KITA BERDOA UNTUK IBU BAPA SEBELUM MEMBACA SETERUSNYA

KITA BERDOA UNTUK IBU BAPA SEBELUM MEMBACA SETERUSNYA

BERPESAN-PESAN (1) - Kita saling berpesan

BERPESAN-PESAN (1) - Kita saling berpesan

.

.

Tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin “Jika PAS Sudi Mendengar” yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia hari ini (19/7/09) amat menarik perhatian dan secocok sekali dengan pendirian LF selama ini. Sokongan LF terhadap rencana berkenaan bukan kerana penulisnya tetapi kerana isi tulisannya. Dr Mohd Asri bukan sahabat kenalan LF dan LF sendiri tak pernah bertemu dengan beliau.
--
Bagi LF, kandungan tulisan ini tidak harus ditujukan khas kepada parti PAS sahaja tetapi juga parti-parti politik lain termasuk UMNO dan Parti Keadilan. Ini kerana LF pernah beberapa kali mendengar ceramah (dalam bentuk tayangan video) yang diberikan oleh penceramah pemimpin-pemimpin parti politik bukan parti PAS. Pada pandangan peribadi LF, kandungan ceramah tersebut, walaupun tidak keseluruhannya, diwarnai dan dicemari oleh kata-kata cerca-mencerca dan maki-hamun terhadap pihak-pihak tertentu.
----
LF pernah menulis beberapa posting terdahulu ini yang menyentuh tentang harapan LF untuk melihat suasana budaya politik yang bersih lagi mulia wujud di negara ini. LF amat merindui suasana politik bersih dan harmoni di mana antara lainnya tidak ada politik wang, tidak ada fitnah-memfitnah, tidak ada umpat-mengumpat , dendam-mendendam, jauh sekali maki-hamun dan tidak ada pihak yang cuba menjatuhkan hukum terhadap seseorang. LF bukan pakar agama tetapi inilah ajaran dan didikan agama yang LF terima sejak alam persekolahan dahulu hingga sekarang. Tetapi malang sekali, ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang diisikan dengan ciri-ciri yang tidak mulia inilah yang lebih banyak mendapat sambutan.

RENCANA TULISAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
--
Jika pas sudi mendengar
---
Oleh kerana nama Islam disebut dalam nama Pas, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain. Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan 'orang lain' lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga? Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya 'jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki"!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina. Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu 'Kerajaan Perpaduan'. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka. Saya bukan bermusuh dengan Pas, tapi saya memberi teguran sebagai seorang Muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan.
--
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
==

Posted by luahfikiran on Sunday, July 19, 2009

1 Responses to BUKAN SAHAJA PAS, PARTI-PARTI LAIN JUGA MOHON SUDI MENDENGAR !

  1. Temuk Says:
  2. Stuju dgn Dr Mohd Asri. Juga dgn LF. Ahli politik muslim msti berpolitik dgn bertapakkan ajaran Islam. Berjuang utk Islam, berlandaskan Islam. Ini lngsung tk bermksud menafikan kpentingan orang bukan-Islam! Tak kira parti apa. Pun lain parti, jgnlah smpai bercerai berai. Psti boleh ada beza pndangan, tapi "lebih ada" byak cara mnyelesaikan masalah. Berhntilah caci mencaci. Siapa pun!Ummah jelak, bosan, dan "fed-up"!

     

NIATNYA .......

BISMILLAH.......SAHAJA AKU ZAHIRKAN BLOG INI UNTUK MENCARI DAN MENEGAKKAN KEBANARAN KERANA ALLAH SWT

BERDOA KEPADA ALLAH

Memohon kepada Allah Yang Maha Berkuasa memberikan bimbingan dan panduanNYA kepada insan ini semoga segala luahan fikiran yang dilontar dan dikongsikan dalam blog ini adalah yang benar dan yang betul sahaja dan dijauhi daripada melakukan fitnah. Amin !

About Me

luahfikiran
Lelaki, warga emas, Melayu, beragama Islam dan berkeluarga.
View my complete profile

SENARAI LENGKAP TAJUK-TAJUK POSTING

5 POSTING TERBARU

SALING "BLOG LIST"

Blog List2