Content

.

.

.

.

.
28 Dec 2010

MARI KITA BERTAUBAT! NAK TANGGUH APA LAGI? KITA PASTI ADA MELAKUKAN DOSA !



Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan atau dosa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat”

Dengan segala rahmatNya, Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang menyediakan jalan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada ketaatan, pengampunan dan rahmatNya. FirmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 160 yang bermaksud:

"Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Dalam ayat yang lain, terdapat keterangan yang menyatakan Allah swt sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Sepertimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 222:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri"

Pintu taubat kepada Allah swt sentiasa terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah swt membentangkan tanganNya bagi hamba-hamba yang ingin kembali kepadaNya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhamad saw bersabda dengan maksud:

"Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat"

Yang dimaksudkan dengan taubat ialah pengaduan kita kepada Allah swt supaya Allah swt mengampunkan dosa2 kita yang lalu serta mengharapkan keredhaan-Nya. Kita menyesali perbuatan dosa yang dilakukan dan berazam tidak akan melakukannya lagi.

ANJURAN BERTAUBAT

Terdapat banyak keterangan ayat Al Quran dan juga hadis yang menganjurkan agar kaum Muslimin bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa. ANTARANYA:

Allah swt berfirman dengan maksud:

1. “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar” (At-Tahrim: 8.)

2. "Dan Dia-lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan. " (AsySyuura: 25).

3. "Dan bertaubatlah Kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. "(An- Nuur: 31).

4. "Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?" (At- Taubah: 104).

5. "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal shalih, kemudian tetap dijalan yang benar. (Thaaha: 82).

Antara hadis yang berkaitan dengan suruhan taubat ialah:

1. "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku beutaubat dalam sehari sebanyak 100 kali " (Maksud hadis riwayat Muslim).

2. "Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, niscaya Allah menerima taubatnya" (Maksud hadis riwayat Muslim)

3. "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai di kerongkongan" (Maksud hadis riwayat At-Tirmidzi)

MENGAPA BERTAUBAT?

Banyak sebab mengapa kita perlu bertaubat! ANTARANYA:

1. Hakikat sifat manusia yang tidak sunyi melakukan kesalahan atau dosa. Kita perlukan pengampunan Allah swt atas segala kesilapan dan dosa yang kita lakukan. Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dengan maksud:

“Semua anak Adam (manusia) banyak melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang banyak bertaubat”

2. Allah swt amat menyayangi orang-orang yang bertaubat. Walaupun seseorang itu telah berbuat dosa berkali-kali, Allah swt tetap gembira menerima taubat hambaNya. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al Quran, Surah Az-Zumar, ayat 53)

3. Taubat melahirkan jiwa yang tenang, bersih dan tidak gusar. Apabila diri dalam keadaan bersih, maka seseorang itu akan mudah mendapat rahmat dan pertolongan Allah swt. Sebaliknya, orang yang dipenuhi dosa merasakan dirinya sentiasa resah, tidak mendapat kepuasan hidup, tamak, ketagih melakukan maksiat dan benci melakukan kebaikan.

4. Dosa yang tidak dibersihkan mudah mendorong pelaku dosa mengulangi perbuatan yang sama tanpa merasakan perbuatan itu satu dosa. Perbuatan yang dilakukan berulang-ulang akan menjadi satu kebiasaan dalam dirinyai dan sukar dihentikan.

5. Setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan menjadi satu titik hitam di dalam hati. Jika tidak dibersihkan segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu tompok hitam dan seterusnya menutup pintu hati daripada menerima cahaya kebenaran Ilahi. Sepertimana sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi, dengan maksud:

“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya. Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran”

BAGAIMANA CARA BERTAUBAT?

Seharusnya kita melakukan taubat sepanjang masa bagi memastikan perjalanan hidup kita sentiasa mendapat keampunan daripada Allah swt. Jika terlanjur melakukan dosa, maka hendaklah dibersihkan segera dengan cara bertaubat. Itulah cara terbaik menghapuskan catatan dosa. Persoalannya, bagaimana caranya?

1.Memenuhi syarat-syarat taubat.

Syarat-syarat tersebut adalah: (1). Ikhlas melakukan taubat; (2). Menghentikan perlakuan dosa yang telah dilakukan; (3). Menyesali di atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukan; (4). Berazam tidak mengulangi lagi perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya.

Seseorang yang mahu bertaubat daripada melakukan sesuatu perbuatan yang berdosa , tetapi masih tetap melakukan perbuatan yang sama, maka taubatnya tidak akan diterima oleh Allah swt.

Jenis dosa yang dilakukan akan menentukan cara seseorang itu bertaubat. Bagi perbuatan dosa yang melibatkan keingkaran terhadap perintah Allah swt seperti minum arak dan meninggalkan sembahyang, maka cara taubatnya ialah memohon terus keampunan kepada Allah swt.

Sebaliknya pula, jika dosa melibatkan hubungan sesama manusia, maka selain mohon keampunan Allah, wajib pula mengembalikan hak orang yang berkaitan. Setakat beberapa contoh, seperti:

i) Jika pernah menzalimi, memfitnah, mencaci, menyakiti, menuduh tanpa hak dan mengumpat, maka wajib berjumpa dan memohon maaf daripadanya.

ii) Jika pernah mengambil harta tanpa hak, maka wajib dikembalikan atau diganti dengan yang sama atau di minta halal.

Bagaimanapun, dalam situasi pelaku dosa tiada ada keyakinan diri dan bimbang kemungkinan berlaku kesan buruk apabila bertemu, maka tidak harus dilakukan permohonan maaf secara bersemuka. Islam melarang melakukan sesuatu yang dikhuatiri mendatangkan keburukan, biarpun asalnya bertujuan baik. Dalam keadaan sedemikian, bertaubatlah kepada Allah swt dan berserah diri kepadaNya. Sesungguhnya Allah swt jua Yang Maha Pengampun dan Maha Mengetahui segala yang dilakukan oleh hambaNya.

Apabila syarat-syarat taubat di atas telah dipenuhi dan taubat itu dilakukan dengan penuh keikhlasan, maka insyaAllah taubat tersebut akan diterima oleh Allah swt.

2. Taubat Nasuha

Taubat yang paling tinggi kedudukannya di hadapan Allah swt adalah "Taubat Nasuha". Sebagaimana dijelaskan dalam surah At-Tahrim, ayat 66, Allah swt berfirman dengan maksud:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu'".

Taubat nasuha ialah taubat yang murni di mana seseorang itu bertaubat daripada dosa yang dilakukannya dahulu atau sekarang. Individu berkenaan benar-benar menyesal dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

3. Beristighfar

Nabi Muhammad saw menganjurkan agar umatnya banyak beristighfar yang bermaksud memohon keampunan daripada Allah swt. Mengikut satu riwayat, Rasulullah saw beristighfar setiap hari tidak kurang daripada 70 kali. Mengikut riwayat lain pula mengatakan Nabi saw beristighfar 100 kali sehari.

Istighfar bukan sahaja membersihkan dosa dan memohon keampunan, tetapi jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan beristighfar, kita akan merasakan diri sentiasa diperhatikan Allah swt dan tiada peluang melakukan sesuatu yang ditegahNya. Sehubungan dengan ini, Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa membanyakkan istighfar, nescaya Allah menjadikan untuknya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan dia diberi rezeki yang datangnya tanpa diduganya” (Riwayat Ahmad).

Oleh itu, MARI KITA terus beristighfar memohon keampunan Allah swt apabila kita menyedari kita sudah melakukan dosa. Kita tinggalkan atau hentikan segera perbuatan itu kemudian tanamkan azam tidak mahu mengulanginya. Kita lahirkan perasaan menyesal melakukan perbuatan tersebut dengan menyebut:

Ertinya: “Ampunlah hambamu Ya Allah. Tuhan Yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau, Ya Allah” .

4. Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon keampunan Allah swt setelah menginsafi perbuatan mungkar. Lafaz niat solat ini dengan maksud terjemahannya “Sahaja aku mengerjakkan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”.

Selain daripada memohon keampunan, solat sunat taubat dapat mencuci hati dan menenangkan minda. Solat ini boleh dilakukan di sebarang waktu kecuali pada waktu-waktu yang tidak dibenarkan melakukan solat sunat.

TAUBAT SEKARANG ATAU TAUBAT KEMUDIAN ?

Taubat boleh dilakukan sepanjang masa tanpa perlu menunggu usia tua atau pada hari tertentu sahaja. Sebaik-baik taubat ialah taubat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang itu menyedari atau merasakan dirinya telah melakukan dosa.

Namun perlu diingat, taubat itu ada batas (had) waktunya. Apabila sampai titik waktu itu, maka taubatnya itu tidak akan diterima walaupun telah memenuhi syarat-syaratnya secara lengkap. Batas waktu tersebut ada 2 (dua), iaitu:

Pertama, batas waktu untuk setiap individu manusia. Taubat hanya diterima selagi nyawa belum sempai di halkum. Maka, kerugian bagi mereka yang ingin bertaubat ketika masa dan peluang berbuat demikian sudah tertutup. Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dengan maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi nyawa belum sampai di halkum (yakni belum sakaratul maut)”

Kedua, batas waktu umum, iaitu batas waktu yang berlaku secara universal untuk seluruh manusia. Batas ini adalah ketika matahari telah terbit dari arah barat, yang merupakan salah satu tanda besar (alamat al-kubro) akan datangnya Hari Kiamat. Rasulullah saw bersabda, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dengan maksud:

“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat, maka Allah menerima taubatnya”

Sepertimana dinyatakan awal tadi, terdapat individu yang menangguhkan taubatnya hingga ke usia tua. Ketika usia muda, mereka ingin melakukan segala macam perkara yang mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Konon harapan dan jangkaannya, apabila tua nanti, baru ingin bertaubat dan menumpukan sepenuh masa serta tenaga untuk beribadat.

Angan-angan mereka ini sebenarnya didorong oleh syaitan. Syaitan laknatullah memang bijak menyesatkan manusia. Apa yang terjadi, terdapat individu yang sudah sampai peringkat usia tua tetapi masih terus hanyut dengan pelbagai jenis dosa. Dosa terus ditambah, sedangkan amalan kebajikan semakin kurang dilakukan. Terdapat pula kalangan mereka di usia tua yang mengalami pelbagai masalah kesihatan yang menyukarkan mereka untuk melakukan ibadat.

Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah masa sampainya roh kita berpisah daripada jasad ! Mungkin selepas ini, malam ini, esok, lusa atau entah bila ! Yang pasti, apabila tiba masa ajal, tidak ada siapa pun yang dapat menangguhnya. Kita tetap akan menghadap Allah swt biarpun bekalan kebaikan ketika itu masih belum mencukupi, dan usaha taubat belum dilakukan. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan bagi setiap umat ada tempoh masanya (yang ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya" (Al Quran, Surah al-Araf, ayat 34)

Oleh itu, tidak boleh tidak, kita perlu sentiasa menyegerakan usaha melakukan kebaikan. Anggaplah masa yang ada adalah peluang terakhir. Beribadatlah seperti akan mati esok, dilakukan dengan tekun dan ikhlas.

87 comments:

Afida Anuar says:
at: 26 December 2010 at 07:00 said...

Assalamualaikum LF...

Benar LF..Setiap dari kita takkan pernah lari dari melakukan dosa, dan kita, jangan bertangguh dalam meminta ampun dari Allah..kerana kita takkan pernah tahu bila ajal kita.

Tak silap saya terbaca, Allah amat gembira dengan kepulangan/taubat hambaNya, melebihi gembiranya Arab Badwi yang menjumpai unta kesayangan yang dia hilang..

WaAllahualam..

ashrafi says:
at: 26 December 2010 at 07:14 said...

Salam buat Tuan LF,

Terima kasih atas pengisisan rohani ini. Mudah-mudahan saya yang lalai ini sentiasa tergolong dalam orang yang memohon ampun kepada ALLAH.

ckLah@xiiinam says:
at: 26 December 2010 at 07:43 said...

Semoga kita sentiasa merebut peluang untuk bertaubat...setiap hari. Amin.

luahfikiran says:
at: 26 December 2010 at 08:08 said...

SALAM AFIDA,
TERIMA KASIH. ULASAN AFIDA SENTIASA MENGUATKAN LAGI KEAZAMAN LF UTK MEMPERBAIKI DIRI

luahfikiran says:
at: 26 December 2010 at 08:09 said...

SALAM ASHRAFI,
KITA SAMA SAJE. KERDIL, LEMAH DAN SELALU LALAI. SEMOGA KITA SENTIASA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI KITA

luahfikiran says:
at: 26 December 2010 at 08:10 said...

SALAM CKLAH,
SEMOGA PEMBAIKAN DIRI DAPAT SENTIASA KITA LAKUKAN DAN BERTERUSAN

Ayah Zain says:
at: 26 December 2010 at 08:10 said...

salam,

terima kasih atas tazkirah ini. Semoga Allah merahmati kita semua

ahmad humairi says:
at: 26 December 2010 at 08:32 said...

Assalamualaikum,

Sumpah Tuhan dengan masa, manusia selalu rugi bila peluang terhidang tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Jalan yang luas terbentang serta jalan yang berliku menjadi pilihan bila ramai yang memilih jalan yang luas itu yang membawa kepada kehancuran.

Moga LF terus diberi kekuatan terus menyeru kepada jalan yang agak berliku yang membawa kepada kehidupan yang diredhai Allah.

Rozali says:
at: 26 December 2010 at 16:41 said...

Assalamualaikum LF

moga sama2 kita melakukan taubat

terima kasih info ni

Wassalam

kak Erna says:
at: 26 December 2010 at 17:45 said...

salam LF..terima kasih..
semoga kita tidak terlambat untuk bertaubat yang sebenar2 taubat..

zulkbo says:
at: 26 December 2010 at 18:00 said...

salam Dato'
setuju sangat-sangat dengan entri ni
bertaubatlah selagi masih hidup ni
beristiqfar lah selalu..dosa kita tak terhitung,baik yang kecil mahupun yang besar..
nauzubillah..semoga Allah mengampunkan dosa2 ayah& ibu ku jua..amin.

sonata anak kancil says:
at: 26 December 2010 at 18:10 said...

salam...terima kasih tazkirah ini...sentiasa mohon ampun setiap kali solat ! semoga Allah swt menerima taubat

HonEyBuNNy says:
at: 26 December 2010 at 20:44 said...

salam....alhamdulillah...entry yang amat bermakna untuk ila hayati.....moga allah ampunkan segala dosa2ku ini....amin..

ibuintan says:
at: 26 December 2010 at 21:29 said...

Assalamualaikum Dato,

terima kasih atas perkongsian ilmu ini

sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka, kita sebagai seorang hamba yang sering melakukan salah dan dosa seharusnya tidak menunggu masa dan berkira-kira untuk bertaubat.... Allah maha pengampun lagi maha penyayang kepada setiap hambanya yang mahu bertaubat

Abd Razak says:
at: 26 December 2010 at 21:36 said...

Assalamualaikum...

Hendaknya kita selalu bertaubat kerana kita tidak boleh lari dari melakukan dosa dan sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat seperti firman~Nya, ""Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS al-Baqarah : 222)

transformed housewife says:
at: 26 December 2010 at 23:43 said...

Salam LF,

sememangnya ramai yg menangguhkan taubat di waktu usia sudah senja. Terima kasih krn mengingatkan.

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:07 said...

@Ayah ZainSALAM,
SAMA2 KITA PRAKTIKKAN.

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:10 said...

@ahmad humairiSALAM,
KITA SALING MEMBERIKAN SEMANGAT UNTUK KITA TERUS BERPESAN2 UNTUK DIRI, KELUARGA DAN RAKAN2. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KITA KEKUATAN UNTUK KITA AMALKAN APA YANG KITA SEBARKAN.

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:11 said...

@RozaliSALAM,
KITA SALING INGAT-MENGINGAT. SEMOGA KITA DAPAT MANFAATKAN.

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:12 said...

@kak ErnaSALAM,
BERTAUBAT DAN KITA TIDAK MENGULANGINYA. PADA MASA YANG SAMA, KITA LAKUKAN AMALAN2 MULIA YANG LAIN.

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:13 said...

@zulkboSALAM,
N3 SDR JUGA MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA LF UNTUK BERUSAHA MELAKUKAN PERUBAHAN POSITIF

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:13 said...

@sonata anak kancilSALAM,
SEMOGA ALLAH SWT MENGAMPUNI SEGALA DOSA KITA DENGAN AMALAN TAUBAT KITA

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:14 said...

@HonEyBuNNySALAM,
N3 UNTUK SAMA2 KITA MANFAATKAN. SEMOGA ALLAH SWT TERUS MEMBERIKAN KEKUATAN KEIMANAN KEPADA KITA !

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:17 said...

@ibuintanSALAM,
BETUL TU IBUINTAN. PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA. TETAPI KITA LALAI ADAKALANYA. APAPUN KITA SAMA2 BERUSAHA BERSUNGGUH2. INSYAALLAH ALLAH AKAN MELINDUNGI KITA

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:18 said...

@Abd RazakSALAM USTAZ,
ULASAN DAN TAZKIRAH USTAZ MEMANG LF NANTI2KAN. TERIMA KASIH

luahfikiran says:
at: 27 December 2010 at 07:21 said...

@transformed housewifeSALAM,
BETUL TU, TH . KITA TAK TAHU USIA KITA NI SETAKAT MANA ! KALAU SAMPAI USIA TUA SEKALI PUN, KESIHATAN KITA MACAM MANA ? SIHAT, BELUM PASTI LAGI !

Mak Su says:
at: 27 December 2010 at 10:31 said...

Salam hormat DLF, terima kasih mengingatkan. taubat jgn ditangguh, kita tak tahu bila nyawa akan diambil, kan

p@kcikLie says:
at: 27 December 2010 at 10:34 said...

SALAM LF...

HA..HA, NAK TAIP HURUF BESAQ JUGAK NIH...
BUKAN APA ,RASA CM DAH TAUBAT TAPI TAKTAU LAH SETAKAT MANA KEMAMPUAN KITA UNTUK MENGEKALKANNYA..BAK KATA PEPATAH MACAM PAHAT DENGAN PENUKUL..SEKALI KETUK SEKALI MENUSUK...
..BARU TD LALU TGK ORG XCIDEN..INSAF SAT...KALAU BAB2 AGAMA NI PON CMTULAH KENA SELALU MENCARI ILMU AGAR DAPAT PERINGATAN YG SEWAJARNYA UNTUK PANDUAN HIDUP KITA DI DUNIA INI.

Sharinginfoz says:
at: 27 December 2010 at 12:17 said...

semoga kita dijadikan hamba2Nya yang bertaqwa

sahromnasrudin says:
at: 27 December 2010 at 12:33 said...

assalamualaikum LF..trime kasih atas anjuran bertaubat ini..semoga kita ambil iktibar

sayangsayangibu says:
at: 27 December 2010 at 14:39 said...

salam Dato LF
bila baca en3 di sini sya rasa sangat banyak yang perlu di perbaiki terhadap diri ni
semoga sya sempat untuk merubah apa yang perlu di ubah..demi kearah kebaikan

Cik Su says:
at: 27 December 2010 at 15:06 said...

terima kasih keran mengingatkan.. nice info

gadisBunga says:
at: 27 December 2010 at 15:36 said...

salam...
sepatutnya hari2 kite kene taubat. solat sunat taubat sebelum tidur, sebab takut besok paginya tiada kesempatan untuk bangun lagi...takut kan?

Cempaka R.Minta says:
at: 27 December 2010 at 18:58 said...

hii salam uncel dato..
banyakan lagi post-post sebegini

Insan Marhaen says:
at: 27 December 2010 at 21:25 said...

kekadang rasa malu nak bertaubat sebab selalu pula engkar dengan taubat itu..

Semarak Api says:
at: 28 December 2010 at 04:23 said...

dato LF.
ape beza kite btaubat biase dgn btaubat nasuha ye?

Miecyber says:
at: 28 December 2010 at 08:45 said...

Kita tidak sunyi dari melakukan kesalahan...

Tips apabila di gigit lintah

Anif® says:
at: 28 December 2010 at 09:18 said...

Terima kasih kerana mengingatkan :)

p@kcikLie says:
at: 28 December 2010 at 10:37 said...

Alhamdulillah, selalu diingatkan tentang bertaubat, selagi kita hidup rasanya mesti ada dosa yang kita tak sedar sudah kita lakukan,maka mohon ampun dan taubat agar kita tidak lalai dan mengulanginya lagi. Ingat dan selalu mengigatkan moga kita tidak tersasar jauh dari siratal mustaqim. Terima Kasih LF.

ab@h_Izz says:
at: 28 December 2010 at 11:19 said...

Ingatan yg bagus..lagi bagus kalau saya dapat lakukannya..insyaAllah..semoga Taubat itu dpt melahirkan jiwa yang tenang, bersih dan tidak gusar.

Ummi Humaira says:
at: 28 December 2010 at 11:55 said...

salam ziarah...

datang mencari ilmu yg berguna di sini, izin kan ummi mengutip ilmu2 di sini..

nabilah_2908 says:
at: 28 December 2010 at 14:44 said...

terima kasih atas perkongsian ni LF...

betul tul..marai lah kita sama2 segera bertaubat...kerana kita sendiri tk tau..bila ajal kita akan tiba...

moga taubat yg kita lakukan..diterima oleh Allah... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
VACATION 2010

DDrfauziah says:
at: 28 December 2010 at 16:02 said...

Aslmkm.
Mohon berbanyak maaf ya kerana I dah overlooked utk follow balik. I have just done so.
Tentang isu taubat ... Ya, jika sudah terpalit dosa besar, tiada pilihan melainkan mesti segera bertaubat.
Kita juga disarankan, selain dari solat, hendaklah banyak2 berastaghfar setiap hari supaya dosa2 kecil akan terhapus.

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:31 said...

@Afida AnuarSALAM,
KOMEN AFIDA SENTIASA MENJADI PERHATIAN LF. TERIMA KASIH

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:32 said...

@ashrafiSALAM,
LF PUN SAMA JUGAK. SELALU LALAI. KITA SALING INGAT-MENGINGAT

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:34 said...

@ckLah@xiiinamSALAM,
KITA NI TAK LEPAS DRPD MELAKUKAN DOSA. KADANG2 SELEPAS BERTAUBAT , BUAT LAGI. JADI KITA KENA LAKUKAN TAUBAT SECARA BERTERUSAN

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:35 said...

@Mak SuSALAM,
KITA SAMA2 BERUSAHA SENTIASA, MAKSU

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:38 said...

@p@kcikLieSALAM PAKCIK,
KITA LAKUKAN YANG TERBAIK, PAKCIK. MOGA ALLAH MENERIMA TAUBAT KITA

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:39 said...

@SharinginfozSALAM,
MENJADI INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA ADALAH HARAPAN KITA. SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:40 said...

@sahromnasrudinSALAM,
SAHROM INGATKAN LF, DAN LF PULA INGATKAN SAHROM. MOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA INI

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:41 said...

@sayangsayangibuSALAM,
LF PUN RASA BEGITU. TERLALU BANYAK DOSA YANG DILAKUKAN. MOGA ALLAH MENERIMA TAUBAT KITA

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:42 said...

@Cik SuKITA SAMA2 AMBIL IKTIBAR DAN MENGAMBIL TINDAKAN BERTAUBAT BILA MEMBACA N3 INI

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:43 said...

@gadisBungaSALAM,
BETUL SANGAT APA YANG DIKATAKAN OLEH GB. MARI KITA AMALKAN.

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:44 said...

@Cempaka R.MintaSALAM,
UNCLE AKAN CUBA. KITA AKAN TERUS INGAT-MENGINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:45 said...

@Insan MarhaenSALAM,
SERUPALAH DENGAN LF. TAPI KITA TAK BOLEH MALU DENGAN ALLAH. KITA TERUS MENDEKATINYA.

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:48 said...

@Semarak ApiSALAM,
TAUBAT NASUHA ADALAH TAUBAT YANG PALING TINGGI DARJATNYA DI MANA KITA BERSUNGGUH2 MENYESAL PERBUATAN DOSA KITA DAN TIDAK MAHU SAMA SEKALI MENGULANGINYA.

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:49 said...

@MiecyberSALAM,
TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI. LF TELAHPUN MEMBACA N3 MIECYBER YG TERBARU

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:49 said...

@Anif®SALAM,
SAMA2 KITA MENGAMALKAN TAUBAT SEKERAP MUNGKIN

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:50 said...

@p@kcikLieSALAM,
PAKCIK INGATKAN LF, DAN LF JUGAK INGATKAN PAKCIK. KITA NI SELALU LALAI

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:51 said...

@ab@h_IzzSALAM,
MARI KITA SAMA2 BERTAUBAT

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:52 said...

@Ummi HumairaSALAM,
KITA SALING BERTAZKIRAH ANTARA KITA. KEMUDIAN KITA PERLU IKUTI DENGAN AMALAN

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:54 said...

@nabilah_2908SALAM,
KIT SAMA2 AMBIL IKHTIBAR DARIPADA APA YANG KITA BACA DAN AMALKAN.

luahfikiran says:
at: 28 December 2010 at 16:55 said...

@DDrfauziahSALAM,
SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN TAUBAT KITA

IMANSHAH says:
at: 28 December 2010 at 17:02 said...

salam

thanks Dato'...teruskan menyeru di jalan kebaikan

nidus2 says:
at: 28 December 2010 at 18:15 said...

salam Dato'LF,
Bila di imbas kembali masa silam yang dah lebih separuh abad berlalu, banyaknya dosa yang telah kita lakukan samada sedar atau tidak.

Semoga Allah menerima taubat hambanya yang banyak ini. Amin.

Idalara says:
at: 28 December 2010 at 23:15 said...

Assalamualikum LF
mudah2an kita sempat brtaubat sebelum terlambat..muga taubat kita diterima Allah..kerana tak terhitung rasanya dosaku padaMu ya Allah..

Werdah says:
at: 29 December 2010 at 09:12 said...

Assalamu'alaikum LF

Allah suka kepada orang yang minta ampun dan bertaubat dalam apa keadaan sekalipun.. sebab itulah bila lepas menunaikan kewajipan solatpun Allah suruh minta ampun.. Allah bagi tahu ini dalam banyak ayat.. salah satunya dalam surah an-Nasr.. "Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat". (An-Nasr 110:3)Dalam ayat itu Allah perintahkan nabi mohon ampun dan bertaubat walaupun nabi dah berjaya membuka kota Mekah...

Mudah2an kita sentiasa mohon ampun dan bertaubat.. terima kasih untuk N3 ini...

Yati says:
at: 29 December 2010 at 10:09 said...

Terima kasih, LF, kerana mengingatkan saya. Semoga jadi peringatan dan membawa kesedaran pada kita semua untuk meninggalkan benda yang buruk serta meningkatkan amalan.

Pria Teruna says:
at: 29 December 2010 at 10:54 said...

Kalau nak diikutkan, hari-hari kita buat dosa cuma kita tak sedar je apa yang kita buat tu salah ke tak. Contohnya kita tengok perempuan seksi, sekali pandang takpe lagi, 2-3 pandang yang bernafsu dah jatuh hukum berdosa. Contoh yang lain lak, melengahkan waktu solat. Ramai yang pandang enteng perkara ni.

HonEyBuNNy says:
at: 29 December 2010 at 11:19 said...

salam.....ya betul tu.....sama2 la kita tingkatkan amalan kita....amin..

ikan emas says:
at: 29 December 2010 at 12:12 said...

Salam,

cantik sekali ..
kalaulah dapat setiap detik kita insaf dan ber taubat..IE sedar seringkali terlalai dan terleka dengan putaran masa.. benar kata Dr,
bila dan tika mana wajar kita bertaubat ?? mungkin esok masih ada ? dan tidak mustahil juga tiada esok lagi untuk kita.

t,.kasih atas n3 ini

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 13:24 said...

@IMANSHAHSALAM,
KITA SAMA2 INGAT-MENGINGAT.

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 13:26 said...

@nidus2SALAM,
BUKAN SAHAJA NIDUS2, LF PUN RASA BEGITU. APA YANG DAPAT KITA LAKUKAN IALAH KITA BERUSAHA TERUS MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 13:27 said...

@IdalaraSALAM,
KITA SAMA2 BERTAUBAT MEMOHON KEMPUNANNYA. DOSA KITA TERLALU BANYA IDALARA.

p.s. Baru singgah tadi di blog idalara

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 13:28 said...

@WerdahSALAM,
ULASAN WERDAH MENGUATKAN LAGI KEAZAMAN LF UNTUK BERTAUBAT MEMOHON KEAMPUNAN. TERIMA KASIH

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 13:29 said...

@YatiSALAM,
KITA SALING INGAT-MENGINGAT. SEMOGA SEGALA AMALAN BAIK KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT

KAKTINY says:
at: 29 December 2010 at 15:48 said...

Sungguh manusia ni makhluk paling sombong di muka bumi kan!.. (sedangkan syaitan pon hanya sombong dgn tidak mengakui Adam makhluk terbaik ciptaan Allah) - tetapi manusia sombong, bongkak, riak, berlagak dengan melakukan dosa tanpa gusar dan tanpa berkeinginan memohon taubat kepada yang Maha Pemilik segalanya yakni Allah subhanahuwata'ala..

Sentiasa mengajak dan mengingatkan hati ini agar beristiqfar dan ebrtaubat setiap hari.. kerapkalinya:
- lidah ini laju meluncur tanpa break, dok sedap mengata mengumpat..
- tangan ni pantas menaip, tanpa sedar tulisan itu menyakitkan pihak lain...
- mata ini liar menatap dan membaca perkara yang tiada manfaat..
- telinga ini sering menadah mendengar fitnah dan umpatan keji..

Allahu..

Semoga diri ini sentiasa beristiqamah memohon taubat kepada Yang Maha Esa.. ameen.

Terima kasih di atas peringatan demi peringatan.. semoga Allah anugerahkan ganjaran kebaikan di atas amalan menyampaikan ini.. ameen.

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 17:30 said...

@KAKTINYSALAM,
TERIMA KASIH KAKTINY DENGAN ULASAN DAN PERINGATAN YANG CUKUP BERMAKNA UNTUK LF. MARI KITA BERTAUBAT DAN BERAMAL KEBAIKAN SEMATA2 KERANA ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 17:33 said...

@Pria TerunaSALAM,
BETUL SANGAT APA YANG PT CAKAPKAN. TANPA KITA SEDARI,KITA SUDAH MELAKUKAN DOSA. OLEH ITU, MEMANG PATUT KITA BERTAUBAT SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 17:34 said...

@HonEyBuNNySALAM,
SAMA2 KITA BERTAUBAT. SEMOGA ALLAH MENERIMA TAUBAT KITA

luahfikiran says:
at: 29 December 2010 at 17:35 said...

@ikan emasSALAM,
IE DAN LF SAMA SAJE. KITA SERING TERLUPA DAN LALAI. SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN KEPADA KITA

maiyah says:
at: 29 December 2010 at 18:50 said...

moga kita akan terhindar dr dosa dgn memerlihara iman ini

Cik SHiNJU says:
at: 29 December 2010 at 19:10 said...

Salam LH...

Terima kasih atas perkongsian ini..
Peringatan utk saya yang sentiasa lupa dan lalai...
Tdk payah tggu buat dosa besar jer,dosa kecil pun kita
kena bertaubat kan..tak perlu tunggu tua n nak pergi
Mekah,sekarang pun boleh..

luahfikiran says:
at: 30 December 2010 at 14:25 said...

@maiyahSALAM,
SAMA2 KITA BERDOA SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI DAN MENERIMA AMALAN KITA

luahfikiran says:
at: 30 December 2010 at 14:27 said...

@Cik SHiNJUSALAM,
LF PUN PELUPA DAN LALAI. KITA MEMOHON KEPADA ALLAH SEMOGA KITA SENTIASA DI JALAN YANG LURUS

KERI says:
at: 30 December 2010 at 22:46 said...

Salam LF aka Dato.
Terima kasih kerana mengingatkan.
Semoga berkesan dihati semua.

luahfikiran says:
at: 31 December 2010 at 11:35 said...

@KERISALAM,
SAMA2 KITA MANFAATKAN N3 INI. TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH

Post a Comment

SUDI2 MENJADI SAHABAT

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO KELAS PENGAJIAN MUSHOLLA IHSAN