Content

.

.

.

.

.
15 Sep 2010

MARI KITA PERANGI SYAITAN ! SYAITAN HANYA MAHU MENYESATKAN KITA ! KITA DIHASUT, DIBISIK DAN DIGODA !

                                             API ! API ! API ! MEMBAHANG PANAS !

Syaitan sentiasa berusaha membawa manusia supaya terlibat dalam permusuhan dan kebencian, dan menjadikan manusia agar mengikut kesesatannya. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 169, dengan maksud:

“Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya)”
 
PERANAN JAHAT SYAITAN;
 
Peranan jahat syaitan sudah jelas. Untuk mencapai hasrat durjananya itu, syaitan antara lainnya:
 
1.Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu."(Surah Al-Maidah, ayat 91).
 
2.Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan."
 
3.Menyuburkan sikap tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: "Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak." (Ibnu Jauzi).
 
4.Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka." (Hadis riwayat Bukhari).
 
5.Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud:
 
"Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisa', ayat 60).
 
6.Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud:
 
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui."(Surah Al-Baqarah, ayat 169).
 
7.Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamumelakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui."(Surah Al-Baqarah, ayat 169).
 
8.Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah  maka syaitan adalah teman yang  selalu bersamanya."(Surah Az-Zukhruf, ayat 36).
 
 
9.Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat." (Surah Al-Haj, ayat 3).

BENTUK BISIKAN, GODAAN DAN HASUTAN SYAITAN

Syaitan menggunakan pelbagai kaedah termasuklah bisikan, godaan dan hasutan untuk menyesatkan manusia. Bisikan, godaan dan hasutan syaitan yang berjaya dapat dilihat dan terpancar dalam bentuk perkataan dan perbuatan manusia itu sendiri. Contoh-contoh berikut menjelaskan apa yang dimaksudkan:

(1). "Ah, tak apa"

(2). "Alah, buka sikit je. Bukannya ada apa-apa pun"

(3)."Ha, tak jadi apa-apa kan kalau dedah sikit?"

(4). “Solat sekejap lagi. Ada lagi masa”  - Solat ditangguh dan dilengahkan apabila tiba saat menunaikan solat.

(5). “Dia tu suka mengadu hal kita kepada boss” . Syaitan amat gembira apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain. Syaitan faham sangat-sangat sikap bersangka buruk ini akan menyebabkan berlaku salah faham dan terputus hubungan silatulrahim sesama manusia. 

(6). “Semua manusia mempunyai hak masing-masing, jadi manusia bebas mengamalkan cara hidup mereka.”
Kalau dituruti bisikan syaitan ini, maka orang Islam yang ingin murtad tidak perlu dihukum. Begitu juga lelaki dan wanita bebas berkahwin dengan pasangan sejenis mereka.

(7). “Semua agama menuju pada keamanan dan kebenaran, jadi semua agama adalah benar.”

(8). “Masa muda ialah masa untuk enjoy, dah tua nanti baru bertaubat, kerana taubat waktu muda-muda, nanti buat dosa balik.”

(9). “Jangan sebut pasal mati, tak elok, nanti mulut masin” (yakni meyakini kata-kata seseorang yang boleh menyebabkan kemudaratan dan secara tidak langsung mengingkari takdir).

(10). Gangguan iblis dan syaitan juga sering berlaku ketika seseorang itu sedang mengambil air sembahyang. Perasaan was was yang menyelinap dalam diri seseorang itu menyebabkan orang yang berkenaan mengulangi bacaan niatnya berkali-kali, membasuh anggota wuduk berkali-kali, terasa air tidak sampai pada kulit anggota wuduk, tidak tiba pada hujung dahi, tepi telinga dan sebagainya. Terasa juga air tidak sampai pada celah-celah kuku dan sebagainya.

(11). TERDAPAT SEBUAH RENCANA YANG AMAT AMAT AMAT BAIK (3X) YANG MENCERITAKAN BAGAIMANA SYAITAN MEMPENGARUHI GOLONGAN WANITA BERHUBUNG DENGAN SOAL TUTUP AURAT. DALAM RENCANA TERSEBUT, TERDAPAT LAKONAN DIALOG ANTARA MANUSIA DENGAN SYAITAN.  LF PERCAYA RAMAI YANG SUDAHPUN MEMBACANYA! APAPUN, LF MAHU BERKONGSI RENCANA TERSEBUT DENGAN PARA PEMBACA BUDIMAN. LF AKAN SIARKAN SEMULA “RENCANA YANG MESTI DIBACA ITU” DALAM KELUARAN ENTRI BERIKUTNYA. NANTIKAN SIARANNYA !

BAGAIMANA MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA GODAAN SYAITAN?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia menjadi penghuni neraka” (Surah al-Fatir, ayat 6).

Apakah caranya untuk melawan tipu daya iblis yang jahat dan licik ini? Disarankan,  antara caranya:

(1). Menuntut ilmu. Lengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain kemudian baru ilmu-ilmu yang lainnya dan tanamkan sikap benci menjadi jahil

Firman Allah swt dalam Surah Al Hajj, ayat 54 yang bermaksud:

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”

(2). Berdoa agar jauh dari kesesatan.

Allah swt berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 186 yang membawa maksud:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(3). Bersatu hati sesama umat Islam serta berzikir dan sentiasa mengingati Allah yang Maha Penyayang dalam memerangi musuh dari kalangan syaitan jenis manusia dan jin.

Dalam Surah Al Anfaal, ayat 45, Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

(4).Sentiasa mengingati mati.

Dalam Surah Az Zumar, ayat 42, Allah swt berfirman yang membawa maksud:

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

KESIMPULAN

Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah. Mereka (syaitan) tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menghasut dan membisikkan sahaja. Sehubungan dengan ini, Allah swt ada berfirman dalam Surah An Nisaa’ , ayat 76 yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah”

Serta ingatlah kita adalah umat terpilih, umat Nabi Muhammad saw. Allah swt berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 139, yang membawa maksud:

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

TAMBAHAN:

TULISAN ENTRI INI BERSANDARKAN KEPADA RUJUKAN AL-QURAN DAN RENCANA-RENCANA TULISAN PELBAGAI PIHAK. UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PENULIS RENCANA BERKENAAN. LF MOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MENYEBUT SEMUA NAMA MEREKA DI DALAM ENTRI INI. LF MENDOAKAN ALLAH SWT AGAR MEMBERIKAN SEGALA GANJARANNYA KEPADA MEREKA INI. AMIN ! 

LF KURANG ARIF DALAM HAL-HAL AGAMA INI. LF SEDANG BELAJAR DAN AKAN TERUS BELAJAR DAN BELAJAR.  LF MENGALU-ALUKAN PANDANGAN, KOMEN, PEMBETULAN (JIKA ADA), DAN PENAMBAHBAIKAN KEPADA ENTRI INI. TERIMA KASIH.

30 comments:

Amieynna Amin says:
at: 15 September 2010 1:31 pm said...

saya paling tak suka rasa was2..
tapi memang selalu je rasa..
kadang2 kena buat 2,3 kali baru yakin..
semoga kita dpt menghindarkan bisikan2 syaitan ni,,

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 2:16 pm said...

SALAM AMIE,
SAMA2 KITA NI. LF JUGA SERING BERHADAPAN DENGAN WAS-WAS NI. MEMANG KERJA SYAITAN NI. KITA DISURUH BERDOA SEBELUM MASUK DAN SELEPAS KELUAR TANDAS (KALAU KITA AMBIL AIR SEMBAHYANG DI DALAM BILIK AIR). NAMPAKNYA LF KENA AMAL DOA INI, AMIE

LiFe KaMi says:
at: 15 September 2010 2:18 pm said...

Betul tu bro,syaitan tidak pernah putus asa menghasut anak2 adam, jadi kita kena sentiasa mendekati diri dengan Allah SWT supaya dijauhi dari bisikan dan godaan Syaitan Laknat..

gadisBunga says:
at: 15 September 2010 2:31 pm said...

ramai juga manusia perangai mcm syaitan skrg ni kan?

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 2:42 pm said...

SALAM LK,
SETUJU SANGAT2. KITA CUBA, KITA CUBA DAN KITA LAWAN DIA !

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 2:45 pm said...

SALAM GB,
MEMANG ADA! PERNAH TERBACA SEBUAH RENCANA YANG MENYEBUT TENTANG SYAITAN MANUSIA ! DIA NI MANUSIA MACAM KITA TETAPI BERPERANAN MACAM SYAITAN YANG CUBA NAK MENYESATKAN ORANG.

Rozali says:
at: 15 September 2010 2:46 pm said...

Salam Aidil Fitri LF

Insyaallah, kita boleh menang berlawan dgn syaitan
tapi
akan kencundang dgn tipu daya syaitan

Wasssalam

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 3:26 pm said...

SALAM ROZALI,
ITU YANG KITA CUBA LAKUKAN. KALAU KITA MENGIKUTI JALAN KEBENARAN, KITA TIDAK AKAN KESAORANGAN. ALLAH AKAN BANTU KITA, INSYAALLAH.

ahmad humairi says:
at: 15 September 2010 3:45 pm said...

salam almubarak di aidilfitri,

Api lawannya air. Basahi api kemarahan dengan air sembahyang. Ambillah wuduk dengan sempurna, insyaAllah boleh meredakan api yang marak. Api boleh padam, bisikan syaitan akan terhapus, insyaAllah.

Yati says:
at: 15 September 2010 4:10 pm said...

Kita BOLEH sebenarnya nak lawan syaitan ni. Kena yakin dalam hati. Insya-Allah... boleh..! Apa-apa pun, kena ingat yang Allah sentiasa bersama hamba Nya.
Entri yang penuh info, LF.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 4:27 pm said...

SALAM CIKGU AHMAD HUMAIRI,
WUDUK YANG SEMPURNA, ITU YANG KITA CUBA NAK LAKUKAN. INSYALLAH, CIKGU

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 4:28 pm said...

SALAM YATI,
BERUSAHA, BERISTIQAMAH DAN BERSERAH KEPADA ALLAH. INSYAALLAH, ALLAH ITU MAHA PENYAYANG, ALLAH AKAN BERSAMA KITA!

Miecyber says:
at: 15 September 2010 6:05 pm said...

Perlu kekuatan diri untuk melawan syaitan nie...

Sharinginfoz says:
at: 15 September 2010 6:19 pm said...

sama-sama le kita jauhi daripada syaitan yang dilaknat

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 7:41 pm said...

SALA MECYBER

SANGAT SETUJU TERUTAMA DALAM HUBUNGAN KITA DENGAN SYAITAN. SEMOGA KITA DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK MENOLAK BISIKAN2 SYAITAN INI.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 7:42 pm said...

SALAM SHARING,
SAMA2 KITA BERUSAHA DAN SAMA2 KITA MEMBINA KEKUATAN KEROHANIAN DIRI KITA.

piewahid says:
at: 15 September 2010 8:55 pm said...

salam Dato'
n3 yg sungguh baik. tahniah & t kasih.

luahfikiran says:
at: 15 September 2010 9:26 pm said...

SALAM PW,
KITA SALING-MEMBANTU DALAM MENUJU JALAN ALLAH SWT.

ikan emas says:
at: 15 September 2010 9:51 pm said...

salam,

iblis dan syaitan memang telah bertekas sehingga ke hari kiamat mereka akan berusaha mengoda manusia.

Semoga kita sentiasa diberi perlindungan dan syaitan yang direjam !

sayangsayangibu says:
at: 15 September 2010 10:37 pm said...

salam lebaran buat LF sekeluarga

syaitan memang berazam untuk menyesatkan umat manusia sehingga menuju ke akhir zaman
semoga kita semua dijauhkan daripada mengikut telunjuk syaitan

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o says:
at: 15 September 2010 11:48 pm said...

g ambik wuduk...

aby says:
at: 16 September 2010 12:48 am said...

Mentaati segala perintahnye dan meninggalkan segala larangannye.

yg pasti, kunci dan rahsia kelemahan syaitan adalah keimanan dan ketakwaan kite kpd allah swt. jika jahil dan iman tidak mantap pasti syaitan dgn mudah memperdayakan kite ....
gitu kot ....

luahfikiran says:
at: 16 September 2010 12:49 am said...

SALAM IE,
IBLIS SENTIASA TANPA HENTI AKAN CUBA MENGGODA KITA. KITA PULA TANPA HENTI JUGA MESTI MENGUKUHKAN KEIMANAN KITA. KITA SAMA2 USAHAKAN, IE.

luahfikiran says:
at: 16 September 2010 12:55 am said...

SALAM SAYANG SAYANG IBU,
MEMANG BENAR APA YANG DIKATAKAN. IBLIS TIDAK AKAN JEMU DENGAN TUGAS DURJANANYA. JIKA KITA LALAI, KITA AKAN TERPERANGKAP. MOHON KEPADA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA

luahfikiran says:
at: 16 September 2010 1:00 am said...

SALAM B.R.U.T.A.S.O.L.O
BETUL DAN LF HORMATI SARANAN SDR. BERWUDUK BUKAN UNTUK SOLAT SAHAJA.

luahfikiran says:
at: 16 September 2010 1:03 am said...

SALAM ABY,
BETUL SANGAT APA YANG ABY KATAKAN. BERIMAN DAN BERTAQWA SEBAGAI PENDINDING KITA. SYAITAN PASTI GAGAL.

nidus2 says:
at: 16 September 2010 1:47 am said...

Pesanan Ahli Sufi Ibrahim Adham,
"Kamu mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kamu mengikuti jejak dan perintahnya".
( Petikan dari 10 sebab doa ditolak )

luahfikiran says:
at: 16 September 2010 5:17 am said...

SALAM PAK NIDUZ
TERIMA KASIH ATAS INFO INI. MOGA DIJAUHI OLEH ALLAH SWT BISIKAN DAN GODAAN SYAITAN INI.

Abd Razak says:
at: 16 September 2010 7:12 am said...

Salam...

Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

luahfikiran says:
at: 16 September 2010 7:34 am said...

SALAM USTAZ AR,
TERIMA KASIH ATAS ULASAN YANG MEMANG LF NANTI-NANTIKAN DARIPADA USTAZ AR. BANYAK INFO TAMBAHAN YANG LF PEROLEHI. TERIMA KASIH

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan