.

Kelas Bahasa Arab dan Kelas Mengaji Aqidah, Musollah Ehsan, Jalan 3/6F, Bandar Baru Bangi

bahasa arab aqidah
KELAS MENGAJI AQIDAH, SABTU 17 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI, DI MUSOLLAH EHSAN, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BAGI. MUSLIMIN MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR

Content

MARI KITA ……(1). KELAS MENGAJI AQIDAH PADA SABTU 17 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI ; (2). ADAB MAKAN MINUM

16 Mar, 2012 4 comments


KELAS MENGAJI AQIDAH YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ SOFWAN BADRIE  AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 17 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI DI MUSOLLAH EHSAN, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR. MUSLIMIN MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR . (klik sini untuk butiran)

------------


Terdapat beberapa adab-adab makan dan minum cara Nabi saw untuk menjadi panduan kita semua bagi mendapat keberkatan di sisi Allah s.w.t dengan mengikut sunnah Nabi saw. Kita semua sudah mengetahuinya dan alhamdulillah kalau sudah menjadi amalan kita. ANTARANYA:

Membasuh tangan sebelum makan.


Membaca Bismillaah (Bismillahirahmanirrahim)


 
Membaca doa makan.

Satu doa yang diajar oleh Nabi saw bila hendak makan:


Makan dan minum dengan tangan kanan.


 WALLAHUA'LAM.
Read more »

MARI KITA ……. (1). KELAS MENGAJI AQIDAH PADA AHAD 11 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI; (2) MARI KITA ……. MENGENAI UJIAN ALLAH !

10 Mar, 2012 4 comments


KELAS MENGAJI AQIDAH YANG DIPIMPIN OLEH USTAZ SOFWAN BADRIE  AKAN DIADAKAN PADA HARI AHAD 11 MAC 2012 JAM 9.30 PAGI DI MUSOLLAH EHSAN, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

MUSLIMIN MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR . (klik sini untuk butiran). 


--------



MENGENAI UJIAN ALLAH …UNTUK DIRASA ….SETERUSNYA UNTUK DIJADIKAN PANDUAN KEHIDUPAN !




















 
WALLAHUA’LAM.


Tambahan: 

Entri ini berdasarkan rujukan pelbagai sumber. LF amat menghargai sumber-sumber ini sekalipun tidak dicatat sumber-sumber berkenaan. Mendoakan moga Allah swt memberikan ganjaranNya atas segala usaha murni penulis-penulis ini.  

Sila buat rujukan bacaan tambahan untuk mengetahui lebih terperinci mengenai perkara yang dibincangkan dalam entri ini.
Read more »

BLOG LUAH FIKIRAN DAN BLOG MUSOLLAH EHSAN BERSIARAN SEKALI-SEKALA ….

1 Mar, 2012 27 comments


Mulai hari ini, Blog LuahFikiran dan MusollahEhsan tidak lagi bersiaran sekerap seperti biasa. Entri-entri di masa akan datang lebih tertumpu kepada hebahan aktiviti yang dijalankan di Musollah Ehsan. Keputusan berat ini diambil berdasarkan keadaan dan tumpuan masa LF.  

Sepanjang LF bersiaran, LF amat gembira dapat berkenalan dengan ramai blogger di samping berkongsi ilmu sesama kita.  Ada kalangan blogger yang LF berkesempatan bertemu di alam realiti. Pertemuan-pertemuan tersebut cukup bermakna kepada LF dan isteri.

Sekalipun, tidak sekerap bersiaran seperti dahulu, LF akan terus melakukan blogwalking dari masa ke semasa dan meninggalkan komen mana yang termampu. Hubungan ukhwah yang sudah terjalin antara kita akan diteruskan malahan mahu diperatkan lagi. Jika ada pertemuan blogger di masa akan datang, LF dan isteri insyaAllah akan cuba seberapa boleh untuk hadir. Jika ada rancangan untuk mengadakan perjumpaan sempena Hari Raya Puasa nanti, maka LF dan isteri dengan senang hati menawarkan rumah kediaman Musollah Ehsan ini.

Ucapan terima kasih banyak-banyak  atas segala sokongan para pembaca sekalian terhadap blog ini. LF dan isteri memohon maaf atas segala kesalahan/ ketelanjuran/kekurangan yang berlaku sepanjang blog luahfikiran dan blog musollahehsan bersiaran.  

LF dan isteri sentiasa mengalu-alukan kunjungan sahabat blogger sekalian ke MusollahEhsan, Bandar Baru Bangi. No hp LF boleh diperolehi daripada kakcik seroja. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Musollah Ehsan sentiasa terbuka kepada para sahabat sekalian.

Wassalam.
Read more »

Jalan-Jalan Di Sini

blog list entri terkini blog list entri terkini
.
LuahFikiran on Facebook

Follower