Content

.

.

.

.

.
14 Sep 2010

PAKAI BAJU BERGAMBAR ATAU ADA TULISAN SEMASA SOLAT ! MACAM MANA ?

LF PERHATIKAN MEREKA YANG PAKAI BAJU SEDEMIKIAN TAK LAH RAMAI SANGAT ! MACAM MANAPUN NAK TAHULAH JUGAK, APAKAH HUKUMNYA SEGI AGAMA? DIBENARKAN ATAU TIDAK ? KALAU MEMANG BOLEH SEGI HUKUMNYA, MAKA TAK PAYAHLAH LAGI KITA SIBUK-SIBUK BERCAKAP TENTANG PERKARA INI ! TETAPI JIKA SEBALIKNYA, MAKA PERLULAH KITA FIKIRKAN APA TINDAKAN KITA?

PELBAGAI VARIASI PANDANGAN YANG LF DENGAR ! ADA YANG KATA HUKUMNYA HARAM TETAPI DIMAAFKAN PADA SYARA’ JIKA GAMBAR/TULISAN ITU KECIL. IA  DIANGGAP DARURAT DAN BUKANNYA BERTUJUAN UNTUK MENUNJUK PADA ORANG. 

TETAPI KALAU GAMBAR/TULISAN ITU BESAR, ADA YANG MEMBERITAHU HUKUMNYA MAKRUH. TERDAPAT JUGA PANDANGAN YANG MENYEBUT HUKUMNYA HARAM KERANA SOLAT ITU UNTUK MENGHADAP ALLAH SWT, TUHAN SEKALIAN ALAM.  GAMBAR/TULISAN ITU BOLEH MENGGANGGU KEKHUSYUKAN ORANG KETIKA SOLAT. BAGI KAWAN-KAWAN PULA, MACAM MANA?

BAGI LF, PAKAI BAJU BERGAMBAR ATAU YANG ADA TULISAN SEMASA SOLAT BUKAN SAHAJA MENGGANGGU JEMAAH TETAPI JUGA BERKAIT DENGAN ADAB KITA SEMASA BERSOLAT. KITA MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK SELAYAKNYA DALAM URUSAN KITA MENGADAP ALLAH YANG MENJADIKAN KITA DAN SELURUH ALAM! LAIN PULA HALNYA BILA MENGADAP PEMIMPIN NEGARA UMPAMANYA. BIJAK PULA BERPAKAIAN SOPAN-SANTUN. TIDAK ADA GAMBAR/TULISAN PADA PAKAIAN! TETAPI MENGAPA PULA, KITA SEMACAM BERLAGAK SOMBONG DENGAN TIDAK AMBIL TAHU TENTANG KESOPANAN PAKAIAN BILA MENGADAP ALLAH ? FIKIRKAN !

32 comments:

Sharinginfoz says:
at: 14 September 2010 10:33 pm said...

jangan mengganggu sudah le

ibuintan says:
at: 14 September 2010 10:43 pm said...

salam Dato,
betullah kebanyakkan anak muda terutamanya memang suka memakai baju T yang bertulis dan bergambar macam-macam... begitu juga dua anak lelaki saya, mereka berdua bersolat sememangnya memakai baju T yang bertulis, tapi rasanya bukan baju bergambar haiwan atau manusia...

namun kalau tak silap makruh kalau memakai baju yg bertulis atau bergambar di belakang sewaktu solat, terutama solat berjemaah takut mengganggu tumpuan jemaah di belakang kita..

Rozali says:
at: 14 September 2010 10:56 pm said...

Salam Aidil Fitri LF

ada setengah ustaz kata makruh
dari segi lojik memang menggagu jemaah lain

Wassalam

al-lavendari says:
at: 14 September 2010 11:13 pm said...

salam.

saya memang tidak selesa betul kalau pakaian orang di depan kita ada bertulis. eloknya pakailah yang 'plain' sahaja semasa sembahyang. tentang hukum saya tak berani nak jawab.

mungkin AJK Masjid atau Surau boleh letak notis menghalang jemaah yang baju bertulis dari memasuki Masjid atau surau.

luahfikiran says:
at: 14 September 2010 11:25 pm said...

SALAM SHARING,
OK. TULISAN DAN GAMBAR2 YANG TIDAK BAIK JUGA RASANYA TAK BOLEH.

luahfikiran says:
at: 14 September 2010 11:28 pm said...

SALAM,
SAMA JE KITA NI. ANAK LF YANG BONGSU TU SUKA PAKAI BAJU YANG MACAM INI. PENAT JUGA MULUT INI MENGINGATKAN DIA !

luahfikiran says:
at: 14 September 2010 11:30 pm said...

SALAM ROZALI,
KALAU TULISAN ATAU GAMBAR YANG TAK ELOK TU MUNGKIN TAK BOLEH LANGSUNG ! HUKUM MAKRUH NI MEMANG SELALU LF DENGAR

luahfikiran says:
at: 14 September 2010 11:32 pm said...

SALAM AL,
LF JUGA TAK SELESA DAN RIMAS. KONSENTRASI KITA TERGANGGU. CADANGAN AL INI AMAT BAGUS !

Bro Bayu says:
at: 15 September 2010 12:04 am said...

Assamualaikum LF..wah LF ni raya2 pun sempat mengemaskini blog, memang rajin...saya sekadar melawat2 rakan2 bloggers dan meningkatkan ilmu daripada pembacaan2 di blog2 ni. Hukum baju T yang ade perkataan2 ni memang makruh dan sebagai Muslim yang inginkan kesempurnaan terutamanya ketika bersolat, perkara2 seperti ini mestilah dijauhi sebab ketika bertemu Allah, biarlah pakaian kita ni selain bersih dan suci, sesuai dan tidak menganggu kekhusyukkan ibadat kita dan jemaah yang lain..brobayu ade pengalaman tentang perkara ini. Pada sesi orientasi tahun lepas, seprti biasanya, pelajar baru dikehendaki untuk melakuakn qiammullail secara beramai2..brobayu pun join bersama2 mereka..ketika solat (didalam keadaan lampu yang malap)..konsentrasi ibadat terganggu seketikan bilamana pelajar yang solat dihadapan brobayu memakai t-shirt yang tertulis "I LOVE JESUS" dibelakangnya..aduh, ini parah..jadi selesai shaja selepas selesai solat, bbrobayu memanggil pelajar berkenaan dan bertanya adakah dia tahu maksud "jesus" ..dia tidak tahu apa2..masyallah golongan remaja masa kini...jadi brobayu menjelaskan kepadanya dan menyuruhnya supaya menukar t-shirt itu dan menasihati agar tidak dipakai atau disimpan baju seperti itu...Jesus pada erti pemahaman kita memanglah bermaksud Nabi Isa tapi yang tertulis di ts-hirt berkenaan jelas menunjukkan jesus itu Tuhan bagi orang kristian...moga kita perhatikan t-shirt yang ahli keluarga kita pakai..disebabkan t-shirt2 ini dijual meluas di malaysia..ade yang memuja syaitan, ader yang memaparkan tentang dadah sebagai benda yang positif, yang berunsur lucah dan sebagainya..wassalam

GaDis CoMeL says:
at: 15 September 2010 12:10 am said...

pakai je baju pagoda, plain color with no picture and design on it. keh3x

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 12:37 am said...

SALAM,
ITULAH ORANG SEKARANG NI AMBIL MUDAH DAN FIKIR PANJANG. SECARA LOJIK KITA TAHU, PAKAIAN KENA BERSIH DAN BERSOPAN KERANA KITA NAK MENGADAP ALLAH DAN KITA TAK MAHU JEMAAH LAIN TERGANGGU. ADA PULAK TU DENGAN MANUSIA PAKAIANNYA CUKUP JAGA TETAPI DENGAN ALLAH AMBIL ADA.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 12:42 am said...

SALAM BRO BAYU,
KITA SEHARUSNYA BERKONGSI INFO DALAM APA SAHAJA PERKARA YANG BAIK. SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMUDAHKAN URUSAN KITA.

Idalara says:
at: 15 September 2010 12:44 am said...

Salam LF
kan lebih eluk nak mengadap Allah pakai yg cantik2 dan wangi2..bukan pakai seadanya dgn tulisan bagai di baju...baju melayu tu kan tkde apa2 tulisan..

zulkbo says:
at: 15 September 2010 1:02 am said...

salam saudara..
saya setuju dengan bro bayu
kadangkala mereka ini tidak tahu
tentang hukum jadi sebagai orang
yang tahu sebaiknya kita tarbiyah
mereka..remaja kebanyakan begini..
tapi alhamdulillah ....mereka
masih juga hendak dekat dengan islam
sebagai jalan berdakwah secara tidak
langsung bagi kita yang faham sudah jatuh
wajib menegur mereka..wallahualam..

Bro Bayu says:
at: 15 September 2010 3:43 am said...

assalamualaikum LF, agreed with your opinion about our dress when performing solah...we supposed (even "must") wear the best clothes when we worship Him..that's the sunnah of our Prophet. we cannot what LF said "ambil ada" when we pray..

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 5:53 am said...

SALAM IDALARA,
BETUL SANGAT SDRI IDALARA. DALAM HUBUNGAN SESAMA MANUSIA, KITA CUKUP JAGA DAN KADANGKALA "OVERDO" PULA. TETAPI DENGAN ALLAH YANG MENCIPTA KITA INI, KITA AMBIL MUDAH TERUTAMA DALAM SOAL PAKAIAN SEMASA BERSOLAT. KITA SAMA2 CUBA PERBETULKAN PERKARA INI.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 6:03 am said...

SALAM ZULKBO,
YA, KITA TARBIAH MEREKA. KITA DEKATI MEREKA, KITA MEMAHAMI MEREKA, KITA IKTIRAF DAN KITA HARGAI PERKARA BAIK YANG MEREKA TELAH LAKUKAN. KEMUDIAN SECARA BERHEMAH DAN PENUH KESABARAN, KITA TUNJUKKAN MEREKA JALAN YANG SEPATUTNYA, DAN KITA BERDOA AGAR ALLAH MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA. APAPUN, KITA MESTI AMBIL INGATAN BAHAWA KITA AKAN PASTI MENGHADAPI PELBAGAI DUGAAN DAN CABARAN DALAM MELAKSANAKAN USAHA KITA INI.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 6:09 am said...

SALAM BRO BAYU,
TERIMA KASIH, KITA SEMUA BERSAMA DALAM ISU INI. APAPUN, KITA MULAKAN DENGAN DIRI KITA, KEMUDIAN KELUARGA KITA DAN SETERUSNYA JIRAN DAN MASYARAKAT. KALAU KITA NASIHAT DAN BIMBING ANAK ORANBG, MAKA KAWAN2 KITA DAN JIRAN PULA NASIHAT DAN BIMBING ANAK KITA

Abd Razak says:
at: 15 September 2010 6:39 am said...

Salam...

Sebaiknya hendaklah kita berhias dengan memakai pakaian yang terbaik ketika hendak solat..

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 7:45 am said...

SALAM AR,
TERIMA KASIH. HARAP KITA AMBIL INGATAN DARIPADA BASIHAT AR INI. KITA LAKUKAN !

Azmi says:
at: 15 September 2010 10:19 am said...

setuju dgn LF yang ramai orang bila nak jumpa pemimpin bukan main lagi baju melawa..tpi nak jumpa Allah,ada jugak yg tak berbaju..dan kalau yang berbaju pulak penuh gambar2,,,

Pencacai Alim says:
at: 15 September 2010 10:40 am said...

makruh je hukumnya..tapi kalau tulisan tu memberi makna yg buruk atau gambar lambang agama lain dan seumpamanya hukumnya haram

adalah elok jika diterbalikkan baju tu utk sembahyang berjemaah utk mengelakkan org belakang tidak khusuk..kalau sembahyang berseorangan hukumnya harus..kalau tak betul harap maaf.. :)

Kancilbiru says:
at: 15 September 2010 10:42 am said...

kalau ppuan tak pa sbb pakai telekung kan, yang lelaki tu la..kekadang boleh terbaca pulak..:P

Temuk says:
at: 15 September 2010 10:54 am said...

Salam LF
Ustaz-ustaz kita memang biasa kata makruh. Apa agaknya pendapat imam-imam lain spt Imam Hanbali atau Maliki, ya?

Memang kita mudah tergamit dek tulisan atau gambar pada belakang baju. Ada masanya, cap "Gajah Duduk" atau "Mangga" kat bawah kain pelikat pun menarik perhatian!

Mungkin kerana itu kita diminta menumpukan mata kepada tempat sujud. Tapi hati tetap berkata-kata ....

Werdah says:
at: 15 September 2010 12:03 pm said...

Salam Luah Fikiran

Saya setuju dengan sdr Abd Razak.. nak menghadap Allah seharusnya pilih pakaian yang bersih dan bukan yang boleh mengganggu perasaan

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 1:31 pm said...

SALAM AZMI,
BETUL TU. ITULAH YANG BERLAKU PADA SESETENGAH ORANG KITA NI ! KITA BOLEH BERUBAH KALAU KITA MAHU BERUBAH !

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 1:33 pm said...

SALAM PENCACAI ALIM,
TERIMA KASIH ATAS ULASAN. BETUL CADANGAN SDR. DAN IA TIDAK ADA MASALAH UNTUK DILAKUKAN.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 1:35 pm said...

SALAM KANCILBIRU,
MACAM MANA KALAU KUMPULAN WANITA BERJEMAAH DI BELAKANG KUMPULAN JEMAAH LELAKI (DI SURAU ATAU MASJID). MEMANG BOLEH NAMPAK TU. TERGANGGU KONSENTRASI KITA.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 1:38 pm said...

SALAM TEMUK,
YA SDR TEMUK. MACAM MANA PULA PANDANGAN GOLONGAN MAZHAB LAIN? TENTANG CAP MANGGA DAN GAJI DUDUK TU MEMANG LF PERASAAN SANGAT. ORANG BELAKANG BOLEH BACA. MUNGKIN ADA YANG BERPANDANGAN YANG GAMBAR CAP SEKECIL ITU TAK APA. WALLAHUALAM !

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 1:39 pm said...

SALAM WERDAH,
LF JUGA SETUJU DENGAN SDR RAZAK DAN SDRI WERDAH. TERIMA KASIH ATAS ULASAN

Miecyber says:
at: 15 September 2010 6:08 pm said...

Perkara ini memang berlaku di dalam masyarakat kita.
Jadi berhati-hatilah sebelum membeli baju....

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 7:44 pm said...

SALAM MIECYBER,
KITA SAMA2 BERHATI. ANAK2 JUGA AKAN KITA CUBA PERINGATKAN.

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan