Content

.

.

.

.

.
23 Nov 2010

MARI KITA PERBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W ! KITA CONTOHI JUGA SIFAT DAN AMALANNYA !

LF kali ini mahu mengajak diri dan ahli-ahli keluarga LF sendiri, juga para pembaca budiman yang kesudian, untuk sentiasa berselawat dengan penuh keikhlasan ke atas Junjungan Nabi Muhamad s.a.w.

Rasulullah s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t. ke dunia ini untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Dengan itu, kita seharusnya sentiasa ingat bahawa Baginda Rasul s.a.w. adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekelian alam. Allah s.w.t. ada menyebut di di dalam surah Al-Anbiya ayat 107

‘Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melinkan sebagai rahmat untuk sekelian alam’

MAKSUD SELAWAT DAN TINGKATAN SELAWAT

Apa maksud SELAWAT? Sudut bahasa, selawat bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. bererti memperbesar, mengagung serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah s.w.t.

Selawat ke atas Nabi s.a.w. terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu:

1. Selawat Allah s.w.t. kepada Nabi dan Rasul-Nya istimewa kepada Nabi Muhammad s.a.w., bererti Allah s.w.t. memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaNya.

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul serta Nabi Muhammad s.a.w. bererti para malaikat mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad s.a.w. bererti mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

Di dalam kitab suci Al Quran, Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Ahzab, ayat 56, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan kepadanya"

KELEBIHAN SELAWAT

Banyak kelebihan yang diperolehi apabila kita berselawat dengan penuh keikhlasan ke atas Nabi s.a.w. ANTARANYA, sepertimana yang dijelaskan dalam keterangan berikut:

1. Sabda Nabi s.a.w. dengan maksud:

“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Hadith riwayat Imam Muslim)

2. Rasulullah s.a.w. ada bersabda dengan maksud:

“Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku” (Hadis riwayat Tirmizi)

3. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yang kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya" (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Rasulullah s.aw yang bermaksud:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat” (Hadis riwayat Tabrani)

5. Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud:

“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada” ( Hadis riwayat Abu Daud )

Jelas sekali melafazkan selawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w. adalah suatu ibadah yang terpuji yang amat disukai oleh Allah s.w.t dan para malaikatNya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi s.a.w.

LAFAZ SELAWAT KE ATAS NABI S.A.W.

Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Ucapan kasih kita itu kepada Baginda s.a.w semestinya tidak sekadar ucapan yang hanya indah di bibir.

Terdapat banyak lafaz selawat ke atas Nabi s.a.w. Setakat beberapa contoh:

1.

2.


Maksudnya:

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

3. Apabila kita mendengar orang menyebut Rasulullah atau apa-apa nama baginda, maka hendaklah kita berselawat ke atas Baginda iaitu “Sallallahu alaihi wa sallam”. Bagi mereka yang tidak mengendahkan selawat ke atas Baginda s.a.w. digolongkan dalam golongan yang bakhil dan rugi.

WAKTU DAN TEMPAT BERSELAWAT

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat dan waktu yang dituntut untuk kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. ANTARANYA :

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya .

Nabi s.aw bersabda : “ Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid , maka hendaklah ia membaca salam kepadaku ( selawat dan salam ). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku , bukakanlah untukku segala pintu rahmat-Mu . Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa : Wahai Tuhanku , aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu” (Hadis Riwayat Abu Daud )

2. Sesudah Azan .

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim )

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam sembahyang .

4. Di antara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya .

Membaca selawat mengiringi takbir hari raya yang bermaksud “ Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku. “

5. Di permulaan dan akhir doa .

Nabi bersabda : “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu“(Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

6. Di malam dan di hari Jumaat .

Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud “ Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku“ (Hadis Riwayat Thabarani )

7. Di dalam khutbah Jumaat .

Dalam mazhab Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat .

8. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w .

Sabda Nabi s.a.w : “ Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya. “ (Hadis Riwayat Abu Daud)

9. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian .

Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud)

10. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam .

Sabda Nabi s.a.w : “ Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah , baik yang telah lalu ataupun yang akan datang“. (Hadis riwayat Ibnu Sunni )

11. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w .

Sabda Nabi s.a.w : “ Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya“. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi )

12. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan .

Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu“ ( Hadis Riwayat Ahmad )

13. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat“ .( Hadis Riwayat Thabarani )

KESIMPULAN

Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. adalah salah satu bukti kecintaan kita kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Bersesuaian dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah s.w.t, maka sewajarnya amalan selawat ini diberi perhatian berat dan diamalkan oleh setiap umat Islam.

Oleh itu, mari kita sama-sama lafazkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Nabi Muhamad s.a.w. dengan berselawat sentiasa ke atasnya. Kemudian kita turuti lafaz pengakuan ikhlas kita itu dengan mencontohi sifat dan amalan Rasulullah s.a.w. ANTARA sifat dan amalan Rasulullah s.a.w ialah:

Sentiasa bersifat benar dan amanah dalam menyampaikan perintah Allah SWT

Sentiasa menunjukkan rasa hormat pada kawan

Sentiasa menzahirkan kasih sayang serta menghargai anak-anak yatim, fakir dan orang miskin.

Sentiasa menjauhkan diri dari bercakap bohong, dengki, khianat, mencaci, bakhil dan malas. Dan lagi, dan lagi ………..

Wallahu’alam.

TAMBAHAN:

LF kurang arif dalam hal-hal agama ini ! LF budak baru belajar ! Kalau salah, tolong tunjuk-tunjukkan. Amat dialu-alukan pandangan, komen, pembetulan (jika ada), dan penambahbaikan kepada entri ini.

75 comments:

Rozali says:
at: 22 November 2010 10:44 am said...

Assalamualaikum LF

Alhamdulillah
terima kasih
atas ingatan LF kpd saya
moga kehidupan LF diberkati

Wassalam

ibuintan says:
at: 22 November 2010 10:58 am said...

salam Dato,

semoga dato sihat sentiasa dan dapat lagi berkongsi ilmu agama demi manfaat bersama...

bacaan yang pendek dan mudah, namun memberi kita syafaat yang tidak terhitung..

ckLah@xiiinam says:
at: 22 November 2010 11:07 am said...

Alhamdulillah...pengajaran yang amat berguna. Semoga salawat menjadi teman kita.



Ingat masa mak mula2 ajar masak nasi kecik2 dulu. Setiap kali membasuh beras, tangan membasuh beras ikut pusingan tawaf, sambil membaca salawat.


***Abang Di berkorban di surau mana. Hari tu saya ke rumah adik, Dr Haji Hanif. Dia sibuk berkorban di Surau Taman Tasik Tiga....dapat merasa lembu korban org BBB...

kakcik says:
at: 22 November 2010 11:13 am said...

Salam Dato'...

semalam saya menonton siaran percubaan TV ALHIJRAH - ada satu clip video dendangan Sami Yusof berjudul Mu'allim yang menceritakan tentang Rasulullah s.a.w. Sayangnya lagu2 sebegitu jarang dimainkan - setidak2nya untuk saling kita ingat mengingatkan. :)

Mak Su says:
at: 22 November 2010 11:13 am said...

Dear Dato'

salam hormat, ada sekali tu saya berselawat hingga menangis.... rasa terharu sangat, alhamdulillah

kakcik says:
at: 22 November 2010 11:16 am said...

Maaf Dato'. Lagu Muallim itu bukan tentang Rasulullah saw, sebaliknya tentang Allah SWT seperti berikut:

La Ilaha Illa Allah
There is No God But Allah
He Created The Plants and Trees
He Created The Birds and Bees
He Created The Oceans and Seas
Some Of His Many Bounties
He Made Us on Earth Trustees
To Obey All His Decrees
O Allah Have Mercy Please

Clean Away Our Hearts Disease

Chorus
Jalla Allahu fi Oulah
Glorified is Allah in His Loftiness
Ma Lana Rabbun Siwah
We Have No Lord But He
La Ilaha Illa Allah
Awwalun Qablal Wujud
He is The first Before Existence
Akhirun Badal Khulud
He is The Last After Eternity
Mutlaqun Anil Hudud
Absolute is He Above Any Limits
Wajibun Lahus Sujud
Obligatory It is To Prostrate To Him
Rabbun Wahibul Hayah
The Lord Who Bestows Life
Mujrir Rihi Wal Miyah
He Makes The Wind and Water Surge
fadhat Binnada Yadah
His Blessings Are Overflowing
Tuba Lilladhi Hadah
Successful is He Whom He Guides

Chorus
He Gave The Day and Night
He Gave Us Our Sense Sight
He Created The Sun So Bright
And The Moon So Pure and White

He Saved from Our Plight
He Led Us Towards The Light
He Led Us To The Straight Path
Through His Mercy and His Might

Chorus
Lord Of The Earth and The Sky
Lord The Mountains So High
Lord Of The Day and The Night
Lord Of Joy and Delight

mohdandmeriam says:
at: 22 November 2010 11:18 am said...

salam LF..makcik ucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian lf berkongsi entry ni..banayk menafaatnya kepada kita semua..terutama orang senagkatann dengan makcik..

zulkbo says:
at: 22 November 2010 11:31 am said...

salam Dato..
rasanya sebagai muslim,
tanggungjawab kita selalu
mengingati dan bersalamat
ke atas junjungan nabi Mohammad SAW
Semoga kita mendapat syafaat dari
Baginda di akhirat kelak..amin.

cemomoi says:
at: 22 November 2010 11:41 am said...

tima kasih saling mengingatkan semoga kita semua beroleh rahmat Ilahi dan syafaat Nabi s.a.w

Sharinginfoz says:
at: 22 November 2010 1:19 pm said...

memang bagus tetapi kita mudah lupa kan.... thansk for teh peringatan

Admin P@P says:
at: 22 November 2010 1:32 pm said...

Assalamualaikum Datuk LF.
Semoga amalan bersalawat ke atas junjungan kita saw akan berterusan walau di mana kita berada.

Setiap kita sebagai muslim seharusnya juga adalah mukmin dan mendalami ilmu Islam, bukan terhad kepada guru agama semata-mata. Tahniah Datuk kerana berkongsi dan menyebarkan ilmu Islam untuk manfaat bersama.

TQ

khaifaiz says:
at: 22 November 2010 4:38 pm said...

Terima kasih dato' atas perkongsian ini

imanshah says:
at: 22 November 2010 7:28 pm said...

salam LF

ramai dalam kalangan kita sekarang bila sebut nama Nabi Muhammad pun susah nak sambut salamnya..saya selalu ajar anak2 murid saya supaya menyampaikan selawat ke atas junjungan kita. Peranan guru, ibu bapa lah..

gadisBunga says:
at: 22 November 2010 9:19 pm said...

sensungguh nya mengasihi Muhammad sama seperti mengasihi Allah. Jadi mari kita banyakkan selawat ke atas baginda.

aby says:
at: 22 November 2010 9:51 pm said...

salam LF

mase kite di padang masyar,
dengan terhimpumnye manusia sejak dari nabi adam hingga kiamat, dengan matahari hanye bebrape kaki dari atas kepala, tengelam dalam luatan peluh kite sendiri, rupe kite sendiri terbentuk mengikut dosa dan amal2 yg kite buat,
begitulah sementare menunggu wktu utk kite d adili,
wktu tu tk de sape yg dapat menolong kite dalam menghadapi pembicaraan allah tu,
yg dapat menolong kite adalah syfaat nabi,
syfaat yg terbentuk dari banyak nye selawat kite kpd nabi saw,
riwayat berkate, klu kite berselawat kt kubur nabi, nabi dapat mendengar,klu kite berselawat jauh dari kubur nabi, selawat tu tetap sampai juge ke nabi ...

perbanyakan la selawat keatas nabi,
pasti ganjaran menanti ...

Abd Razak says:
at: 22 November 2010 10:06 pm said...

Assalamualaikum...

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Selawat ke atas Nabi SAW adalah perintah wajib daripada Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat. Maka sebagai umatnya kita seharusnya perbanyakkan selawat kepada baginda.

TQ atas peringatan ini...

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:20 pm said...

@RozaliSALAM,
BEGITU JUGA DENGAN SDR ROZALI. DIDOAKAN TUAN SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DAN RAHMAT ALLAH.

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:22 pm said...

@ibuintanSALAM,
KITA SAMA2 TERUSKAN AMALAN KITA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:24 pm said...

@ckLah@xiiinamSALAM,
SAMA2 KITA PERBANYAKKAN LAGI SELAWAT KITA. SEMOGA KITA MENDAPAT SYAFAATNYA DI HARI PENGADILAN NANTI.

P/S. MEMBUAT KORBAN DI SURAU AN NUR. LAIN KALI SINGGAH LAH !

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:26 pm said...

@kakcikSALAM.
KITA PERBANYAKKAN LAGI SELAWAT KITA, KAKCIK. IA SEBAGAI BEKALAN KITA NANTI.

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:29 pm said...

@Mak SuSALAM,
KITA BERUSAHA MELAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW BUKAN SETAKAT DI BIBIR SAHAJA. SUNAH2NYA KITA LAKUKAN SECARA IKHLAS, BERTERUSAN DAN KERANA ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:33 pm said...

@kakcikSALAM,
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN ULASAN BEBERAPA KALI. LF BERMINAT NAK DENGAR LAGU ITU ! NANTIKAN LF CUBA DAPATKAN CD NYA.

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:35 pm said...

@mohdandmeriamSALAM,
BETUL, PERINGKAT USIA KITA NI, NAK CARI APA LAGI ! BEKALAN AMALAN MENJADI KEUTAMAAN KITA

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:36 pm said...

@zulkboSALAM,
SAMA2 KITA BERUSAHA DAN MENDOAKAN SEMOGA KITA MEMPEROLEHIO SYAFAATNYA NANTI

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:38 pm said...

@cemomoiSALAM,
PERKARA YANG BAIK ITU ELOK KITA KONGSIKAN BERSAMA. KITA MAHU KITRA SEMUA MENDAPAT SYAFAAT NYA NANTI

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:40 pm said...

@SharinginfozSALAM,
INI KELEMAHAN KITA. KITA TAHU TAPI KITA TAK BUAT ATAU KURANG BUAT. KITA SAMA UBAH PERKARA INI

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 11:45 pm said...

@Admin P@PSALAM,
KITA SAMA2 INGAT MENGINGAT. KITA MAHU KITA SELAMAT DUNIA AKHIRAT. BUKAN SAHAJA UNTUK DIRI KITA. KITA MAHU KAWAN2 JUGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT

Hamizah says:
at: 23 November 2010 5:53 am said...

salam LF,
tq atas perigtan..

kak Erna says:
at: 23 November 2010 7:51 am said...

salam LF..terima kasih..berkongsi ilmu..walaupun mudah..tetapi kadang2 kita alpa..

luahfikiran says:
at: 23 November 2010 11:35 am said...

@khaifaizSALAM,
BERKONGSI UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA. TERIMA KASIH SINGGAH DI SINI

luahfikiran says:
at: 23 November 2010 11:44 am said...

@imanshahSALAM,
CIKGU TELAH MENGAJAR PERKARA YANG AMAT BAIK KEPADA PELAJAR. HARAP IBU BAPA JUGA MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA !

luahfikiran says:
at: 23 November 2010 11:46 am said...

@gadisBungaSALAM,
MARI KITA SAMBUT AJAKAN GB INI SUPAYA KITA BANYAKKAN BERSELAWAT.

luahfikiran says:
at: 23 November 2010 11:48 am said...

@aby SALAM,
TERIMA KASIH ABY ATAS ULASAN DAN PERINGATAN YANG PANJANG. SEMAKIN RESAH DIRI LF BILA MEMBACA TULISAN ABY INI

luahfikiran says:
at: 23 November 2010 11:50 am said...

@Abd RazakSALAM,
DI PADANG MASYAR NANTI, SELAIN ALLAH SWT, SIAPA LAGI YANG KITA HENDAK MEMOHON PERTOLONGAN? NABI MUHAMMAD SAW PEMBERI SYAFAAT KE ATAS MEREKA YANG MENGINGATINYA

luahfikiran says:
at: 23 November 2010 11:51 am said...

@HamizahSALAM,
SAMA2LAH KITA MELAKUKAN AMALAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW. SEMOGA KITA MEMPEROLEHI SYAFAATNYA

sayangsayangibu says:
at: 23 November 2010 1:00 pm said...

salam dato LF
t,kasih en3 ni
kekadang bila kami sekeluarga dlm perjalanan, kami selalu baca selawat zikir seronok bila anak anak ikut sama dan yg paling seronok enariq dgn si kakak chantik ikut sama w/pun sebutan diorang tak berapa betul lagi.

p@kcikLie says:
at: 23 November 2010 3:54 pm said...

alhamdulillah, memang selalu diamalkan selawat dan zikir...ia adal terapi jiwa. Wallahualam.

Lana~Bulu says:
at: 23 November 2010 10:23 pm said...

Nukilan ilmu yg sangat berguna utk kita bersama..
TQ tuan.

luahfikiran says:
at: 24 November 2010 5:25 am said...

@sayangsayangibuSALAM,
APA YANG DIAMALKAN ADALAH AMAT BAIK SEKALI. TERUSKAN. LF AKAN CUBA MENCONTOHI.

luahfikiran says:
at: 24 November 2010 5:26 am said...

@p@kcikLieSALAM,
MEMANG BETUL, IA TERAPI JIWA. TERUSKAN P@KCIKLIE.

luahfikiran says:
at: 24 November 2010 5:27 am said...

@Lana~BuluSALAM,
SAMA2 KITA BERUSAHA MENGAMALKANNYA DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

sekamar rindu says:
at: 24 November 2010 12:08 pm said...

salam....

moga allah swt memberi ganjaran pahala kepada tuan...tq atas entry ini

sekamar rindu says:
at: 24 November 2010 11:28 pm said...

salam...

terima kasih pada tuan yg singgah komen di blog saya..

Mohamad says:
at: 25 November 2010 6:34 am said...

Alhamdulillah.. peringatan yang sangat berguna. Peringatan untuk diri saya. Banyak berselawat semoga kerja buat kita mejadi sempurna dan beroleh kejayaan..

Ummi Humaira says:
at: 25 November 2010 6:59 am said...

salam akhi LF...

terima kasih , onfo dan ilmu yg manfaat...mohon copy yer..

ummu says:
at: 25 November 2010 8:09 am said...

assalamualaikum saudara LF
terima kasih banyak2 atas entry ini
pagi2 terus terjah sini
dapat tazkirah
alangkah bahagianya siapa yg dapat selalu berselawat ke atas rasul SAW,kan.
sekian wassalam

ozzy says:
at: 25 November 2010 9:55 am said...

salam...

Semoga kita sama2 membiasakan diri dgn bersalawat ke atas nabi krn yang biasa kita dengar salawat ini hanya disebut ketika makan ubat..
terima kasih krn sering mengingati..

Semarak Api says:
at: 27 November 2010 5:01 pm said...

syukran jazilan LF diatas ingatan ini..

Pernah suatu ketika dalam suatu riwayat baginda bersabda, “Sungguh aku merindukan mereka.”
Para sahabat terperanjat. Mereka cemburu, kerana Rasulullah merindukan orang lain selain mereka.
“Siapa gerangan yang engkau rindukan, ya Rasulullah? Apakah kami?” tanya mereka.
“Bukan. Kalian adalah sahabatku, kalian berjuang bersamaku. Tentunya aku mencintai kalian.”
“Apakah para malaiakat Allah?”
“Bukan...” jawab Baginda.
“Lalu siapa, ya Rasulullah?”
“Mereka adalah umatku nanti. Mereka tidak pernah bertemu aku, tapi mereka mengikuti sunnah-sunnahku dengan penuh keimanan. Hati mereka dipenuhi kecintaan kepadaku.”

Bagaimana pula dgn kita..adakah kita sudah benar2 mnyintai Rasulullah SAW? T_T

Cempaka R.Minta says:
at: 27 November 2010 9:15 pm said...

hii
cempaka datang
add cempaka juga yaa

abu muaz says:
at: 28 November 2010 5:50 am said...

salam tuan. kadang kadang kita terlupa.

KERI says:
at: 28 November 2010 6:07 am said...

Salam ziarah.
TQ di atas kunjungan tempuhari.
Alhamdulillah. Peringatan yg baik.

sahromnasrudin says:
at: 29 November 2010 10:19 am said...

salam ziarah..terima kasih LF atas info yang sangat bermanfaat ini...

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:20 pm said...

@sekamar rinduSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN SR. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI. SAMA2 KITA SALING MEMANFAATKAN APA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA.

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:22 pm said...

@MohamadSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN SDR MOHAMAD. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

SEMOGA KITA SAMA2 MEMPEROLEHI KESEJAHTERANAN DUNIA DAN AKHIRAT

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:23 pm said...

@Ummi HumairaSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN UH. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

YANG BAIK TU KITA SAMA2 HEBAHKAN. SILAKAN UH.

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:25 pm said...

@ummu
SALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN UMMU. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

KITA SALING BERTAZKIRAH. MANA YANG KURANG ATAU TIDAK BETUL, TOLONG BERITAHU. TERIMA KASIH SUDI SINGGAH

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:27 pm said...

@ozzy
SALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN OZZY. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.
KITA SALING INGAT-MENGINGAT, OZZY. MARI KITA AMALKAN SENTIASA

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:29 pm said...

@Semarak ApiSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN SA. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.
SEMAKIN BERSEMANGAT UNTUK BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW BILA MEMBACA ULASAN SA INI. TERIMA KASIH BANYAK. TERUSKAN MEMBERIKAN INFO DI MASA AKAN DATANG

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:31 pm said...

@Cempaka R.MintaSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN CR. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK. INSYAALLAH SEKEJAP LAGI AKAN SINGGAH KE SANA.

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:32 pm said...

@abu muazSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN AM. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

LF PUN BEGITU. TOLONG INGATKAN LF PULA

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:33 pm said...

@KERI
SALAM,

MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN KERI. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH PULA DI SINI. MARI KITA SAMA2 AMALKAN SELAWAT KE ATAS NABI SAW INI

luahfikiran says:
at: 29 November 2010 4:34 pm said...

@sahromnasrudinSALAM,
MAAF AGAK LEWAT PUBLISH ULASAN SAHROM. LF MENGALAMI SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. INSYAALLAH AKAN KEMBALI DENGAN N3 DALAM 2-3 HARI INI.

KITA NI SAMA2 INGAT MENGINGAT. LF JUGA BANYAK MENDAPAT MANFAAT DRPD ENTRI SAHROM

Semarak Api says:
at: 30 November 2010 3:06 am said...

sy doakan LF akn trus dberikn kesihatn yang baek. Supaya dpt trus berblog. Entry2 LF sy suke bc.boleh btkr ilmu2 agama jgk..

luahfikiran says:
at: 30 November 2010 6:25 am said...

@Semarak ApiSALAM,
TERIMA KASIH BANYAK2 ATAS DOA. KESIHATAN NAMPAKNYA SEDIKIT BERTAMBAH BAIK. REDHA DAN BERSYKUR KERANA ADA ORANG LAIN YANG LEBIH BERAT PENYAKITNYA. INSYAALLAH AKAN DIUSAHAKAN ENTRI BARU SEKIRANYA KEADAAN MENGIZINKAN. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SA.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 30 November 2010 12:06 pm said...

salam...
dato lama tak update..anda sihat ?

MasZuber says:
at: 30 November 2010 11:45 pm said...

terima kasih bangat kerana perkongsian ilmu ini. :)

LiNda says:
at: 1 December 2010 5:54 am said...

Salam Tuan ,

Moga Tuan berada didalam kesihatan yang baik . Insyallah .

Selawat adalah penawar terbaik
sentiasa
sentiasa ..
sentiasa ..
didalam hati dan bibir ini .

luahfikiran says:
at: 1 December 2010 5:08 pm said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.oSALAM,
MAAF, AGAK LAMA TAK ADA N3 BARU. ADA SEDIKIT MASALAH KESIHATAN. BERANSUR BAIK, NAMPAKNYA. MACAM MANAPUN, TETAP BERSYUKUR DAN REDHA DENGAN KEADAAN KESIHATAN SEBEGINI. ADA ORANG LAIN YANG LEBIH BERAT KEADAAN KESIHATANNYA. CUBA NAK KELUARKAN N3 BARU DALAM SEHARI DUA INI. TERIMA KASIH KERANA SUDI KEMBALI MENJENGUK

luahfikiran says:
at: 1 December 2010 5:09 pm said...

@MasZuberSALAM,
SAMA2LAH KITA SALING-MENGINGAT. KITA SAMA2 LAKUKAN APA YANG TERBAIK

luahfikiran says:
at: 1 December 2010 5:10 pm said...

@LiNdaSALAM,
GEMBIRA MEMBACA KATA2 LINDA. TERUSKAN.

HASRUL NIZAM says:
at: 3 December 2010 12:59 am said...

Salam ukhwah dan salam ziarah :)

Tanda cinta pada nabi, selawat banyak2 he3

luahfikiran says:
at: 3 December 2010 6:46 am said...

@HASRUL NIZAM
SALAM, TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN TINGGALKAN JEJAK. KITA SAMA2 BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI SAW KITA

syahbandar87 says:
at: 4 December 2010 1:02 am said...

salam..hmm..berhubung islam,sy jg kurang arif..jd sy bnyk mendengr pendpt2 dari alim ulama samada di masjid2,di surau2,dlm buku mahupun internet.dan kalau ada keraguan sy cuba bertanya melalui soal jawab.dan bila sdh menyakinkan sy,maka sy sampaikan pula di blog sy..terus kan berdakwah LF :)

luahfikiran says:
at: 4 December 2010 10:20 am said...

@syahbandar87SALAM,
KITA NI SAMA SAJE. LF PUN KURANG ARIF TENTANG SOAL2 AGAMA INI. SENGAJA MEMBERANIKAN DIRI UNTUK MENULIS ENTRI YANG MUDAH2 DAN RINGAN2 BERKAIT DENGAN AGAMA. SENTIASA MENGALU2KAN KOMEN DRPD RAKAN2 SEMUA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH

ummu says:
at: 11 February 2011 4:50 pm said...

assalamualaikum Tuan;
terima kasih atas perkongsian tuan ini.
saya copy sebahagian entry tuan ini di blog saya di sini,
Jom selawat
sekian,wassalam.

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan