Content

.

.

.

.

.
12 Nov 2010

MARI KITA BERDOA UNTUK IBU BAPA KITA? TANYA DIRI, BILA KALI TERAKHIR KITA BERDOA UNTUK MEREKA ?


Mereka terlalu banyak berkorban dan berjasa kepada kita ! Mereka melahirkan kita ! Mereka memelihara dan membesarkan kita ! Mereka membimbing dan mendidik kita ! Mereka tidak membiarkan kita ! Mereka merasa amat bimbang ketika kita sakit ! Mereka berada di sisi kita baik ketika kita bahagia mahupun duka ! Dan lagi, dan lagi …..

Ya Allah, banyaknya jasa mereka ! Tidak terbilang dan tidak ternilai ! Tidak pula mereka meminta jasa dan pengorbanan mereka dibalas! Itu mereka ! Itu yang mereka lakukan ! Kita sendiri pula macam mana? Bagaimana layanan kita terhadap mereka? Apakah layanan kita setakat “suam-suam panas” atau kesampingkan sahaja jasa dan pengorbanan mereka?

HARI INI, ADAKAH KITA BERDOA UNTUK MEREKA ?


Mari kita tanya diri kita ! Soal diri dan jawab sendiri ! Apakah hari ini, kita ada berdoa untuk emak dan ayah? Kalau tak, apa alasan yang hendak kita berikan? Sibuk dengan kerja, terlupa untuk berdoa, kemudian nanti berdoa dan entah apa lagi alasan yang lain ! Sampai bila, kita nak beralasan? Sehingga bila kita nak bertangguh ? Sekali-sekala alasan mungkin boleh diterima ! Tetapi kalau alasan yang sama yang diberi, macam mana? Masih nak berpuashati juga?


Tanya diri - sukar sangat ke untuk kita berdoa? Sibuk sangat ke kita? Sibuk atau penyibuk, mana satu? Tak bolehkah kita meluangkan sedikit masa untuk berdoa ? Apakah kita hendak menanti hingga terjadi musibah, baru kita hendak menadah tangan berdoa? Bukankah kita sepatutnya sentiasa berdoa kepada Allah swt?


Renungilah diri kita ! Kita ada zuriat ! Kita ini merupakan contoh yang terdekat untuk anak-anak kita ! Mereka melihat dan memerhati kita ! Kalau kita sendiri tidak berdoa untuk ibu bapa kita, apakah kita boleh mengharapkan mereka (anak) akan berdoa pula untuk kita? Fikirkanlah ! Kalau semasa kita hidup, mereka jarang atau tidak berdoa untuk kita, apatah lagi semasa kita sudah tiada lagi nanti ! Ya Allah, Ya Tuhanku, jauhilah perkara seperti ini berlaku ! Amin .


Usah sesekali meninggalkan doa untuk emak ayah kita. Allah swt memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati). Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT.


Betapa buruk sekali perangai kedua ibubapa, ianya bukan urusan kita. ITU URUSAN ALLAH SWT. Usah pula kita hendak menjadi hakim untuk menjatuhkan hukuman ! Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kita kecil hingga dewasa. Urusan kita juga meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita selamat sejahtera dunia dan akhirat.


MENGAPA PERLU KITA BERDOA UNTUK IBU BAPA?

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari segi ikatan kekeluargaan dan pertalian darah. Dengan itu, selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehinggalah kita dewasa.


Malah, sesudah kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Tambahan pula, iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan keheningan hati ibu bapa.


Jelas, memang banyak sebab mengapa kita perlu berdoa untuk emak ayah. Memadai setakat menyebut dua sebab berikut:


1. Menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.


Ibu bapa mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah sehingga Allah memerintahkan kita berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)


2. Doa anak yang soleh dimakbulkan oleh Allah swt.


Rasulullah ada bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.”


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat. Inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah swt.


MENGHARAPKAN DOA DIKABULKAN


Adab berdoa, waktu berdoa dan syarat berdoa adalah antara perkara yang perlu diambilkira apabila berdoa untuk ibu bapa kita. Tujuannya supaya doa kita itu diterima oleh Allah swt.


Entri ini hanya menjelaskan secara ringkas tiga perkara utama ini. Mohon para pembaca membuat rujukan bahan-bahan tambahan lain untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.


Syarat Berdoa:


(1). Dalam keadaan berwuduk; (2) Dalam keadaan menutup aurat; (3). Menghadap ke kiblat; (4). Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk; (5). Tidak tergesa-gesa; (6). Dimulai dengan memuji kebesaran Allah; (7). Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasulullah saw; (8). Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan; (9). Diakhir dengan selawat dan salam; (10). Seelok-eloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.


Syarat Doa Dikabulkan:


(1). Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang shubhah; (2). Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya; (3). Tidak melakukan perbuatan maksiat; (4). Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


Antara Waktu Yang Baik Untuk Berdoa:


(1). Pada malam Qadar (10 malam terakhir bulan Ramadhan); (2). Pada hari Arafah (9 Zulhijah ketika wukuf di Arafah); (3). Pada bulan Ramadhan; (4). Pada malam Jumaat; (5). Pada hari Jumaat; (6). Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi); (7). Sesudah berwuduk; (8). Antara azan dan iqamat; (9) Pada akhir tiap-tiap solat fardhu; (10). Ketika sedang membaca Al Quran; (11). Setelah tamat membaca Al Quran; (12). Ketika minum air zamzam; (13). Pada saat berkumpul kaum Muslimin kerana agama.


DOA-DOA UNTUK IBU BAPA


Banyak contoh doa untuk ibu bapa yang boleh kita amalkan. Antara beberapa contoh ialah:


1. “Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ayah dan ibu, ampunlah dosa anakmu ini !”


2. “Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, dan lindungilah mereka, Aminnyarabillialamin"



3. “Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”.


KESIMPULAN


Alhamdulillah, bagi mereka yang memang sentiasa berdoa untuk ibu bapa mereka ! Teruskan baktimu! InsyaAllah, Allah swt akan merestui dan memakbulkan doa anda semua.


Bagi mereka yang tidak berdoa atau jarang berdoa, ayuh mari kita sama-sama memberikan perhatian dan mengambil tindakan berdoa sentiasa untuk ibu bapa kita. Usah beralasan dan usah mencipta alasan kerana yang akan dalam kerugian adalah kita dan ibu bapa kita.


Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus padaNya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.


Tambahan:

LF kurang arif dalam hal-hal agama ini ! LF budak baru belajar ! Kalau salah, tolong tunjuk-tunjukkan. Amat dialu-alukan pandangan, komen, pembetulan (jika ada), dan penambahbaikan kepada entri ini.

69 comments:

My Little Diary says:
at: 12 November 2010 11:19 am said...

salam,
alhamdulillah... saya hari2 doakan buat mereka..

entry terbaru "jangan kau ucap selamat tinggal"

khaifaiz says:
at: 12 November 2010 11:35 am said...

Salam LF

Amat terharu dengan entri ni.. Membuatkan khai terfikir apakah sumbang saran khai.

kakcik says:
at: 12 November 2010 11:37 am said...

Salam Dato'...

tanpa ibubapa dan Allah Yang Maha Pencipta, takkan ujudlah kita di muka bumi ini, kan?

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 11:38 am said...

@My Little DiarySALAM,
BERSYUKUR LF MENDAPAT RAKAN YANG SEBEGINI. TERUSKAN ! INSYAALLAH, ALLAH AKAN KABULKAN

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 11:39 am said...

@khaifaizSALAM,
LF LEBIH DAHULU YANG TERHARU! BAGAIMANAKAH HENDAK KITA MEMBALASNYA ! MARI KITA SAMA2 BERUSAHA !

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 11:52 am said...

@kakcikSALAM,
BETUL TU KACIK. TIADA MEREKA, TIADA KITA. SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN SEGALA YANG TERBAIK UNTUK IBU BAPA KITA

LiNda says:
at: 12 November 2010 12:37 pm said...

Salam Tuan ,

Insyallah..
akan berikan terbaik utk mereka .

ckLah@xiiinam says:
at: 12 November 2010 1:45 pm said...

Salam Pak Di;
Dalama satu majliz Tazkirah Hari Keluarga kami, ustaz yang dijemput ada berpesan;
"Tak perlu menjadi seperti si Tanggang untk mendapat gelaran anak derhaka....Tidak berdoa untuk ibu bapa 3 hari-turut pun sudah melayakkan kita berelar anak derhaka."

Na'uzubillahi min zalik...

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 2:10 pm said...

@LiNdaSALAM,
GEMBIRA MEMBACA KEAZAMAN LINDA. TERUSKAN DENGAN NIAT KERANA ALLAH SWT

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 2:12 pm said...

@ckLah@xiiinamSALAM,
KITA SEHARUSNYA LEBIH KUAT KEAZAMAN KITA UNTUK BERBAKTI KEPADA IBU BAPA APABILA MENDENGAR CERAMAH USTAZ TERSEBUT. DERHAKA BOLEH TERJADI DALAM PELBAGAI CARA. SALAM KEPADA ABANGNYA !

Abd Razak says:
at: 12 November 2010 2:15 pm said...

Salam LF..

Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. Ibu kita mengandung selama 9 bulan kemudian melahirkan kita dengan resiko nyawa melayang. Ketika kita masih bayi tak berdaya, mereka beri kita minum dan makanan. Ketika kita buang air, tanpa jijik mereka membersihkan kita dengan penuh cinta. Kita diberi pakaian dan juga pendidikan. Segala-galanya diberikan.

Begitulah. Seperti kata pepatah, "Kasih anak sepanjang badan, kasih ibu sepanjang jalan" Tidak boleh dibandingkan.

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 2:44 pm said...

@Abd Razak SALAM USTAZ A RAZAK,
TERIMA KASIH ATAS TAMBAHAN TAZKIRAH. CUKUP CANTIK HURAIAN USTAZ. KALAU ALLAH SWT SENDIRI MENGANUGERAHKAN PENGHORMATAN YANG TINGGI KEPADA IBU BAPA, MENGAPA KITA (SEBAGAI ANAK2) TIDAK?

mohdandmeriam says:
at: 12 November 2010 3:10 pm said...

saalm LF..makcik amat terharu dgn entry ni.. kadang2 dalam kesibukan kita lupa..makcik selalunya membaca ayat suci alQuran, setiap kali membacanya akan dihadiahkan kepada ayahanda yg telah meninggal dunia..selepas tu rasa lega dan tenang..moga2 rohnya tenang disana..

nurkass says:
at: 12 November 2010 3:55 pm said...

salam LF..
sedihnya bila bc n3 ni..dah 9 tahun ayah saya meninggal dunia..alhamdulillah doa tak pernah putus utknya..

kini ibulah tempat bermanja dan saya akan berbakti pd ibu saya utk selamanya..

Pernah dgr motivasi pagi Dr. Fazilah Kamsah "setiap pagi, sedekahlah al-fatihah pada kedua org tua tak kira masih hidup atau telah meninggal dunia, insyaallah akan di murahkan rezeki"..

KAKTINY says:
at: 12 November 2010 4:56 pm said...

salam LF..

Saya sayang mak ayah saya.. setiap waktu dlm solat, doa pertama selepas pujian ke atas Allah serta nabi, adalah doa utk mereka.

Sebelum tidur juga doa utk mereka.. bangun tidur pon doa utk mereka..

Saya doakan semoga Allah berkati usia, rezeki serta kehidupan mak dan ayah saya dunia dan akhirat. Lapangkan hari-hari hayat mereka serta berikan pengakhiran yg husnul khatimah kpd mereka.

Saya mohon agar Allah tempatkan mak dan ayah saya ke syurga-Nya kelak.. terus tanpa hisab.. dijauhi fitnah kubur dan tidak disentuh azab siksaan neraka. Ameen.

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 5:19 pm said...

@mohdandmeriamSALAM,
TERUSKAN ! iTULAH YANG TERBAIK YANG DAPAT KITA LAKUKAN UNTUK IBU BAPA KITA. SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN MAKCIK

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 5:23 pm said...

@nurkassSALAM.
NURKASS MASIH ADA IBU. BERSYUKUR. UNTUK IBU YANG MASIH ADA, DAN UNTUK AYAH YANG TELAH PERGI, BUATLAH SEGALA YANG TERBAIK UNTUK MEREKA

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 5:24 pm said...

@KAKTINYSALAM,
BERSYUKUR DAPAT ANAK MACAM KARTINY INI. SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KARTINY.

gadisBunga says:
at: 12 November 2010 6:05 pm said...

saya sayang mak ayah saya....

sebab tu tak sanggup nak buat apa2 yg buruk walaupun mereka tak tahu...

harap2 Allah makbulkan doa saya kerana itu sahajalah yg saya mampu buat setakat ini...

cemomoi says:
at: 12 November 2010 7:32 pm said...

tima kasih saling mengingatkan

ibuintan says:
at: 12 November 2010 9:11 pm said...

salam Dato,

alhamdulillah.dan insyaallah, setiap selepas solat... doa dan alfatihah kepada arwah ibu bapa yang telah meninggal serta kedua ibu bapa mertua yang masih ada, tetap diutamakan sebelum berdoa yang lain-lain...

semoga kesemua mereka mendapat perlindungan dan kasih sayang Allah s.w.t

kak wan says:
at: 12 November 2010 9:22 pm said...

Tiapkali lepas solat memang saya berdoa (no 2) utk mak dan arwah abah..

Saya pernah di beritahu tidak makbul doa seseorang itu jika tidak terlebih dahulu mendoakan ibubapanya. saya tidak pasti tetapi jika memberi kebaikan apasalahnya kita buat.

nidus2 says:
at: 12 November 2010 10:31 pm said...

Salam Dato',

Dengan melihat wajah mereka pun kita mendapat pahala.
Oleh itu beruntunglah mereka yang masih mempunyai kedua-duanya.

Ibu Pak Nidus masih ada lagi. Peluang yang ada ini, insyaallah akan dimanfaat sebaik mungkin.

Afida Anuar says:
at: 12 November 2010 10:41 pm said...

Salam LF..alhamdulillah entry yang sangat terkesan di hari Jumaat. InsyaAllah selagi hayat masih ada, takkan pernah putus doa untuk kedua orang tua...

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 10:55 pm said...

@gadisBungaSALAM GB,
KITA LAKUKAN APA YANG TERMAMPU. APA YANG GB LAKUKAN ADALAH AMAT BAIK. TERUSKAN !

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 10:56 pm said...

@cemomoiSALAM,
MENGINGATKAN DIRI KITA TERLEBIH DAHULU, DAN KEMUDIAN ORANG LAIN ! INSYAALLAH, KITA SALING AKAN DAPAT MANFAAT

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 10:58 pm said...

@ibuintanSALAM,
SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA DOA DAN USAHA BAIK IBUINTAN. KITA SAMA2 YATIM PIATU, IBUINTAN !

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 11:00 pm said...

@kak wanSALAM,
TERUSKAN PERKARA BAIK YANG KAKWAN LAKUKAN. LF TAK PULA DENGAR MENGENAI PANDANGAN ITU. MACAM MANAPUN, APA SALAHNYA KITA MENDAHULUKAN DOA IBU BAPA

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 11:01 pm said...

@nidus2SALAM,
SYUKUR, NIDUS2 MASIH MEMPUNYAI IBU. BERIKAN LAYANAN TERBAIK KLEPADANYA. AYAH YANG SUDAH TIADA JUGA KITA DOAKAN.

luahfikiran says:
at: 12 November 2010 11:02 pm said...

@Afida AnuarSALAM,
KEAZAMAN DAN AMALAN AFIDA AMAT BAIK SEKALI. TERUSKAN, AFIDA.

aby says:
at: 13 November 2010 12:20 am said...

salam LF,
apabile nyawe dh tercabut dari anak adam ..
buku amalan baik buruk nye pun tertutup same,
lantas malaikat pun akan meletakan buku tu didalam bilek rekod simpanan ...
wlu buku tu dah kt dalam stor ...
klu ade sedekah jariah kite masih digunekan utk kebaikan ..
akan terselit juge dalam catatan, gitu juge berkat tulisan2 LF yg baik2 ni misal menjadi petunjuk kpd mereka yg masih tercarik2, insyaallah selagi ilmu ut digune pakai wlupun bertemurun ...akan diselitkan juge dlm catatan,
klu sedekah jariah dan ilmu kite tk ade utk digunekan org lain, paling tidak, doa anak anak la yg boleh digune dari buku catatan kite tu terperosok dalam stor tu...
oleh tu ... ingat2 la yg pergi ... kite pun akan pergi juge .. dan wktu tu, pinte kite adalah doa dari anak2 yg kite lahirkan ...

azieazah says:
at: 13 November 2010 11:11 am said...

Terimakasih berpesan-pesan....

Mr and Mrs Magik says:
at: 13 November 2010 12:30 pm said...

Betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah...

Marilah kita berebut2 dan sentiasa mencari peluang untuk berjasa kepada ibu dan ayah...

luahfikiran says:
at: 13 November 2010 8:05 pm said...

@aby
SALAM,
CATATAN ABY MENJELASKAN LAGI APA YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH ENTRI INI. BILA KITA MATI, AMALAN KITA DAN DOA ANAK KITA YANG AKAN MEMBANTU KITA. SEMENTARA NYAWA MASIH DIKANDUNG BADAN, KITA BERAMAL

luahfikiran says:
at: 13 November 2010 8:06 pm said...

@azieazahSALAM,
SAMA2 KITA SALING INGAT MENGINGAT DEMI KESEJHTERAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT

luahfikiran says:
at: 13 November 2010 8:07 pm said...

@Mr and Mrs MagikSALAM,
SAMA2 KITA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA KITA

Semarak Api says:
at: 14 November 2010 4:37 pm said...

1st time ziarah blog LF :)

sy xpnh ptus bdoa utk ksihatan org tua sy tiap kali pas solat.kdg2 bl tenung wajah mereka ber2,rs nk mnitis air mata.dah mkin tua rupenye mereka.mseh blum bsedia untuk kehilangn mereka :(

smg ibu bapa kite semua dpnjgkn umur dan diberikan kesihatan yang baek.Ameen..

luahfikiran says:
at: 14 November 2010 9:12 pm said...

@Semarak ApiSALAM,
TERIMA KASIH KERANA MENJENGUK DAN MENINGGALKAN JEJAK. GEMBIRA DENGAN AMALAN SEMARAK API. TERUSKAN.
AKAN ZIARAH BLOG SEMARAK API SELEPAS INI

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 15 November 2010 1:51 am said...

salam
tuan
selapas solat isyak tadi adalah kali terakhir doa utuk org tua...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 15 November 2010 7:52 am said...

salam
baru saja mendoakan mereka selesi subuh tadi...terimakasih

Werdah says:
at: 15 November 2010 8:50 am said...

Salam LF

Semoga sihat dan diredhai Allah.

Terima kasih kerana selalu mengingatkan.. insyaAllah doa buat kedua arwah ayah bonda akan diteruskan. Mudah2an diberi pertolongan oleh Allah SWT dalam membiasakan amlan berdoa ini.

Hamizah says:
at: 15 November 2010 2:26 pm said...

insya Allah hari2 doakan..

HASRUL NIZAM says:
at: 15 November 2010 3:30 pm said...

Salam saudara,

Salah satu cara mendatangkan keberkatan dlm hidup ialah dengan mendoakan ibu bapa kita dan menjadi anak yg soleh dan solehah :)
Kita sibuk nak carik keberkatan dengan usaha2 lain tetapi doa utk ibu bapa yg slalu kite lalai nak buat :)

luahfikiran says:
at: 15 November 2010 8:52 pm said...

@Semarak ApiSALAM,
SA TELAH MELAKUKAN APA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA. TERUSKAN. LF AMAT GEMBIRA DAN MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH SA.

luahfikiran says:
at: 15 November 2010 8:52 pm said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.oSALAM,
TERUSKAN DAN LF BANGGA DENGAN SIKAP DAN AMALAN BRUTALSOLO.

luahfikiran says:
at: 15 November 2010 8:53 pm said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.oSALAM,
ALHAMDULILLAH. SEHARUSNYA AMALAN SDR DIIKUTI OLEH RAKAN2 YANG LAIN

luahfikiran says:
at: 15 November 2010 8:54 pm said...

@WerdahSALAM. KITA SAMA2 YATIM PIATU. KITA TERUS DOAKAN UNTUK MEREKA

luahfikiran says:
at: 15 November 2010 8:54 pm said...

@HamizahSALAM,
TERUSKAN AMALAN YANG BAIK INI

luahfikiran says:
at: 15 November 2010 8:56 pm said...

@HASRUL NIZAMSALAM,
KATA2 SDR MEMANG TEPAT. KITA SIBUK DENGAN URUSAN LAIN DAN KITA LUPA BERDOA UNTUK IBU BAPA KITA. MARI KITA SAMA2 MEMBUAT PEMBETULAN DIRI

zulkbo says:
at: 15 November 2010 11:03 pm said...

salam Dato..
insyaallah..selagi nyawaku
di kandung badan..tidak akan
lupa mendoakan mereka..

Kunang-Kunang says:
at: 15 November 2010 11:49 pm said...

Salam LF,

Orang yang selalu berdoa untuk kedua ibubapanya sama ada mereka telah meninggalkan kita atau masih bersama ini akan dimurahkan rezeki oleh Allah.

Selamat menyambut Aidiladha untuk Dato' dan keluarga.

Cikgu Jang .. says:
at: 16 November 2010 12:08 am said...

tq....entry yg baik

Echam says:
at: 16 November 2010 10:03 pm said...

Cukup menginsafkan... Terima kasih kerana mengingatkan

luahfikiran says:
at: 18 November 2010 6:01 am said...

@zulkboSALAM,
MAAF LAMBAT RESPONS. ADA MASALAH LINE STREAMYX. SEHINGGA SEKARANG, MASIH TAK STABIL. APAPUN, SEPERTIMANA ZULKBO, LF JUGA MENGHARAPKAN DAPAT TERUS BERBAKTI KEPADA IBU BAPA WALAUPUN MEREKA SUDAH TIADA. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

luahfikiran says:
at: 18 November 2010 9:22 am said...

@zulkboSALAM,
MAAF LAMBAT BLASAN ULASAN. MASALAH STREAMYX SEJAK SEMALAM. BARU SAJE OK. APAPUN, LF BANGGA DENGAN KEAZAMAN ZULKBO. LF JUGA BERHARAP BEGITU.

luahfikiran says:
at: 18 November 2010 9:23 am said...

@Kunang-KunangSALAM,
BETUL TU KUNANG2. KALAULAH BEGITU GANJARANNYA KEPADA KITA, MENGAPA KITA TAK BUAT? MARI KITA SAMA2 BERBAKTI KEPADA IBU BAPA KITA.

luahfikiran says:
at: 18 November 2010 9:24 am said...

@Cikgu Jang ..SALAM CIKGU,
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN MENINGGALKAN JEJAK. LF AKAN KE BLOG CIKGU

luahfikiran says:
at: 18 November 2010 9:25 am said...

@EchamSALAM,
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN MENINGALKAN JEJAK.KITA SALING-MENGINGAT, ECHAM

ozzy says:
at: 18 November 2010 12:25 pm said...

salam ...

Doa antara perkara mudah utk kita berbakti & mengingati ibu bapa meskipun mrk telah tiada..entry yg bagus krn kita juga akan menjadi ibu bapa yg mengharapkan agar2 anak2 turut mengingati & mendoakan kita

a kl citizen says:
at: 18 November 2010 11:53 pm said...

teringat emak dan aruah ayah... :(

dapatkan slip gaji online

luahfikiran says:
at: 19 November 2010 6:03 am said...

@ozzySALAM,
BETUL TU OZZY. MUDAH TETAPI KITA ADA KETIKA KITA TAK BUAT. KONONNYA KERANA KESIBUKAN KITA. MARI KITA SAMA2 AMBIL PERHATIAN DAN BERTINDAK TENTANG PERKARA INI.

luahfikiran says:
at: 19 November 2010 6:05 am said...

@a kl citizenSALAM,
KITA NI SAMA2 YATIM PIATU. MARI KITA BERBAKTI KEPADA MEREKA WALAUPUN MEREKA TIADA LAGI

Miecyber says:
at: 21 November 2010 2:02 pm said...

Peringatan untuk kita semua..

luahfikiran says:
at: 21 November 2010 5:45 pm said...

@MiecyberSALAM,
SAMA2LAH KITA MENGAMBIL INGATAN DAN MEMBUAT TINDAKAN

makdara TERdiva says:
at: 21 November 2010 6:03 pm said...

salam tuan LF,
terima kasih atas nasihat & ingatan

berkenaan dgn majlis 1/1/2011, akan saya ttipkan kad jemputan :) harap boleh emailkan saya alamat di sini cilo_wan@yahoo.com

imanshah says:
at: 21 November 2010 8:51 pm said...

salam LF

saya sentiasa doakan kesejahteraan arwah ayah di sana, dan kesejahteraan ibu saya. Tak tahulah kalau ibu sudah tiada, ..kehilangan ayah begitu terasa

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 6:24 am said...

@makdara TERdivaSALAM,
KITA NI SALING MENGINGAT. KITA SAMA2 MELAKUKAN YANG TERBAIK

luahfikiran says:
at: 22 November 2010 6:25 am said...

@imanshahSALAM,
ALHAMDULILLAH, SDR TELAH MELAKUKAN YANG SEPATUTNYA. TERUSKAN.

annazelan says:
at: 6 December 2010 8:08 am said...

Salam.. Sesungguhnya ayahanda n bonda adalah permulaan kita..Doa utk mak abah tak pernak ku lupakan.Ya Allah sesungguhnya Engkau maha mengetahui ..aku amat merindui mak n abah dan rasa teramat sayu.Smoga mereka ditempatkan bersama orang2 yg beriman..Alfatihah..

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan