Content

.

.

.

.

.
10 Nov 2010

MARI KITA HAYATI NASIHAT SENIKATA LAGU INI ! KALAU TAK UNTUK KITA, UNTUK ANAK KITA !


MASA DULU-DULU (ZAMAN 60’AN) SELALU DENGAR LAGU. ZAMAN AHMAD JAIS DAN ZAMAN A RAMLI ! TETAPI SEKARANG INI, MUNGKIN KERANA USIA DAN SEBAB-SEBAB LAIN, LAGU DAN IRAMA TIDAK MENARIK PERHATIAN.

KELMARIN SEMASA MEMANDU, ENTAH KERANA APA, TERINGIN PULA NAK BUKA RADIO. ANTARA LAGU-LAGU TU, ADA SEBUAH LAGU YANG CUKUP MENARIK PERHATIAN LF – BUKAN KERANA RENTAK IRAMANYA TETAPI SENIKATANYA. ADA MESEJ NASIHAT YANG CUKUP JELAS YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH LAGU BERKENAAN. MUNGKIN TIDAK UNTUK KITA TETAPI UNTUK ANAK-ANAK KITA. ANAK KITA YANG SEDANG BERCINTA ATAU AKAN BERPACARAN !


HASIL CARIAN GOOGLE, LF DAPAT TAHU SIAPA PENYANYINYA DAN SENIKATA PENUH LAGU TERSEBUT. PENYANYI LAGU IALAH SOHAIMI MIOR HASSAN, ANA RAFFALI DAN ALTIMET. RASANYA INI PENYANYI ANGKATAN BARU !


MESEJNYA CUKUP JELAS YANG ADA KAITAN DENGAN SITUASI SEMASA ! LIHAT SEKARANG INI, PELBAGAI MASALAH SOSIAL BERLAKU. ANAK LUAR NIKAH, BUANG BAYI DAN BUNUH BAYI SEBAGAI BEBERAPA CONTOH. HUBUNGAN MUDA-MUDI YANG TERLALU BEBAS DAN TANPA BATASAN ADALAH ANTARA PUNCANYA. LF MERAYU KEPADA ANAK MUDA LF SENDIRI DAN MUDA-MUDI YANG LAIN, BERILAH PERHATIAN KEPADA MESEJ LAGU INI. JADIKANLAH IA PANDUAN !


LF SETAKAT NAK SIARKAN SENIKATA LAGU. YANG BERMINAT NAK DENGAR LAGU INI, BOLEH TONTON MELALUI YOUTUBE.


KALAU BERPACARAN

Kalau berpacaran

Memang banyak pantang larang

Menjaga susila

Ibu bapa adik abang


Apabila berdua

Carilah tempat yang terang

Agar tidak pula

Mencuba aksi terlarang


Boleh pandang-pandang

Jangan pegang-pegang

Duduk renggang-renggang

Bertambah sayang


Biar malu-malu

Biar segan-segan

Kerna malu itu

Perisai orang beriman


Kalau berpacaran

Jangan tunggu lama-lama

Kalau dah berkenan

Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan

Meminang dengan segera

Kalau terlambat kasihmu disambar buaya



Yeah

Kita sambung cerita

Kalau kamu berdua

Aku yang ketiga

Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah


Hai teruna bikin perangai selamba

Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah

Kalau tak sedia

Ucap syahadah


BILA LELAKI DAN WANITA BUKAN MUHRIM BERDUA, ADA PIHAK KETIGA YANG TURUT BERSAMA UNTUK MENAMBAH RASA! MAKA BERLAKULAH ……………. WALLAHUALAM.

58 comments:

Afida Anuar says:
at: 10 November 2010 7:45 am said...

Salam LF..ahaaa petang semalam on the way balik dari keje fida terdengar lagu ni sewaktu dalam proses tukar menukar stesen radio...

apa pun LF, bagi fida, apa yang penting iman seseorang itu. Tak kira la lagu-lagu nasihat sebegini 24 jam berkumandang sekalipun, tapi kalau tiada sekelumit iman dalam diri, dan mengikut hawa nafsu syaitan, maka berlaku lah.................waAllahualam.

kakcik says:
at: 10 November 2010 7:47 am said...

Salam Dato'...

saya suka dengar senikata dan menghayati lagu ini. memang bagus mesej yang hendak disampaikan. Semoga yang mendengar akan sedar pada mesejnya, bukan setakat terangguk2 dibuai iramanya yang segar. :)

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 8:04 am said...

@Afida AnuarSALAM AFIDA,
BETUL SANGAT CAKAP AFIDA INI. KITA PERKUATKAN IMAN KITA .

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 8:07 am said...

@kakcikSALAM KACIK,
LF GELI HATI BACA KOMEN KAKCIK. TERINGAT MASA DULU2 (MENGELAMUN HABIS BILA DENGAR LAGU). TERIMA KASIH ATAS KOMEN

Kakzakie says:
at: 10 November 2010 8:09 am said...

Salam LF,

Selalu juga dengar lagu tu. Sarat dgn pedoman tapi apa yang dibimbangkan bibir mengikut lirik tapi penghayatan "zero". Apa-apa pun keimanan perlu dalam jiwa itulah benteng segalanya....

nurkass says:
at: 10 November 2010 8:14 am said...

salam LF..
mmg padat mesej dlm lagu tu..tapi zaman skrg lebih kepada nafsu menguasai jiwa..nauzubillah..semoga diberikan hidayah olehnya..

nidus2 says:
at: 10 November 2010 8:24 am said...

Salam Dato',
Dalam terangguk-angguk tu hayati juga senikatanya, tambah lagi suara Suhaimi Mior Hassan memang sedap....
Peranan 'aku yang ketiga' paling bahaya. Waspada.

cemomoi says:
at: 10 November 2010 8:40 am said...

seni kata yang baik malangnya kita hanya menganggap sebagai hiburan sahaja...

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 9:39 am said...

@KakzakieSALAM,
BETUL SANGAT ! KEIMANAN ITU YANG AMAT PENTING YANG KEMUDIANNYA MEMBAWA KEPADA TAQWA. BAGAIMANA KITA HENDAK MENYUBURKAN IMAN ? GABUNGAN PELBAGAI CARA DAN MENGIKUT KUMPULAN SASARAN. APA SAHAJA CARA, TIDAK BOLEH TINGGALKAN ILMU. DAN ILMU ITU TANPA AMAL TIDAK ADA ERTI. AMALAN SAHAJA TIDAK BOLEH TANPA ILMU. CONTOHNYA SOLAT DAN IBADAH HAJI PERLUKAN ILMU. MEDIUM HIBURAN (SEMESTINYA MENGIKUT SYARIAT DAN TIDAK MELALAIKAN) ADALAH SEBAGAI KAEDAH TAMBAHAN UNTUK MEMUJUK DIRI KE ARAH KEIMANAN. ITU YANG LF TAHU. KAKZAK PASTI BOLEH TAMBAH LAGI CARA KITA MEMUPUK IMAN.

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 9:41 am said...

@nurkassSALAM NURKASS,
MACAM MANA KITA NAK LAWAN NAFSU? KITA SELALUNYA KECUNDANG MELAWAN NAFSU. APAPUN, KITA TAK BOLEH BERPUTUS HARAP. MARI KITA SAMA2 PERANGI TUNTUTAN NAFSU YANG TIDAK BAIK INI

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 9:44 am said...

@nidus2SALAM NIDUS2,
TOLONG LF, NIDUS2 ! MACAM MANA NAK LAWAN BISIKAN SYAITAN INI? ADA KETIKANYA, KITA TAHU PERKARA ITU TAK BETUL TETAPI KITA BUAT JUGAK.

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 9:46 am said...

@cemomoiSALAM CEMOMOI,
KITA PERLUKAN HIBURAN TETAPI HIBURAN YANG MENEPATI SYARIAT KITA. LF PERNAH TERBACA PANDUAN YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM BERHUBUNG DENGAN HIBURAN DALAM ISLAM.

mohdandmeriam says:
at: 10 November 2010 10:11 am said...

salam LF..senikata tu boleh dijadikan panduan bagi muda mudi sekarang..kalau berdua cari tempat terang,ni tak duduk berdua2an dalam semak buat apa..

kucingorengemok says:
at: 10 November 2010 10:21 am said...

jadikan mak atau bapak "peserta" sebagai orang ketiga kalau dating, disamping menjaga laku, dapat pahala juga bawak orang tua jalan²

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 10:40 am said...

@mohdandmeriamSALAM,
NAK DUDUK-DUDUK, MENGAPA NAK PILIH SEMAK? JAWAPAN DRPD KITA - TAKUT KENA GIGIT NYAMUK, ULAR DAN BADAN JADI GATAL2. TETAPI KEPADA MEREKA BERKENAAN INI, LAIN PULA ALASANNYA. AGAKNYA, SENANG NAK BUAT ITU INI ! MOGA ALLAH SWT TUNJUKKAN JALAN KEBENARAN

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 10:42 am said...

@kucingorengemokSALAM,
NANTI MEREKA KATA MAK AYAH KACAU DAUN. BAGI LF, NIKAH CEPAT2 KALAU DAH CUKUP SYARATNYA. KALAU BELUM CUKUP, ELAK DUDUK BERDUA2.

kak wan says:
at: 10 November 2010 10:47 am said...

Salam Dato',
Setahu saya memang budak - budak muda memang minat dgn lagu ni..tapi diaorang hayati ke tidak senikata tu tak taulah...bagi saya melodi lagu ni memang sedap.

Mohamad says:
at: 10 November 2010 11:22 am said...

Salam LF,
Popular lagu ini sekarang, ramai anak muda pandai hafal... harap2 mereka bukan sahaja sukakan iramanya tetapi menghayati apa yang didendangkan..

Anif® says:
at: 10 November 2010 11:24 am said...

:) Seni katanya disusun dengan indah. Mesejnya straight forward!

Abd Razak says:
at: 10 November 2010 11:30 am said...

Salam...

Saya tidak setuju dengan rangkap kedua tu "Apabila berdua, Carilah tempat yang terang, Agar tidak pula, Mencuba aksi terlarang.

Islam telah menetapkan berduaan (bersepi-sepi) dengan wanita asing hukumnya haram. Seluruh ulama sudah sepakat, "seorang laki-laki tidak boleh berkhalwat dengan wanita yang bukan mahram dan bukan isterinya, iaitu wanita ajnabiyab kerana syaitan akan menggoda keduanya ketika berkhalwat untuk melakukan sesuatu yang haram." Para ulama juga mengatakan, "jika seorang laki mengimami wanita ajnabiyyah sendirian, hal ini haram bagi keduanya." (al-mausuah al-fiqhiyah al-kuwaitiyyah).

ozzy says:
at: 10 November 2010 11:37 am said...

salam..

Begitulah uniknya senikata lagu sekiranya mempunyai mesej..kdg2 senikata juga mempengaruhi jiwa pendengar cuma bergantung pada penghayatan & pemikiran kita

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 12:35 pm said...

@kak wanSALAM,
DI SAMPING MINAT TERHADAP LAGU INI, MEREKA JUGA MENGHAYATI DAN MENJADIKANNYA SEBAGAI PANDUAN. MEDIUM HIBURAN (YANG MENGIKUT SYARIAT AGAMA) HANYA SEBAGAI KAEDAH TAMBAHAN UNTUK MENYEMAIKAN CIRI2 KEIMANAN DI KALANGAN ANAK2 MUDA KITA.

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 12:58 pm said...

@MohamadSALAM,
KESEDERAN, KEINSAFAN DAN SETERUSNYA MELAKUKAN PEMBETULAN DIRI ADALAH PENTING. IA JUGA MESTI DILAKUKAN BERTERUSAN DENGAN ADA PENAMBAHBAIKAN. TAMBAHAN PULA IMAN KITA NI TURUN NAIK. SEMOGA KITA DAN ANAK2 KITA MENGAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN

sayangsayangibu says:
at: 10 November 2010 12:59 pm said...

Salam dato LF
sya pun tertarik dgn lirik tu, sangat sesuai sebagai nasihat untuk generasi sekarang, akan datang dan selamanya

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 12:59 pm said...

@Anif®SALAM,
HARAP DAPAT DIAMALKAN. PERLU ADA SOKONGAN KAEDAH2 LAIN UNTUK MEMANTAP DAN MENGUKUHKAN LAGI IMAN KITA

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 1:03 pm said...

@Abd RazakSALAM USTAZ RAZAK,
TERIMA KASIH ATAS PENJELASAN TAMBAHAN INI. ISLAM ITU BERSIFAT PENCEGAHAN SEJAK PERINGKAT AWALAN LAGI. PERKARA2 YANG BOLEH MENDEKATKAN KITA KEPADA KEBURUKAN ADALAH DILARANG. ITU SEBABKAN PAKAIAN KITA DAN SUARA KITA SEBAGAI BEBERAPA CONTOH ADALAH DIBERI PERHATIAN OLEH AGAMA KITA. BEGITU JUGA DENGAN DUDUK BERDUA2AN. LF PERNAH TERBACA DI MANA KEHADIRAN IBU BAPA ADALAH DIPERLUKAN JIKA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MUHRIM HENDAK BERTEMU. PERTUNGAN BUKAN SEBAGAI PASPOT UNTUK MENGHALALKAN PERTEMUAN. MARI KITA SAMA2 MENGAMBIL MAKLUM APA YANG DIPERJELASKAN OLEH USTAZ A RAZAK INI. TERIMA KASIH, USTAZ

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 1:05 pm said...

@ozzySALAM OZZY. DIHARAPKAN JUGA IA DIIKUTI DENGAN TINDAKAN AMALAN YANG DISURUH OLEH AGAMA KITA.

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 1:07 pm said...

@sayangsayangibuSALAM,
SEMOGA IA MEMBAWA KEPADA AMALAN KEBAIKAN SEPERTIMANA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA

AngahSayang2314 says:
at: 10 November 2010 1:59 pm said...

salam..... abg.. angah suka lagu nie...

angah singgah 4llow uu jom kita tukar2 link

gadisBunga says:
at: 10 November 2010 2:12 pm said...

setuju sgt tu uncle. disebabkan iman kite ni cuma senipis kulit bawang, maka tak payah la nak diuji2 dgn perkara2 yg ak sepatutnya...

♥ manje ♥ says:
at: 10 November 2010 2:17 pm said...

salam dato'

mmg lagu ini amat bertepatan dgn masalah pergaulan muda mudi kita... apa yg penting, 'malu'... kerana itu adalah perisai org yg beriman, takut pada ALLAH ~

Hamizah says:
at: 10 November 2010 2:46 pm said...

bagus lirik lagu ni kalau dihayati..

ikan emas says:
at: 10 November 2010 4:38 pm said...

saya pun suker lagu ni..

suara orang lama memang umpphhhhh!

Kuasai minda says:
at: 10 November 2010 5:17 pm said...

Salam LF

Mula2 dengar lagu ni, saya tak berapa ambil peduli sangat pun. Bagi saya, lagu semuanya sama...Tapi bila dah dua tiga kali dengar, baru perasan yang memang ada mesej dan nasihat yang sangat berguna. Bila dah mula berfikir tentang maksud dan pengertian mesejnya, baru kita sedar bahawa ia membawa satu ingatan kepada semua 'couple' yang sedang asyik mahsyuk dalam bercinta.

Moga2 ada le juga kebaikannya untuk kita semua....

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 6:23 pm said...

@AngahSayang2314SALAM,
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK. LF TELAHPUN MENJADI FOLLOWER KPD BLOG AngahSayang

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 6:26 pm said...

@gadisBungaSALAM,
ALLAH SWT TELAHPUN TELAH MEMPERINGATKAN KITA TENTANG LARANGANNYA. ALLAH SEBENARNYA TAHU SEJAUHMANA KETAHANAN DIRI KITA. JADI BETUL KATA GB, APA PERLU NAK DIUJI DIRI ITU DENGAN PERKARA2 YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEBURUKAN.

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 6:28 pm said...

@♥ manje ♥SALAM. SETUJU DENGAN PANDANGAN MANJE. KITA PERLU TAKUT DENGAN ALLAH. APABILA KITA MERASA TAKUT KEPADA NYA TIDAK BERERTI KITA LARI DRPDNYA. KITA KENA DEKATKAN DIRI KITA KEPADA NYA APABILA ADA PERASAAN TAKUT INI TADI

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 6:29 pm said...

@HamizahSALAM,
BETUL ! KITA DENGAR, KITA HAYATI DAN KITA AMALKAN SECARA BERTERUSAN

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 6:30 pm said...

@ikan emasSALAM IE,
TAK TAHU PULAK PENYANYI INI ORANG LAMA. HARAP ANAK2 KITA MENGAMBIL PERHATIAN

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 6:31 pm said...

@Kuasai mindaSALAM,
KITA SAMA2 MELAKUKAN APA YANG DISURUH DAN MENJAUHI APA YANG DILARANG OLEH NYA

ibuintan says:
at: 10 November 2010 7:44 pm said...

salam Dato,
suhaimi memang terkenal dengan lagu2nya yang puitis dan bermesej selama ini..

semuanya bergantung kepada iman dan tahu tanggungjawab untuk menjaga maruah sendiri dan keluarga juga, minta dijauhkan ahli keluarga kita dari melakukan perkara2 yang mengarah kemaksiatan ini..

luahfikiran says:
at: 10 November 2010 8:24 pm said...

@ibuintanSALAM,
BETUL, TAHAP KEIMANAN KITA YANG AKAN MENENTUKAN SAMADA KITA AKAN TERJEBAK DALAM PERKARA2 KEBURUKAN. PERSOALANNYA, BAGAIMANA KITA HENDAK MENGUKUHKAN KEIMANAN KITA? ILMU DAN AMALAN BERTERUSAN KERANA ALLAH SWT.MESTI KEDUA2NYA

Cik Su says:
at: 10 November 2010 10:34 pm said...

memang mendalam sekali makna lagu tu kan

Hariz says:
at: 10 November 2010 10:34 pm said...

Saya suka dengan entri dan lagu ini :)

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 5:11 am said...

@Cik SuSALAM,
KITA HAYATI DAN KITA JADIKAN PANDUAN DALAM AMALAN KITA.

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 5:13 am said...

@HarizSALAM,
MARI KITA SAMA2 MENJADIKAN PANDUAN DALAM AMALAN KITA. ALLAH PASTI BERSAMA KITA JIKA KITA MELAKUKAN SURUHANNYA DENGAN PENUH KEIKHLASAN

Mak Su says:
at: 11 November 2010 10:10 am said...

salam hormat Dato LF

ini lagu baru, tapi Suhaimi orang lama, joint venture... good mesej, melody yang catchy. moga beri iktibar buat muda mudi

makdara TERdiva says:
at: 11 November 2010 10:53 am said...

salam tuan LH..
dah lame tak menjengok ke sini..bkn tak ingat cuma terrrlupa jer..hiks!

Mr PenyuBiru says:
at: 11 November 2010 10:54 am said...

harap² anak muda ambil iktibar dari lagu tersebut jgn hanya menjadi siulan saje.

HASRUL NIZAM says:
at: 11 November 2010 12:36 pm said...

Salam ziarah...

Zaman skang ni usah nak cari lagu2 yg ade mesej2 yg berkualiti dan ade unsur2 morality... bgi saye, Ramli Sarip banyak mempelopori lagu2 sebegini :)

AngahSayang2314 says:
at: 11 November 2010 2:15 pm said...

hitttttt x ada n3 baru loo

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 2:38 pm said...

@Mak SuBEGITU JUGA HARAPAN LF, MAKSU. PERINGATAN YANG AMAT BAIK UNTUK ANAK2 KITA

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 2:40 pm said...

@makdara TERdivaSALAM,
LF PERASAAN TU. SEBUK TU AGAKNYA.

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 2:41 pm said...

@Mr PenyuBiruSALAM.
HARAPAN KITA SEMUA AGAR ANAK2 MUDA MEMBERIKAN PERHATIAN TENTANG PERINGATAN INI

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 2:41 pm said...

@HASRUL NIZAMSALAM,
NANTI LF TENGOK2 LAGU RAMLI SARIF. TKASIH

luahfikiran says:
at: 11 November 2010 2:42 pm said...

@AngahSayang2314SALAM,
NANTI ADA N3 BARU. SILA JENGUK KEMBALI

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 12 November 2010 12:39 am said...

salam

orang perak ..dia ni..kot la
memang sesedap lagu dia mak saya suka sangat

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 6:30 am said...

SALAM BRUTALSOLO,
TEMAN TAK MALU MENGAKU ORANG PERAK ! TAK KAN MAK SAJE YANG SUKA . ANAK MACAM MANA?

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan