Content

.

.

.

.

.
24 Sep 2010

MARI KITA MEMBACA AL QURAN ! TAK TAHU, KITA BELAJAR ! MENGAPA PERLU MALU ?



Sebagai mukmin yang mengaku beriman kepada Allah, kita sewajarnya berusaha mendekati Al Quran. Budaya membaca, kemudian memahami dan seterusnya  menghayati Al Quran patut dijadikan sebagai agenda kehidupan setiap Muslim. 

Ketika khutbah Haji Perpisahan, Rasulullah saw berucap (seperti diriwayatkan Al-Hakim bersanadkan Ibnu Abbas): “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian (satu peninggalan berharga), seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.” Hadis ini memberi pengertian yang cukup jelas mengenai kepentingan mendekati Al Quran dan ajaran peninggalan Rasulullah serta berpegang teguh kepadanya.

KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN

Allah swt memberikan ganjaran yang amat besar kepada mereka yang mendekati Al Quran. Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran pada hal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim)

Al Quran adalah kalamullah.  Keutamaannya atas segala perkataan seperti keutamaan Allah swt atas seluruh makhlkukNya. Membacanya adalah amalan yang paling utama dilakukan secara lisan. Keutamaan mempelajari, mengajar dan membaca Al Quran dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.  Rasulullah  saw bersabda dengan maksud “Sebaik-baik kalian adalah siapa yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya”. 

Pahala membacanya  dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi yang bermaksud “Siapa saja membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Quran), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya”. 

Dalam sebuah hadis yang lain, hadis riwayat Muslim, Rasulullah saw telah bersabda, yang bermaksud  “Bacalah oleh kalian Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafa’at bagi yang membacanya.” 

Berbicara lagi tentang kelebihan membaca Al Quran, Allah swt ada berfirman dalam Al Quran, Surah Ash-Shad, ayat 29, yang bermaksud: 

“(Al-Quran ini) Sebuah kitab yang kami turunkan kepada mu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”

Al Quran adalah sebuah kitab yang harus dibaca, bahkan dianjurkan untuk dijadikan bacaan harian. Membacanya sahaja sudah dinilai oleh Allah swt sebagai ibadah. Pahala yang Allah swt berikan bukan dihitung per kata atau per ayat, tetapi per huruf. Sehubungan dengan ini, Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At Tirmidzi, dengan maksud:

“Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, namun Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim stu huruf”. 

Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al Quran adalah amat perlu dititikberatkan karena melalui Al Quranlah Allah memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk mencapai keredhaan dan keselamatan. Dan kerana Al Quran pula Allah mengeluarkan hamba-hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.  Oleh itu Allah swt mengangkat dan memuliakan orang yang suka membaca Al Quran

Rumusannya, Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk ke jalan yang lurus, cahaya dan pembersih hati, peringatan, rahmat kepada yang mengamalkannya penyembuh penyakit rohani dan jasmani, pemberi khabar gembira kepada orang yang beriman, pemberi ancaman kepada orang yang ingkar, hujjah dan syafaat kepada pembaca yang menunaikan haknya serta meninggikan darjat ahlinya di dunia dan di akhirat.

HENDAK BELAJAR BACA AL QURAN TETAPI MALU

Malu memang dibenarkan dalam Islam. Malu untuk melakukan dosa, malu untuk mengkhianati ALLAH dan Rasul-NYA dan malu untuk melanggar syariat yang ditetapkan. Tetapi, malu untuk mempelajari al-Quran tidak menepati maksud malu yang disyarakkan oleh ALLAH. Nabi s.a.w sendiri seorang pemalu. Tetapi, baginda tidak pernah malu untuk menyampaikan kebenaran walaupun dipukul, disakiti dan dikeji.

Malu untuk melakukan amal soleh bererti malu untuk mengumpulkan mata ganjaran pahala yang diberikan oleh ALLAH selagi masih bernyawa. Tidak berfaedah seseorang ingin mempelajari al-Quran apabila saat ajal sudah tiba atau sewaktu usia telah lanjut. Bahkan, ketika itu lidah sudah menjadi kelu.

Untuk menjelaskan lagi isu malu membaca Al Quran ini, LF membuat petikan soaljawab yang termuat dalam satu forum perbincangan (klik sumber). Seorang pembaca membuat pengakuan bahawa beliau tidak pandai membaca Al Quran. Beliau ingin sangat mendapatkan pertolongan untuk membimbingnya membaca Al Quran. Tetapi perasaan malunya menghalang beliau memenuhi hasrat tersebut. Pertanyaan si pembaca berkenaan ini telah mendapat respons/ulasan daripada penjenguk ruang forum berkenaan.  Mungkin ada antara respons ini boleh dijadikan panduan kepada para pembaca yang merasa malu untuk belajar membaca Al Quran.

PERTANYAAN DALAM FORUM: Askm, Saya ada sikit masalah....saya tidak pandai baca quran.....saya nak minta tolong pada orang tapi saya malu...saya nak sangat baca quran....saya tak nak hidup saya kosong ....boleh bagi tips tak...tolonglah.

ANTARA RESPONS YANG DITERIMA:

Respons 1 : Waalaikumussalam. Bagus! punya niat yang tulus murni. Jangan malu untuk menuntut ilmu. InsyaAllah pasti ada jalannya. 

Dari pemerhatian yang pernah saya lihat. Kaedah pembelajaran ada pelbagai gaya. Begitu juga cara guru2 yang mengajar. Ada sebahagiannya saya pernah melihat satu situasi di mana ada murid yang sudah berumur mahu belajar tapi malu. So ustaz ni ajar dia mengaji di satu bilik khas.

Pastinya jika perempuan bergurulah dengan ustazah dan lelaki berguru dengan ustaz. Takpun di masjid2, rasanya memang ada sesi belajar membaca al-Quran.

Punya niat yang baik teruskan jangan malu2. Ok

Respons 2: Sy pun lebih kurang sama dalam situasi saudara, saya pun tak pandai membaca al -quran tetapi saya sentiasa berusaha dan cuba yang terbaik yang saya mampu. mungkin saudara boleh cuba beberapa teknik yang saya cuba utk mengaji al - quran walaupun bukan yang terbaik. teknik2 tersebut ialah:

-dapatkan bantuan ustaz/ kawan yang boleh bantu anda mengaji

- dapatkan buku muqaddam / iqra yang dalam bahasa arab dan bahasa rumi. semua buku yang sy membeli, saya akan pastilkan ia dwibahasa ( bahasa arab / bahasa rumi)

- mungkin boleh beli e- quran ( eletronik quran) agar anda sentiasa boleh mendengar dan mengikut sekali bacaan yang sentiasa anda boleh ke mana -mana shj.   

- pada mulanya, mula daripada bawah ( mengenali surah yang kecil dulu dan kemudian hafal satu persatu, selepas itu baru ke surah yang lebih besar)

-selalu berdoa agar Allah memudahkan saudara mengaji.

ini adalah tips dan teknik saya mengaji quran atau cuba mengaji. kadang- kadang saya juga rasa tertekan selepas 4 tahun memeluk agama islam masih pada tahap merangkak lagi tetapi saya tidak malu atas kelemahan itu sbb allah tahu tgh berusaha.

Respons 3: Cadangan….Banyakkan dengar bacaan Al Quran dari mp3 dll mungkin kalau segan cari ustaz di masjid, boleh juga mintak kawan2 ajarkan..kawan yang kita senangi..insyaallah dorg sudi bantu..atleast terangkan bab tajwid..

Respons 4: Nak pandai baca al Quran kena berguru. Takde jalan lain. Kita boleh tahu hukum-hukum tajwid melalui pembacaan (dalam buku, internet dsb), tetapi cuma dengan berguru sahaja kita boleh tahu apa kesalahan yang kita lakukan.

Respons 5: Askm, saudara masih minat kpd Al-quran... Quran ni kalau kita suka kat dia...dia akan hmpir kpd kita... Jangan malu dalam belajar...

LF pernah dengar cakap-cakap yang menyatakan kalau tak faham apa yang dibaca (Al Quran), maka tak payahlah kita menghafalnya. Tak ada faedahnya ! Bagi LF, pandangan yang sebegini boleh melemahkan semangat untuk mereka yang telah lama meminggirkan Al Quran untuk kembali belajar membaca Al Quran. Cuba bayangkan apakah reaksi golongan ini (kaki mabuk, kaki disko dan kaki judi sebagai beberapa contoh)  apabila diberitahu kepada mereka “Kalau nak hafal Quran, kena faham dulu kandungannya” . Mereka yang mula bersemangat bertukar menjadi tidak bersemangat, dan mahu menjadi tidak mahu. Mereka akan merasakan agama Islam itu berat dan membebankan. Walhal Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Bukankah lebih baik kalau usaha menggalakkan Muslimin membaca Al Quran ini dilakukan secara berperingkat ?  

Bagi pendapat LF, tak semestinya nak tunggu faham isi kandungan al-Quran baru nak hafal al-Quran. Sebabnya menghafal insyaAllah akan diberikan ganjaran yang lain dan mengamalkan pula akan mendapat ganjaran yang lain. Mungkin melalui hafalan yang dilakukan itu akan membuatkan hati si penghafal terlintas pula untuk mengetahui apa yang dihafalnya.

Di pasaran, terdapat CD bacaan Al Quran dan bacaan iqra yang boleh membantu kita membaca Al Quran. Setelah mampu menguasai sedikit asas-asas bacaan al-Quran atau diistilahkan sebagai 'mengenal huruf', kita setrerusnya berusaha pula mencari guru al-Quran yang bertauliah atau benar-benar menguasai bacaan al-Quran. Dengan adanya guru, kesilapan bacaan (tajwid) dapat dibetulkan. Guru akan memperbetulkan bacaan seperti idgham (degung), tebal, nipis dan sebagainya.
Selamat Membaca !

TAMBAHAN:

LF KURANG ARIF DALAM HAL-HAL AGAMA INI. LF BUDAK BARU BELAJAR, KALAU SALAH, TOLONG TUNJUKKAN ! LF MENGALU-ALUKAN PANDANGAN, KOMEN, PEMBETULAN (JIKA ADA), DAN PENAMBAHBAIKAN KEPADA ENTRI INI. TERIMA KASIH.

55 comments:

ana says:
at: 23 September 2010 at 21:20 said...

bos ana pernah kata "klu dlm rumah tak ada sebuah al quran, malu klu mengaku Islam"...

Abd Razak says:
at: 23 September 2010 at 21:26 said...

Salam...

Al-Quran adalah mukjizat kekal utk kita semua hingga ke hari qiamat...jagalah ia sebaik mungkin jgn sampai ianya lari kembali kepada Allah.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W., "Tidak berlaku qiamat sehinggalah al-Quran itu kembali kepada Allah seperti mana ia datang. Kedengaran padanya dengungan seperti dengung suara lebah, lantas Allah Taala bertanya kepadanya marah : Kenapakah pula kamu kembali kepada aku? Maka al-Quran menjawab : Wahai tuhanku, daripada mu aku datang dan kepada mu juga aku kembali, aku dibaca tidak diamalkan dan aku dibaca tidak diamalkan."

makdara TERDIVA says:
at: 23 September 2010 at 21:46 said...

salam LF, sikit pun tak de rasa malu nak belaja quran..dan ingat nak asah skill tentang tajwid yg byk dah terbabas..

alhamdulilah anak2 rebina saya dah pandai baca quran dan harap benda2 yg elok diteruskan sampai bila2..

luahfikiran says:
at: 23 September 2010 at 21:53 said...

SALAM ANA,
KALAU ADA TAPI TAK DIBACA JUGA TAK BERFAEDAH. SAMA2 KITA MEMBACANYA DAN MEMAHAMI DAN MENGAMALKANNYA

luahfikiran says:
at: 23 September 2010 at 21:54 said...

SALAM USTAZ A RAZAK,
TERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH . LF AMBIL MAKLUM

luahfikiran says:
at: 23 September 2010 at 21:55 said...

SALAM MTD,
ALLAH AKBAR, BAGUS TU MTD. TERUSKAN. KITA CUBA FAHAMI KANDUNGANNYA, DAN KITA AMALKAN

Afida Anuar says:
at: 23 September 2010 at 22:46 said...

Salam LF..alhamdulillah, bila sudah mengusai bacaan al-Quran, kita kuasai pula maknanya....insyaAllah...

bagi saudara yang bertanya tu, usah malu. Saya ada terbaca kisah,seorang professor...yang sudah berusia 40lebih. Tapi baru hendak belajar membaca Al-Quran. Bayangkan dia bermula dengan buku iqra yang beberapa jilid tu, dan diajar oleh anaknya yang sekolah rendah....subhanaAllah...

lama-lama..dia pandai membaca al-Quran, atas bimbingan isteri dan belajar dgn seorang ustaz..kalau tak silap.

Al-Quran, selangkah kita mendekati dia, 10 langkah dia mendekati kita...insyaAllah moga2 di akhirat kelak, al-quran akan menjadi salah satu penjamin kita untuk berbahagia di sana..waAllahualam..

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 01:34 said...

SALAM AFIDA,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. KATA2 1 DAN 10 LANGKAH ITU CUKUP SESUAI.

sahromnasrudin says:
at: 24 September 2010 at 07:46 said...

salam LF....kitab suci ini adalah benteng bagi kita untuk memperkuatkan iman kita

Sharinginfoz says:
at: 24 September 2010 at 08:00 said...

penting baca Al-Quran ni dan tak perlu malu, satu lagi kalau tahu makna dan praktik lagi bagus

Werdah says:
at: 24 September 2010 at 08:15 said...

Salam LF

Banyak ayat-ayat al-Quran menyatakan bahawa al-Quran itu sendiri

(Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (al-Baqarah [2] : 2)

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman. (al-A'raaf [7] : 2)

Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (Ya-siin [36] : 2)

Sekadar memetik beberapa ayat.. Menurut ustaz Kariman dan Ustaz Kazim al-Quran bijaksana yang dimaksudkan dalam ayat ya-siin itu ialah al-Quran memberi panduan dan menyelesaikan segala permasalahan hidup manusia.

Diumpamakan jika kita yang memiliki handphone yang canggih atau sebuah kereta yang mahal serta banyak kemudahan atau sebuah komputer yang ada pada peralatan-peralatan ini semuanya boleh dimanfaatkan tetapi kita biarkan tanpa mengambil faedahnya, maka kita dalam kerugian.

Tentang pembacaannya, menurut ustaz, jika kita tidak tahu membaca, tetapi kita berusaha membacanya dengan usaha-usaha tertentu, tetapi bacaan kita masih tidak baik, kita mendapat dua pahala, satu kerana membaca dan satu lagi kerana berusaha.

Pahala juga diberikan jika kita memandang dan mendengar bacaan al-Quran, jadi rugilah kita jika tak ambil peluang yang Allah berikan kepada kita.

InsyaAllah kita semua baru belajar.. kita sama-sama berkongsi apa yang kita tahu. Mudah2an kita tetap dalam hidayah Allah.. Amiin

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 08:36 said...

SALAM SAHROM,
SAYANG SEKALI KALAU KITA TIDAK MEMBACA, KEMUDIAN MEMAHAMI DAN SETERUSNYA MENGAMALKANNYA. TAK BOLEH BACA BANYAK DALAM SATU HARI, BACALAH SIKIT.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 08:38 said...

SALAM SHARING,
KITA BUAT BERPERINGKAT2. IKUT KEUPAYAAN DAN KEBOLEHAN KITA. YANG PENTINGNYA JANGAN TAK BACA LANGSUNG.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 08:40 said...

salam werdah,
Panjang ulasan ! Banyak maklumat yang LF dapat ! Terima kasih ! LF ada ikuti kelas Ustaz Kariman tu. Tapi sekarang, kelas tu ditangguh sekejap kerana musim perayaan ni

cemomoi says:
at: 24 September 2010 at 08:41 said...

satu-satunya kitab/buku yang dibaca berulang kali tanpa jemu; al-Quran, dihafalnya lagi. hebat dan pelik. tu le mukjizatnya

aliff muhammad says:
at: 24 September 2010 at 09:22 said...

LF,

Bapa angkat (seorang jurutera pencen) saya menanyakan satu soalan kepada kami, anak didiknya. "Kalian semua, berapa banyak buku novel tebal dihabisi dalam masa setahun pembacaan?".Jawab kami, yang sudah besar panjang ini, adalah dua atau tiga, lantas disambung oleh bapa angkat saya itu lagi " bagaimana dengan Al-Quran dan terjemahannya. sudahkah habis kamu baca dan fahami?". Entah berapa kaki tebalnya muka saya dan lain-lain anak didik bapa hari itu.

Sehingga kini saya masih malu untuk mengadap bapa angkat bagi menadah ilmu selagi tidak tamat membaca dan memahami terjemahan Al-Quran.

zulkbo says:
at: 24 September 2010 at 09:43 said...

Salam hari jumaaat mubarak..
moga anda sihat sekeluarga..
betul tu tuan..kenapa mesti
malu nak buat baik,tapi tak
malu-malu nak buat salah



جزاك اللهُ خيراً

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 10:23 said...

SALA CEMOMOI,
MARI KITA SAMA2 BACA DAN MENDAPAT MUKJIZATNYA. ALLAH SWT TIDAK AKAN HAMPAKAN KITA !

ahmad humairi says:
at: 24 September 2010 at 10:24 said...

salam raya nam,

....alah bisa tegal biasa.
baca selalu, lama-lama hafal (boleh jadi al-hafiz, insyaAllah).

Malu belajar al-quran itu adalah bisikan syaitan - lawan ia.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 10:26 said...

SALAM ALIFF,
PERKONGSIAN YANG CUKUP BAIK ! CERITA SDR TAPI MEMBERIKAN PERINGATAN KPD LF. BIASALAH, KADANG2 KITA NI PERLU TERHANTUK SIKIT ! BARU KITA SEDAR ! TAK MENGAPA, KITA SAMA2 BAIKI DIRI KITA !

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 10:28 said...

SALAM ZULKBO,
BETUL, MENGAPA AGAKNYA ? ENTRI2 YG LEPAS KITA ADA BERCAKAP FASAL BISIKAN SYAITAN. MUNGKIN BISIKAN MEREKA YANG MENJADIKAN BEGITU ! YANG SALAH KITA TAK RASA MALU !

Yunus Badawi says:
at: 24 September 2010 at 12:04 said...

Salam LF,
Memang sedih kalau org Islam tak tahu membaca al-Quran. Tapi itulah hakikatnya. Ada antara kita yg mendapat hidayah utk berjinak2 dgn Al-Quran di usia yg agak lewat.

Di tempat saya pun agak ramai jemaah yg dulunya tak pandai atau mahir membaca al-Quran. Tapi alhamdulillah imam di surau kami akan membaca al-Quran beramai2 setiap kali selesai solat Isyak. Mula2 dia baca satu ayat, kemudian jemaah ikut baca beramai2. Begitulah bergilir2 sehingga habis satu mukasurat. Skrg kebanyakan para jemaah dah lancar membaca.

alehkayong says:
at: 24 September 2010 at 12:06 said...

Salam LF,
N3 yang Hak . Saya pun merasa sedih terhadap diri saya , saya sering dipesan oleh Arawah atuk dulu , "Baca quran tiap-tiap hari, biar pun satu ayat, selemah-lemahpun sehari tu ,ambik wuduk , buka al-quraN DAN cuim sahaja". Mungkin asbab kesibukan usaha dunia saya , mencium quran pun tak mampu..:(

HonEyBuNNy says:
at: 24 September 2010 at 13:20 said...

Alhamdulillah..ila tidak maloo belajar al-quran...dulu masin ingat lagi..umur 9 tahun ila tak pandai mengaji lagi....emak asyik marah2 ja...bila pergi ja Qiraati, ila dapat baca al-quran dan alhamdulillah.dah khatam al-quran 6 kali...

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 14:03 said...

SALAM YUNUS,
AMAT TERTARIK DENGAN CARA IMAN SURAU ITU MEMBACA SATU AYAT AL QURAN BERAMAI2 SEHINGGA HABIS SATU MUKA SURAT AL QURAN. LF NAK CUBA CARA INI SELEPAS SOLAT BERJEMAAH DGN ANAK2. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 14:04 said...

SALAM ALEHKAYONG,
KITA SEMUA JANGAN BERSEDIH. KITA SAMA2 CUBA KELEMAHAN KITA. INSYAALLAH ALLAH SWT AKAN BERSAMA MEMBANTU KITA.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 14:06 said...

SALAM HONEYBUNNY,
BAGUS SIKAP HONEY INI DAN SUDAH BERKHATAM BEBERAPA KALI. TERUSKAN DENGAN MEMAHAMI DAN MENGAMALKANNYA.

kak Erna says:
at: 24 September 2010 at 14:28 said...

Assalamualaikum..LF..saya setuju..kenapa perlu malu..saya sendiri..baru teringin nak mula membaca dan membetulkan bacaan alquran..masa umur dah 30 lebih ..masa kecik2 dulu dah khatam..lepas tu lama tak baca..terleka..dan nasib baik..tersedar dari leka..saya kembali mencari guru untuk belajar dan sehingga kini..masih lagi belajar mengaji..untuk membetulkan bacaan..

KAKTINY says:
at: 24 September 2010 at 14:51 said...

Salam LF..

Ye.. amat setuju..

dan.. sekarang teraaammmaaaattt teringin nak HAFAL AL-QURAN.. memahami maksud dan makna..

sungguh kagum dengan para hafazan.. para tahfiz.. para ulama yang ayat al-quran beserta makna sentiasa di bibir... sungguh sungguh mengagumi dan tabik kepada mereka-mereka yang sentiasa tahu bila dan bagaimana setiap kalimah Al-Quran suci itu sesuai digunapakai utk setiap kata, nasihat dan pandangan... Allahu Akhbar..

AuntieYan says:
at: 24 September 2010 at 15:12 said...

Salam En.LF,

Saya paksa diri saya membaca quran setiap hari walaupun satu ayat.
Alhamdulillah, sejak lima tahun kebelakangan ini saya berjaya menghatamkannya beberapa kali. Slow macam siput, tapi matlamat tercapai jugak.Kini saya berazam nak menghatamkan sebanyak mana terdaya sebelum nafas dihentikan Allah.Saya baca quran yqng ada makna. Lepas baca, baca pulak maksudnya. Lama-lama jadi seronok pulak.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 15:36 said...

SALAM KAK ERNA,
BETUL, APA PERLU MALU ? LF SENDIRI SEDANG BELAJAR NI. JEMPUT USTAZ KE RUMAH. ISTERI TURUT SAMA TAPI DIA LEBIH KE HADAPAN DARIPADA LF. MALAHAN DIA YG BANYAK MEMBERI SEMANGAT KEPADA LF. KADANGKALA TIMBUL RASA MALAS (BISIKAN SYAITAN TU) TAPI DIA SURUH JUGA USTAZ TU DATANG. JADI MAHU TAK MAHU, LF KENA IKUT SAMA.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 15:37 said...

SALAM KAKTINY,
ALHAMDULILLAH, ADA KEAZAMAN NAK HAFAL QURAN. TERUSKAN HAJAT INI !

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 15:40 said...

SALAM AUNTIEYAN,
BERSEMANGAT SUNGGUH AUNTIE NI ! TERUSKAN ! CARA YANG AUNTIE BUAT TU (LEPAS BACA TENGOK TERJEMAHAN) RASANYA OK. BILA RASA SERONOK TU, MAKSUDNYA KITA SUDAH MERASA KEMANISAN MMEMBACA AL QURAN.

pakcikLie says:
at: 24 September 2010 at 17:27 said...

SALAM LF..

Sebahagian ibubapa menyalahkan ketidak cukupan masa untuk belajar apatah lagi untuk mengajar anak2 mengaji...

bagi saya sikap kecintaan kpd AlQuraan itu perlu ditanamkan sedari awal lagi..kalau kita tidak sempat, jgn pula anak pon turut tidak sempat juga..

segalanya mudah zaman skrg nie..mahu atau tidak saja.

kelas tuisyen semua cukup diberikan pada anak2..

http://villakejora.blogspot.com/2010/01/mai-mengaji-ngan-atok.html

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 17:45 said...

SALAM CIKGU AHMAD HUMAIRI,
MEMANG BETUL , PERASAAN MALAS DAN PELBAGAI ALASAN ITU BIASANYA MERUPAKAN BISIKAN SYAITAN. CIKGU, MEMANG BANYAK CABARANNYA BILA KITA HENDAK MELAKUKAN PERKARA YANG BAIK. KITA KENA KUATKAN KEAZAMAN KITA DAN BERSEDIA BERKORBAN MASA, TENAGA DAN WANG.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 17:47 said...

SALAM PAKCIKLIE,
HENDAK SERIBU DAYA, TAK MAHU SERIBU DALIH. BETUL CAKAP PAKCIK. LF AKAN JENGUK BLOG YANG DICADANGKAN. TKASIH

diana says:
at: 24 September 2010 at 18:24 said...

mase kecik2 dulu opah saye ajar mengaji
dengan cara eja dan kemudian baca..
tapi sekarang ni ramai yang ajar mengaji dengan cara ikut ape ustaz/ustazah baca..ikut saje tapi tak kenal pun huruf nye ape,
eja nye macam mana..macam mana nak pandai mengaji.
lagi satu saye tak pandai nak ajar mengaji dengan buku iqra tu..
sebab nye mula2 mengaji dulu pakai muqhadam..
sekarang pakai buku iqra..
rase janggal sangat..
say e lebih selesa dengan cara lama..

ckLah@xiiinam says:
at: 24 September 2010 at 19:10 said...

Walaupun sudah diperkenalkan dengan Al Quran sejak kanak-kanak sekolah agama rakyat, sekolah Raja Perempuan Taayah..sampailah tingkatan 6 di Sekolah Izuddin Shah Ipoh...sampai sekarang saya masih mempelajari isi kandungan Mushaf Yang Khalik itu. Apabila sudah bersara nanti, satu-satunya aktiviti yang saya sudah nampak, adalah belajar Tajwid dan bacaan Quran dengan rakan sebaya....

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 19:21 said...

SALAM DIANA,
YANG PENTINGNYA KITA DAPAT MEMBACA AL QURAN DENGAN BETUL. TERUSKAN APA YANG SDRI DIANA LAKUKAN. LF DULUPUN GUNAKAN MUQADAM.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 19:24 said...

SALA CKLAH@XIIINAM
SDR BERADA DALAM SITUASI YANG CUKUP BAIK. MELALUI PENDIDIKAN AGAMA DI SEKOLAH2 AGAMA YG TERKEMUKA PULA. HAJAT SDR SESUDAH BERSARA ITU CUKUP BAIK. MALAH SDR BERKEBOLEHAN UNTUK MENJADI KETUA KUMPULAN.

aRoL says:
at: 24 September 2010 at 22:07 said...

Salam LF,
sepertinya saya baru tersedar tentang hal ni, selalu jugak baca surah yasin dan surah-surah pendek yang lain serta mendengar bacaan quran di laptop tapi jarang sekali membuka Al-Quran.
Terima kasih atas entri yang menyedarkan ini.Teringat waktu kecik-kecik begitu bersemangat belajar mengaji dan tajwid namun terlalai bila dewasa.

luahfikiran says:
at: 24 September 2010 at 23:03 said...

SALAM AROL,
ENTRI INI UNTUK LF TERUTAMANYA DAN DIKONGSI KEPADA KAWAN2 SEMUA. MARI KITA SAMA2 MEMBUAT PERUBAHAN UNTUK MEMENUHI APA YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA

LiFe KaMi says:
at: 25 September 2010 at 03:07 said...

bermakna sungguh entry bro ni..
semoga kita lebih memperbanyakkan lg membaca Al Quran..
Allah Maha Besar.

aby says:
at: 25 September 2010 at 07:39 said...

salam LF,
harap blm terlambat utk aby bg komen sket.
outstation, tu yg beberape hari tk tengok blog.

psl belajar alquran ni,
belajar pun ade rukun nye,

guru quran kite mestila la ahli qirat yg besanad sahih ..yg bermaksud dia mempelajari alquran dari guru guru sebelumnye yg klu di tali temalikan sampai la ke sahabat dan rasul saw. ini bertepatan degn syarat wajib membace alquran yg di panggil Talaqqi, atau maksudnye melihat dan mendengar bacaan nye dari mulut pembaca sebagaimane malaikat menerime bacaan dari allah swt, dan turunkan ke Jibril as dan di turunkan ke nabi saw dan di turunkan ke sahabat2 dan seterusnye ..

2 care belajar alquran.
1. ustaz membace dihadapan murid, yg mane muridnye meneliti care bacaan ustaz tu kemudian dia meniru bacaan nye
2. murid membace dpn ustaz, ustaz menyemak dan membetulkan pembacaan nye ...

sedikit sebanyak psl membace quran ni

aby says:
at: 25 September 2010 at 08:00 said...

saye nk share sikit sikit psl membace quran dgn sume kwn2 kt sini,

saye sendiri asalnye pun buta quran,
pd 1993 mase ziarah kubur ayah saye yg baru meninggal, saye menangis kt kubur tu sbb tk tau bace ape2 kecuali alfathihah dan qulhuallah jer ..
wktu tu baru datang kesedaran penting nye membace alquran ni ..
thn 1995, ade klas Iqrak di buka kt seberang jaya( mase tu saye dok penang lg). terus pergi mendaftar,
mase taklimat seblm klas bermula, ustaz tu berkate,
"insyallah lps kite habis belajar iqrak buku 6, sume akan tau membace quran" .. wktu tu memang saye cukup gembire ..
namun nk abis buku 6 banyak juge cabaran, ustaz tk ade, kelas ditutup dan d bubar n terpaksa cari klas lain, tp alhamdullilah ..
lps 3 thn dan dari jumlah pelajar klu dihimpun semua yg datang dan pergi dalam 90 org, lime org sahaja yg khatam, termasuk saye ..

majlis khatam yg bersama pelajar budak2,
saye berselorah dgn mak bapak depa,
"hangpa mai tengok anak2 hangpai khatam, tp anak2 saya tengok pak depa khatam"

apepun saye panjatkan kesyukuran saye sbb kesedaran membace alquran tu datang mase saye hidup dan sihat lg, dpt la saye belajar ilmu tu, klu kesedarn tu datang bile dah uzur susah la, apetah lg klu kesedaran dtg bile di soal nungkar dan nangkir ..
tk dapat nak bayangkan

ikan emas says:
at: 25 September 2010 at 09:53 said...

Salam,

lewat komen buat bermakna tak baca ..

Skrg dah byk guru dan kelas di buka..pokoknya kesedaran dan kemahuan sendiri.Cuma kena pastikan guru yang sebenar-sebenarnya guru.Byk kes dek kerana tak ada langsung asas agama mereka terjebak dgn kes ajaran sesat

luahfikiran says:
at: 25 September 2010 at 09:56 said...

SALAM LIFEKAMI,
SAMA2 KITA MANFAATKAN DAN KITA LAKUKAN.

luahfikiran says:
at: 25 September 2010 at 09:57 said...

SALAM ABY,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. LF MEMANG MENANTIKAN ULASAN ABY. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

luahfikiran says:
at: 25 September 2010 at 10:00 said...

SALAM ABY,
TERIMA KASIH, DUA KALI BERTURUT2 ABY MEMBUAT ULASAN. LF BANGGA KERANA ABY BERJAYA MENGHARUNGI SELAGA CABARAN DAN DUGAAN. TAK RAMAI YANG BEGINI. LF SEDANG MELALUI CABARAN INI DAN BERDOA AGAR ALLAH SWT MEMUDAHKAN SEGALA PERJALANAN LF INI.

luahfikiran says:
at: 25 September 2010 at 10:05 said...

SALAM IE,
ADA KEBENARAN PERINGATAN IE INI. MARI KITA SEMUA AMBIL PERHATIAN TENTANG PERINGATAN IE INI. TERIMA KASIH

Hamizah says:
at: 25 September 2010 at 19:42 said...

belajarlah Quraan, itulah syafaat di akhirat

Haslan Arshad says:
at: 5 July 2013 at 00:00 said...

Saya malu pd dri sndri. Saya sudah brumur 27 thn tp satu huruf pn sy tidak boleh baca. Sy telah banyak buat dosa dn sy ingan berubh. Sy mahu belajar smula. Sy harap semua dpat mendoakan supaya pintu hati sy sentiasa trbuka. Sy dh mula solat dn skrng sy mncari2 untk blajar mnbaca al-quran..

abdullah al-hadi hj muhamed says:
at: 5 July 2013 at 10:07 said...

Askm Haslan,
Saya doakan sdr selamat sejahtera dunia dan akhirat, amiin. Saya dapat rasakan keazaman sdr. Kita tak banyak beza. Ingin nak bertemu sdr dalam masa terdekat. Moga Allah izin dan permudahkan pertemuan kita, amiin. Singgahlah ke Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi bila berkelapangan. Saya dan isteri alu2kan. Email saya utk bertukar no hp.

faizul badri says:
at: 3 November 2013 at 23:30 said...

Bagi mereka yg ingin belajar Quran dengan cepat dan berkesan, boleh cuba pakej inspirasi al quran...
Harap perkongsian ini kemberi manfaat kepada semua.....
http://www.muslimchoices.com/?p=inspirasi_qurani&s

Al Quran says:
at: 19 August 2014 at 11:42 said...

Assalamualaikum Akhi. Terbaik usaha ini. Mari kita bersama-sama menunjukkan betapa pentingnya membaca Al Quran terutamanya kepada anak-anak.

Perkongsian : Membaca Al Quran Secara Online

Post a Comment

SUDI2 MENJADI SAHABAT

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KOLEKSI RAKAMAN VIDEO KELAS PENGAJIAN MUSHOLLA IHSAN