Content

.

.

.

.

.
11 Aug 2010

PENGISIAN BULAN RAMADHAN - CONTOH JADUAL HARIAN !




JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM
DI BULAN RAMADHAN

Ditulis oleh
Mohd Farid b. Rahmat

4.00 pagi - Bangun
Berdoa kepada ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. 

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. 

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. 

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA.
Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
.
4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk watu Maghrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SUMBER DI SINI

15 comments:

piewahid says:
at: 11 August 2010 10:05 pm said...

salam Dato'

bila baca n3 ni dan buat koreksi diri, byk lagi yg perlu diperbaiki.
terutama jadual yg bermula seawal 4am. jadual saya bermula 5am. aduih....

t kasih.

luahfikiran says:
at: 11 August 2010 10:24 pm said...

Salam PW,
LF pun sama juga. Byk perkara yang perlu dilakukan dan diperhebatkan. Sama2 kita.

Abd Razak says:
at: 12 August 2010 6:57 am said...

Salam...

Jika kita punya kehidupan teratur setiap hari sebegitu seperti yang dinyatakan hingga ke akhir hayat, pasti kita akan merasa indah dan bahagia kerana setiap masa dan waktu ingatan kita kepada Ilahi tidak pernah luput. Mudah-mudahan kita boleh melakukannya dengan sempurna.

luahfikiran says:
at: 12 August 2010 7:28 am said...

Salam AR,
Itulah harapan kita. Bermula dengan keazaman yang kuat, kemudian usaha, diikuti istiqamah, dan berserah kepada Allah kesudahannya. LF lihat bukannya mudah. Tetapi dalam urusan keduniaan, manusia nampaknya cukup kuat berusaha dan ikuti panduan.

ikan emas says:
at: 12 August 2010 7:57 am said...

cantikkk jadual ni..

tapi mungkin berbeza banyak bagi mem besar !

Werdah says:
at: 12 August 2010 8:11 am said...

Salam Luahfikiran.

Semoga kita dapat kemanisan iman, dapat berusaha dengan sebaik mungkin mengikut jadual ini. InsyaAllah.

sahromnasrudin says:
at: 12 August 2010 8:11 am said...

salam Dato'..jadual yg sungguh cantik utk diikuti tapi sukar utk diamalkan termasuk saya..tetapi kita perlu cube untuk berdisiplin mengikutnya :-)

ahmad humairi says:
at: 12 August 2010 8:23 am said...

salam,

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

moga ketemu pencarian malam lebih baik dari seribu bulan.

luahfikiran says:
at: 12 August 2010 9:39 am said...

Salam IE,
Mungkin jugak IE ! LF sendiri cuba2 nak ikut. Perkara yang baik banyak cabarannya. Nampak katil, mata mula rasa mengantuk !

luahfikiran says:
at: 12 August 2010 9:45 am said...

Salam Werdah,
Kita sama-sama cuba. Jadual ni pun bukannya "rigid" sangat. Ada sesetengah orang tu, biasa bangun malam lebih awal (3 pagi). Untuk LF, loceng sudah set jam 3 pagi tetapi bangunnya jam 4.

luahfikiran says:
at: 12 August 2010 9:49 am said...

Salam AH,
Bertemu malam lailatul qadar - Kita berusaha dan berdoa. Bukan sahaja kita berjaya tetapi kawan-kawan kita jugak berjaya !

Temuk says:
at: 12 August 2010 10:26 am said...

Salam LF
Rasanya ada juga pengajar yg menyatakan, kalau kita tak tertinggal mana-mana malam melakukan ibadah, maka akan adalah satu malam ibadah kita itu yang berlaku pada malam lailatul qadar. Cuma, kata pengajar, diterima atau tidak amalan kita itu sebagai amalan yg menepati malam bernilai itu? Seperti juga, kata pengajar, kalau ditunggu keretapi, pasti ia akan sampai melewati kita. Tapi, kita dapat naik atau tidak? Camana, ya?

luahfikiran says:
at: 12 August 2010 11:40 am said...

SALAM TEMUK,
SETIAP KALI MENJELANG RAMADHAN, KITA MENARUH HARAPAN YANG SAMA. HARAPAN YANG SEMESTINYA DIIKUTI DENGAN TINDAKAN DAN KEMUDIAN KITA BERSERAH KEPADA ALLAH.
ADA USTAZ KATA, KITA JANGAN FIKIRKAN SOAL MALAM LAILATUL QADAR. KITA LAKUKAN IBADAH KITA SEIKHLAS-IKHLASNYA KERANA ALLAH SWT. ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYAYANG !

luahfikiran says:
at: 12 August 2010 11:46 am said...

Salam Sahrom,

Kita sama2 berusaha terbaik mungkin, Sahrom. Yang pentingnya ibadah itu dilakukan dengan penuh kejujuran dan kerana Allah semata-mata. Allah Maha Penyayang.

pCL [p@kcikLie] says:
at: 1 August 2011 3:40 pm said...

berazam untuk melakukannya sebaik mungkin seperti contoh diari tersebut, insyaAllah.

Post a Comment

SUDI2 "LIKE" PAGE MUSOLLAH EHSAN - MENIMBA ILMU & MENJALIN UKHWAH

SUDI2 ADD ON GOOGLE (+)

SUDI2 JADI FOLLOWERS

KEMUDAHAN RUANG PERCUMA MUSOLLAH EHSAN

SUDI2 "LIKE" PAGE LUAH FIKIRAN

LuahFikiran on Facebook

JALAN-JALAN DI SINI - Klik berkaitan