?

Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara. ANTARANYA sentiasa berhubung dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), bertanyakan khabar , memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai oleh Allah swt.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlu dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah swt dan sunnah RasulNya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka boleh dilakukan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, dan berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan (umpamanya Hari Raya Aidil Fitri) untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan. Hulurkan tangan memohon maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang Muslim yang mulia.

SILATURRAHIM YANG TERPUTUS - JALIN SEMULA !

Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar kesan keburukannya, bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahim di kalangan ahli keluarga berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan. Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus.

Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk menjalinkan semula hubungan yang baik,
tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, berfikir dan bertindaklah secara bijaksana dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus" (Hadis riwayat Bukhari)

Kita perlu berusaha menghubungkan silaturrahim dengan mereka. Kita ketepikan kebencian dan padamkan api dendam. Kita berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka. Kita juga perlu bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik dan bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Firman Allah swt di dalam surah Fussilat ayat 34, yang bermaksud:

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

KESIMPULAN

Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama ahli keluarga adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan; kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan.

TAMBAHAN:

Entri ini hanya sebagai pembuka minda untuk membuat penjelajahan yang lebih mendalam melalui rujukan sumber-sumber ilmu yang lain. LF sangat mengalu-alukan sebarang komen atau saranan atau apa sahaja tentang perkara yang dibicarakan. LF membuat rujukan pelbagai sumber untuk menghasilkan entri. Maaf kerana tidak mencatat sumber-sumber tersebut. Apapun LF merakamkan setinggi penghargaan dan mendoakan Allah swt menganugerahkan kesejahteraan dan rahmatNya ke atas mereka ini.

98 comments:

ikan emas says:
at: 15 January 2011 8:31 pm said...

ada juga kes saman menyaman..gaduh dan bertengkar sesama adik beradik ...kenapa jadi begitu ? bukan salah ibu mengandung !
semoga mereka cepat insaf ..dan ditunjukkan jalan yang betul

Cik SHiNJU says:
at: 15 January 2011 9:02 pm said...

Salam LF..
Saya setuju dgn n3 LF ni..
Sesuai sangat dgn situasi semasa..
Sebak baca kisah datuk dirompak dan dibunuh oleh
cucu dalam paper hari ni..
Nilai kasih sayang sesama keluarga pun dah luntur
apatah lagi kasih sayang sesama insan yang tiada hubungan
keluarga..

ckLah@xiiinam says:
at: 15 January 2011 9:32 pm said...

Keluargalah harta saya yang paling mahal, dunia dan akhirat. InsyaAllah...tali pengikat itu akan kami jaga.

ahmad humairi says:
at: 15 January 2011 10:05 pm said...

Assalamualaikum,

Kita semua adalah bersaudara sesama Islam. Jika ikatan kasih erat pada ibu dan bapa, kita sedekahkan fatihah atau pahala lainnya kepada mereka, juga kita rangkumkan ungkapan sama buat seluruh umat islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kita....alangkah indahnya islam. Moga setiasa diamalkan.

gadisBunga says:
at: 15 January 2011 10:43 pm said...

salam uncle,
terima kasih di atas artikel yang berguna ini. selain tu kite juga kene jaga silah kite dengan Allah dengan cara solah. :D

Miecyber says:
at: 15 January 2011 10:45 pm said...

Persaudaraan antara anak dan ibu bapa dan adik beradik memang sangat utuh.Kalau berlaku perselisihanpun biasanya tidaklah lama...

Benteng Jerantut di langgar Garuda

Idalara says:
at: 15 January 2011 10:55 pm said...

Mudah2an di sini kita juga dapat menyambung tali silaturahim sesama kita..Insyallah

Misz Sephia says:
at: 15 January 2011 10:58 pm said...

Assalamualaikum Uncle LF

Sedihnya ada kes saman-menyaman ibu bapa daripada anak-anak yang terpelajar. Yg bergaduh pasal harta bkn terdiri daripada yang tak cukup makan.

Mmg banyak dugaan untuk mengeratkan silaturrahim, lebih-lebih ada perasaan negatif seperti dengki, cemburu. Tapi jika dibuang rasa negatif tu jauh-jauh, insyaAllah takde masalah kot. :)

Rozali says:
at: 15 January 2011 11:17 pm said...

Waalaikumusalam LF

apalah makna kalau hidup sebatang kara, tampa saudara mara

terima kasih
Wassalam

Afida Anuar says:
at: 16 January 2011 12:08 am said...

Pincang sungguh institusi kekeluargaan sekarang, sampaikan anak dan ibu bapa pun sanggup saman menyaman... berbalah bagai, dan ada yang sanggup membunuh!! rata-rata saya baca mereka yang terlibat merupakan orang Islam...sedih

YaAllah, kenapa sanggup putuskan persaudaraan...sedangkan kuatnya Islam itu atas tali persaudaraan itu sendiri. dan asas persaudaraan itu bermula dengan keluarga..

WaAllahualam..

mohdandmeriam says:
at: 16 January 2011 7:17 am said...

Salam LF..satu article yg sangat berguna n diharapkan ianya akan membuka mata n fikiran bagi mereka yg menghadapi masalah ni..semoga dengan membaca article ni ianya akan membantu mereka menjalinkan hubungan yg telah terputus.

Mohamad says:
at: 16 January 2011 7:36 am said...

Salam LF..
Hidup kita hanya sementara.. berbaik-baiklah antara kita. Jangan jadikan permusuhan dari masalah yang kecil dan perebutan pusaka. Hubungan saudara mara kata orang ibarat cincang air tak akan putus...

Temuk says:
at: 16 January 2011 10:12 am said...

Assalamu'alaikum LUAHFIKIRAN
Dlm zaman "air dicincang putus berkecai" & "perahu lalu, kiambang berpecah", pengetahuan & pengamalan ajaran-Nya saja yg mampu menyelamatkan 'silaturrahim". Insya-Allah. Terima kasih berkongsi ilmu yg amat berguna itu.

Abd Razak says:
at: 16 January 2011 10:28 am said...

Assalamualaikum LF..

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr bin Al'ash r.a. berkata: "Seorang datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempunyai keluarga yang saya hubungi tetapi mereka memutuskan hubungan kepadaku. Saya baik kepada mereka tetapi mereka zalim kepadaku dan saya tolong membantu mereka dan mereka berbuat jahat kepadaku, apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama?"

Jawab Baginda s.a.w.: "Tidak, sebab jika kamu membalas mereka, maka sama dengan mereka, tetapi hendaknya engkau tetap mengambil cara yang lebih baik dan tetap menghubungi mereka, maka selalu engkau akan mendapat bantuan dari Allah s.w.t. selama engkau berbuat demikian."

HonEyBuNNy says:
at: 16 January 2011 11:17 am said...

Salam ....eratkan silaturahim antara keluarga salah satu amalan mulia kan...;-)

Kunang-Kunang says:
at: 16 January 2011 11:45 am said...

Salam Dato' LF,

Dalam persahabatan dan dalam menjalinkan hubungan silatulrahim sama ada dengan sanak saudara atau sahabat andai kejujuran dan keikhlasan sangat penting.

zulkbo says:
at: 16 January 2011 1:32 pm said...

Salam Dato' Abdullah..
itulah yang terbaik..
tapi kenapa kita selalu
sibuk dan lupa..?malah
saudara terdekat sekalipun

ab@h_Izz says:
at: 16 January 2011 2:13 pm said...

salam..
kadang2 saya pun terasa malas nak balik kampung bila cuti, mungkin disebabkan duduk jauh, kekangan masa, dan juga kos...tapi bila terpikir semua tu dan ibubapa kita masih ada lagi, insyaAllah akan cuba sekerap yg mungkin ziarahhi mereka...terpikir juga akan nasib kita suatu hari nnt.

khaifaiz says:
at: 16 January 2011 3:27 pm said...

Rapatkn lah silaturrahim ketika masih ada peluang dan ruang.. Betul tak dato'

Insan Marhaen says:
at: 16 January 2011 6:57 pm said...

itulah yang selalu IM ingatkan pada anak-anak. hubungan saudara perlu dijaga biar bagaimana pun mereka...

sonata anak kancil says:
at: 16 January 2011 9:24 pm said...

salam...usah kata nak eratkan silaraturahim...membunuh ibubapa @ keluarga pun ada!

kakcik says:
at: 17 January 2011 7:31 am said...

Teringin sangat saya hendak merapatkan hubungan yang terputus - tapi tidak mendapat sambutan..... :(

Sharinginfoz says:
at: 17 January 2011 8:15 am said...

sangat betul tu, penting sangat hubungan kekuluargaan

sahromnasrudin says:
at: 17 January 2011 8:40 am said...

assalamualaikum..semoga ikatan kekeluargaan kita semakin ukhwah dan tidak berpecah belah..trime kasih atas perkongsian ini, LF

KAKTINY says:
at: 17 January 2011 9:15 am said...

Salam LF,

Kepentingan peribadi untuk menakhluki kesenangan dan kebanggaan dunia sering menjadi alasan dan punca perbalahan, terputusnya silaturahim, percakaran malah pembunuhan jiwa dan iman makhluk Allah bernama manusia ini.. Allahu..

Jika tak mampu bertentang mata, setidak-tidaknya dapatlah kita melafas doa di dlm solat mendoakan kesejahtaraan saudara2 kita.. Semoga kita sentiasa beristiqamah dlm menjaga hubungan persaudaraan serta menjaga agama, iman dan ihsan hati dan jiwa.. ameen.

Ummi Humaira says:
at: 17 January 2011 1:28 pm said...

Assalamualaikum ...

mudah2an N3 sebegini dpt memberi suntikan bermakna buat kita semua....

dan semoga silaturahim fillah sesama blogger juga dapat berkekalan hingga ke akhir hayat.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 2:30 pm said...

@ikan emasSALAM,
SAMA2 KITA MENGHARAPKAN ALLAH SWT MENJUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA MEREKA INI.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 2:35 pm said...

@Cik SHiNJUSALAM,
ALLAH TELAHPUN MENJELASKAN BALASAN YANG AKAN DITERIMA OLEH MEREKA YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM. ALLAH SAYANG KAN KITA! MENGAPA KITA BERDEGIL TIDAK MAHU MEMATHU PERINGATAN ALLAH INI?

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 2:37 pm said...

@ckLah@xiiinamSALAM,
SAMA2 KITA MENGGALAKKAN AHLI KELUARGA KITA MEMELIHARA DAN MENGUKUHKAN LAGI SILATURRAHIM DI KALANGAN SESAMA AHLI KELUARGA !

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 2:38 pm said...

@ahmad humairiSALAM,
ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU PENUH KASIH SAYANG. ISLAM MAHUKAN KITA MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM

aliff muhammad says:
at: 17 January 2011 2:45 pm said...

LF,

Kalau kita kaji karya sastera pantun lama seperti yang digarap oleh Pak Tenas Affendi dalam Tunjuk Ajar Melayu,
akan kita dapati banyak sekali pantun (petuah) tentang menjaga dan menghubung silaturahim.

Islam itu indah. Melayu itu santun!

Sekamar Rindu says:
at: 17 January 2011 4:09 pm said...

salam...

tuan,..dulu ada kes disiarkan di dada akhbar yg si ayah menyaman anak sendiri kerana mengabaikan tanggungjawab pada keluarga..sekaligus memutuskan tali saliturahim..

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 5:17 pm said...

@gadisBungaSALAM,
BETUL SANGAT. JAGA DAN DEKATKAN DIRI KITA DENGAN ALLAH SWT, DAN JAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA DENGAN INSAN YANG LAIN.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 5:18 pm said...

@MiecyberSALAM,
HARAP BEGITULAH. MENGAPA KITA MAHU MERENGGANGKAN HUBUNGAN KITA DENGAN IBU BAPA DAN ADIK BERADIK?

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 5:20 pm said...

@IdalaraSALAM,
HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA KITA. KITA KAN SAUDARA SEISLAM?

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 7:57 pm said...

@Misz SephiaSALAM,
MEMANG MENYEDIHKAN. TERDAPAT YANG BERSENGKETA KALANGAN YANG BERPENDIDIKAN DAN MEMILIKI HARTA. KEMBALIKAH KE JALAN KEBENARAN.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 7:59 pm said...

@RozaliSALAM,
SEPATUTNYA BEGITU. KITA BERASAL DARIPADA KELUARGA YANG ADA EMAK AYAH DAN JUGA ADIK-BERADIK. KALAU ADA MASALAH, JANGAN SAMPAI MEMUTUSKAN SILATURRAHIM. TERLALU BERAT BALASAN ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:01 pm said...

@Afida AnuarSALAM,
JANGAN SALAHKAN SESIAPA. LIHAT SENDIRI DAN BAIKI KELEMAHAN. USAHAKAN PEMURNIAAN BUKAN PERSENGKITAAN. AGAMA KITA SURUH KITA BEGITU - PELIHARA DAN KUKUHKAN TALI PERSAUDARAAN !

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:03 pm said...

@mohdandmeriamSALAM,
MEMANG DEMIKIANLAH HARAPAN KITA. BAIKI SEMULA HUBUNGAN DAN JANGAN BIARKAN TERPUTUS.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:04 pm said...

@MohamadSALAM,
AGAMA KITA, AGAMA KASIH SAYANG, AGAMA PERSAUDARAAN. KITA JUNJUNG AGAMA KITA UNTUK KITA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:06 pm said...

@TemukSALAM,
KEMBALI KEPADA TUNTUTAN DAN AJARAN AGAMA KITA. BARULAH KITA SEJAHTERA DAN SELAMAT. MENGAPA KITA TAK MAHU IKUT PANDUAN2 YG DIBERIKAN OLEH AGAMA KITA?

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:07 pm said...

@Abd RazakSALAM USTAZ RAZAK,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH. PENERANGAN TAMBAHAN YANG SEPATUTNYA KITA JADIKAN PENGAJARAN DAN TAULADAN. TKASIH

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:08 pm said...

@HonEyBuNNySALAM,
SETUJU. MARI KITA SAMA2 LAKUKAN

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:09 pm said...

@Kunang-KunangSALAM,
KALAU KITA TIDAK IKHLAS, APA YANG KITA LAKUKAN TIDAK BERERTI . SANGAT SETUJU DENGAN PANDANGAN KUNANG2

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:11 pm said...

@zulkboSALAM,
ITULAH YANG MENYEDIHKAN. KITA LALAI DAN KITA TERPENGARUH DENGAN SEGALA MACAM PUJUKAN SYAITAN. MARI KITA KUATKAN KEIMANAN DAN TAQWA KITA KEPADA ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:13 pm said...

@ab@h_IzzSALAM,
GEMBIRA SANGAT MENDENGAR KEAZAMAN SDR. JADIKAN KENYATAAN DAN SELALULAH BALIK KE KAMPUNG MENJENGUK ORANG TUA KITA.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:15 pm said...

@khaifaizSALAM,
BETUL, JANGAN SEKALI2 KITA LALAI DENGAN USAHA UTK MEMPERKUKUHKAN LAGI SILATURRAHIM KITA. BANYAK GANJARAN YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH JIKA KITA MELAKUKAN SURUHANNYA.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:16 pm said...

@Insan MarhaenSALAM,
APA YANG SDR LAKUKAN ADALAH TEPAT DAN SELARAS DENGAN TUNTUTAN AGAMA KITA. TERUSKAN

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:17 pm said...

@sonata anak kancilSALAM,
ITU YANG KITA BIMBANGKAN. MACAM2 PERKARA KEBURUKAN YANG MEMBABITKAN KELUARGA BERLAKU SEKARANG INI. MOGA ALLAH MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA KITA SEMUA

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:18 pm said...

@kakcikSALAM,
TERUSKAN DAN JANGAN PUTUS ASA. ALLAH SENTIASA DI SAMPING ORANG YANG BENAR.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:19 pm said...

@SharinginfozSALAM,
MARILAH KITA SAMA2 AMBIL PERINGATAN DAN MELAKUKAN APA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:20 pm said...

@sahromnasrudinSALAM,
HARAPAN LF PUN BEGITU JUGA. KITA PERLU KUKUH DALAM IKATAN SILATURRAHIM ANTARA KITA.

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:21 pm said...

@KAKTINYSALAM,
SETUJU SANGAT DENGAN ULASAN KAKTINY. KITA DOAKAN KEBAIKAN UNTUK MEREKA

luahfikiran says:
at: 17 January 2011 8:22 pm said...

@Ummi HumairaSALAM,
KITA INGAT-MENGINGAT. SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DAN BERTINDAK MENGIKUT APA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA

Kuasai minda says:
at: 19 January 2011 11:49 am said...

Salam buat Tn LF...

Kekadang, keegoan seseorang itu mampu untuk memutuskan silaturrahim, atau mungkin menyebabkan silaturrahim itu semakin terhakis. Segalanya datang daripada hati dan akal mereka. Jika mereka tahu dan sedar betapa hebatnya nikmat menghubungkan silaturrahim, pasti kita akan berlumba2 untuk mendapatkannya....

Aku pernah terbaca suatu peringatan (tetapi tak ingat sama ada hadis atau pandangan kias ulama'). Dalam petikan itu dinyatakan bahawa akan orang yang saling berjabat salam itu akan berguguran dosa kecil mereka dari celah tangan yang berjabat tadi. Alangkah indahnya, dan besarnya rahmat jika yang berjabat salam itu adalah dua orang yang saling bermaafan atas kesalahan masing2....

luahfikiran says:
at: 19 January 2011 12:03 pm said...

@Kuasai mindaSALAM,
TERIMA KASIH ATAS ULASAN YG PANJANG INI. ALANGKAH BERUNTUNGNYA KITA KALAU KITA MENGIKUTI APA YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA KITA SPTMANA YG SDR HURIAKAN. TKASIH

Sekamar Rindu says:
at: 20 January 2011 7:18 am said...

salam....tuan,

terima kasih singgah komen di blog saya...

IMANSHAH says:
at: 20 January 2011 5:43 pm said...

Salam dato

Saya terkenang, ibu saudara sampai sekarang membuang keluarga walau kami cuba memujuknya

Kamsiah says:
at: 20 January 2011 10:48 pm said...

salam
salah satu sebab doa kita tak dimakbulkanNYA..ialah kerana memutuskan silaturrahim..

Kamsiah says:
at: 20 January 2011 10:48 pm said...

salam
salah satu sebab doa kita tak dimakbulkanNYA..ialah kerana memutuskan silaturrahim..

DDrfauziah says:
at: 21 January 2011 1:50 am said...

Aslmkm.
Ya. Peringatan yang baik untuk semua.

ozzy says:
at: 21 January 2011 2:27 am said...

Assalam..

Terdapat banyak faktor yg menyebabkan silaturrahim terputus samada sesama keluarga atau rakan2...Masing2 bagaikan cuba mempertahankan keegoan masing2..
Hubungan dalam masyarakat kita org melayu khususnya turut berlaku disebabkan faktor ini contohnya kerana perbezaan POLITIK...

luahfikiran says:
at: 21 January 2011 7:31 am said...

@Sekamar RinduSALAM,
SAMA2 SR. KITA SALING MENZIARAHI UTK MENDAPATKAN KEBAIKAN

luahfikiran says:
at: 21 January 2011 7:31 am said...

@IMANSHAHSALAM,
TERUS BERUSAHA DAN BERDOA. INSYAALLAH ALLAH AKAN BERSAMA DENGAN KEBENARAN

luahfikiran says:
at: 21 January 2011 7:32 am said...

@KamsiahSALAM,
BETUL SANGAT TU, K. KITA SAMA2 MENGELAKKAN PERKARA SEPERTI INI

luahfikiran says:
at: 21 January 2011 7:33 am said...

@DDrfauziahSALAM,
KITA SALING INGAT MENGINGAT

luahfikiran says:
at: 21 January 2011 7:33 am said...

@ozzySALAM,
SETUJU SANGAT. APAPUN ALLAH AKAN BERADA DI PIHAK KEBENARAN

ZaTiL HuSnA says:
at: 21 January 2011 4:04 pm said...

salam,
pak andak apa khabar? sihat? lama dah kita tak bermesej. maaf, zatil sibuk menguruskan urusan penangguhan belajar (master) ke tahun hadapan (2012) dan juga menguruskan urusan amanah raya yg baru sahaja selesai.... alhamdulillah, rasa ringan bila semua dah selesai.

luahfikiran says:
at: 22 January 2011 7:56 am said...

@ZaTiL HuSnASALAM,
ALHAMDULILLAH SELESAI. BILA KELAPANGAN, SINGGAHLAH !

Werdah says:
at: 22 January 2011 10:03 am said...

Assalamu'alaikum LF

Sangat penting silaturrahim ini.. sewajarnyalah kita ambil pengajaran daripada ayat 1 surah an-Nisa' itu. Allah mengawasi kita yang memutuskan silaturrahim..

Namun ramai di kalangan kita suka sangat berkecil hati sesama keluarga, bila berjumpa ada sahaja yang tak kena, itulah hasutan syaitan.. mudah2an di kalangan kita dapat mengambil manfaat daripada N3 ini...

Ros Illiyyuun says:
at: 22 January 2011 3:10 pm said...

Salam...

Info yang bermanfaat.

Dalam bahasa arab disebut 'silaturrahmi'...terima kasih.

REPUBLIK N9 says:
at: 23 January 2011 3:00 am said...

(Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga. )

check balik makna ni... kalo amik kalimah ni sahaja makna akan jadi lain, bermaksud YANG MAHA MENGASIHANI-SIFAT ALLAH

kalo 'sila', makna nyer sambung, hubung (wasola-dalam arabic).. jadi kalo silaturahim, maka 2 kalimah satu makna (silah+rahim)=menyambung kasih sayang... its depend on da situation bila kite bagi takrif kalimah arab... sekadar peringatan supaya tak berlaku kekeliruan:)

contoh seperti yg ditulis dalam entry anda:

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat.

Imam ibnu atsir bagi makna sekaligus bile menerangkan makna ini. Bile dipisahkan 2 kalimah ni perbahasan ni akan jadi panjang sikit (asal kalimah akan/perlu disertakan) :)

Sekadar sedikit perkongsian ilmu :)

Admin P@P says:
at: 23 January 2011 3:40 pm said...

Assalamualaikum.
Sedih mengenangkan 'orang tua' dihantar ke rumah kebajikan, sedangkan anak-anak semuanya berjaya, tapi tak mahu mengambil tanggungjawab menjaga ibubapa.

TQ

aby says:
at: 23 January 2011 11:42 pm said...

salam LF,
antara tujuan nabi/rasul diturunkan adalah utk,
kite selamat pd dunia selepas kematian dan utk kite selamat ketika didunia,
bayangkan ketika zaman seblm islam,
bukan hanya tidak pentingkan siratulrahim, malah perdagangan hamba berluasa, taman bayi perempuan hidup2 pun biasa juge .. tp bile nabi menerima islam, keutamaan menyambung siratulrahim, seperti yg LF tulis, amat dititk beratkan ...
satu tulisan yg menarik ..
memang adalah satu yg tidak wajar kite memutuskan ikatan siratur rahim ...

luahfikiran says:
at: 25 January 2011 6:47 pm said...

@WerdahSALAM,
SAMA2 KITA AMBIL PERINGATAN ULASAN WERDAH INI. KERJA SYAITAN LAKNAT ITU MEMANG NAK MENYESATKAN KITA !

luahfikiran says:
at: 25 January 2011 6:48 pm said...

@Ros IlliyyuunSALAM,
TERIMA SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK. LF AKAN MENJENGUK KE BLOG ROS !

luahfikiran says:
at: 25 January 2011 6:50 pm said...

@REPUBLIK N9SALAM,
TERIMA KASIH BANYAK2 DENGAN ULASAN PANJANG LEBAR INI. AMAT BAIK ULASAN INI.LF AMBIL PERHATIAN.

luahfikiran says:
at: 25 January 2011 6:54 pm said...

@Admin P@PSALAM,
ORANG TUA KITA BOLEH MENJAGA DAN MENDIDIK RAMAI ANAK. TETAPI ANAK2 SUKAR NAK MENJAGA IBU BAPA YANG HANYA 2 ORANG. MENJAGA ORANG TUA ADALAH TUNTUTAN AGAMA. KENAPA TIDAK DIPATUHI?

luahfikiran says:
at: 25 January 2011 6:57 pm said...

@abySALAM,
TERIMA KASIH ULASAN ABY. MARI KITA SAMA2 MENJAGA HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA DENGAN AHLI KELUARGA KITA

Insan Marhaen says:
at: 27 January 2011 1:09 am said...

alhamdulillah, IM dapat adik beradik dan anak-anak yang kuat silaturrahim mereka..

luahfikiran says:
at: 27 January 2011 5:49 am said...

@Insan MarhaenSALAM,
BERSYUKUR IM MEMPUNYAI KELUARGA YANG SEDEMIKIAN. BAGUS SANGAT KALAU IM DAPAT BERKONGSI PENGALAMAN UNTUK DIJADIKAN PANDUAN.

KERI says:
at: 29 January 2011 6:18 am said...

Salam Dato LF.
Ya benar. Sama2lah kita pupuk silaturrahim dikalangan keluarga sendiri & juga saudara sesama agama serta warga Malaysia.

luahfikiran says:
at: 29 January 2011 8:58 pm said...

@KERISALAM,
TERIMA KASIH KERANA SINGGAH DAN KEMUDIAN MENINGGALKAN JEJAK. KITA SAMA2 MEMELIHARA HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA DENGAN ORANG LAIN

ahmad humairi says:
at: 9 February 2011 10:14 am said...

assalamualaikum,

apa khabar saudara LF? Lama menghilang...moga sihat walafiat hendaknya.

ummu says:
at: 11 February 2011 5:00 pm said...

assalamualaikum tuan
alangkah indahnya,
jika kasih sayang terus disuburkan,
anak dan ibubapa,
abang dan adik lelaki dan adik perempuan,
saling membantu dan bekerjasama
dan dari keluargalah sebenarnya
asas keharmonian...

luahfikiran says:
at: 14 February 2011 1:27 pm said...

@ahmad humairiSALAM,
TERIMA KASIH BERTANYAKAN KHABAR. ADA SEDIKIT GANGGUAN KESIHATAN TETAPI MASIH BERSYKUR MENYEBABKAN TIADA ENTRI BARU. INSYAALLAH, LF AKAN CUBA USAHAKAN DALAM MASA TERDEKAT. HARAP TUAN DALAM KEADAAN SEJAHTERA.

luahfikiran says:
at: 14 February 2011 1:28 pm said...

@ummuSALAM, BETUL TU UMMU. KITA SAMA2 USAHAKAN.

ibuintan says:
at: 16 February 2011 11:29 pm said...

assalamualaikum Dato'

apa khabar, semoga sihat hendaknya..

salam maulidur rasul Dato'

luahfikiran says:
at: 17 February 2011 1:14 pm said...

@ibuintanSALAM,
TERIMA KASIH ATAS INGATAN DAN UCAPAN. SEDIKIT KURANG SIHAT TETAPI TETAP BERSYUKUR. INSYAALLAH KITA AKAN BERTEMU MELALUI ENTRI BARU. TAKE CARE, IBU INTAN.

sayangsayangibu says:
at: 21 February 2011 10:53 pm said...

salam dato LF
lama menyepi harap cepat sembuh, rindu untuk menimba ilmu disni,
semoga sejahtera hendaknya.

ashrafi says:
at: 26 February 2011 8:06 am said...

Salam ingatan buat Tuan LF

Saya datang untuk bersilaturrahim kembali, semoga ukhuwwah antara kita selalu berpanjangan. Terima kasih atas peringatannya.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 26 February 2011 3:38 pm said...

tanpa mak bapa sapalah kita..mekasih kongsi buah fikiran

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 20 March 2011 7:50 pm said...

salam
dato..sihat lama tak update gua doa sihat selalu

WaNie^^ says:
at: 2 June 2011 2:01 am said...

salam, izinkan saya berkongsi artikel saudara di blog saya. Terima kasih ye...=)

Adib Idzlan says:
at: 4 April 2013 8:35 pm said...

Salam izinkan saya kongsi artikel tuan utk renungan saudara2 kita yang lain.

Adib Idzlan says:
at: 4 April 2013 8:37 pm said...

Assalamualaikum, izin kan saya kongsi artikel tuan untuk renungan saudara2 islam kita yang lain.

Adib Idzlan says:
at: 4 April 2013 8:43 pm said...

Salam izinkan saya kongsi artikel tuan utk renungan saudara2 kita yang lain.

Adib Idzlan says:
at: 4 April 2013 8:44 pm said...

Salam izinkan saya kongsi artikel tuan utk renungan saudara2 kita yang lain.

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan